Search This Blog

Monday, March 11, 2013

Panduan Berdamai Suami Isteri

Panduan Berdamai Suami Isteri




Panduan Berdamai Suami Isteri
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Apa Pula Suami Isteri Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih Baru Teguh Peribadi Apa Guna Kita Bertengkar Suami Isteri Harus Bersabar Kasih Sayang Rukun Dan Damai Hidup Seperti Dalam Mahligai Maaf Hamba Wahai Dinda ……
Bait-bait lagu dendangan P. Ramlee dan Saloma ini cukup menarik untuk dihayati. Begitulah diibaratkan dengan hubungan suami isteri, walau seteguh mana cinta dan kasih antara pasangan, pasti sesekali berlaku konflik yang tidak diingini.
Kadang-kadang ia berpunca daripada suami, dan kadang-kadang ia berpunca daripada isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua pihak. Mencari siapa bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dengan masalah dan kembali berdamai.
Namun mengungkapkan kata damai cukup mudah dilontarkan, tetapi sebenarnya memerlukan pengertian kemaafan yang mendalam. Ada sesetengahnya sukar mendidik diri menjadi pemaaf, pun begitu ada panduan yang perlu dipraktiskan dalam membina kerukunan berumah tangga.
1. Jangan Merajuk
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan perhubungan. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah proses berdamai dapat dilakukan.
2. Jangan Menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses berbaik.
3. Jangan Berdusta Jika Di Dalam Hati Anda Atau Pasangan Ingin Berdamai, Jangan Dustainya.
Tidak perlulah pura-pura tarik harga atau jual mahal. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Bimbang nanti dia menyangka anda betul-betul tidak sudi memaafkannya dan akibatnya dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
4. Jangan Mencari Salah
Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah dan kelemahan pasangan. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur dan mengkritik. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian, alangkah baiknya jika mencari kebaikan yang ada di dalam diri pasangan untuk dihargai.
5. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu terjadi.
6. Senyum Semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi senyumlah, kerana senyuman ialah cara yang terbaik untuk memulakan perhubungan yang telah tegang menjadi mesra.
7. Mulakan Berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing ada keegoan sendiri. Oleh itu, tidak salah kiranya jika anda yang memulakan berdamai demi kebaikan bersama.
8. Kenal Pasti Punca Masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-un

Apabila Jodoh Semakin Dekat

Apabila Jodoh Semakin Dekat
Apabila Jodoh Semakin Dekat
Ketahui Tanda-tandanya...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Membawa Untuk Mengenali Keluarganya
dengan lebih rapat Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.
Berkongsi Kisah Suka Dan Duka Bersama
Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikitpun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.
Menerima Kelebihan Dan Keburukan Dirimu
Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya
kad1
Ah..kad kahwin! Apa perasaan anda setiap kali menerima kad kahwin? Selalunya ada sesuatu yang istimewa setiap kali menerima kad kahwin kan...dalam hati pasti berkata “cantik kad dia” dan anda mula membayangkan majlis perkahwinannya juga pasti akan secantik dan seindah kad kahwin yang dihantar.
Kalau dulu kad kahwin dihantar hanya sebagai makluman bahawa bakal pengantin akan melangsungkan perkahwinan dan anda dijemput untuk memeriahkan majlis (dalam erti kata lain, jemputlah makan kenduri).
Sekarang ini, kad kahwin juga berevolusi. Ia punya tekstur, berat tertentu, bentuk huruf (font) yang cantik dan bermacam, kilauan tintanya dan pelbagai lagi. Ia lebih bersifat peribadi sebagai perlambangan diri bakal pengantin. Ada juga kad kahwin yang menjelaskan tema majlis perkahwinan yang bakal diadakan dan yang pasti antara tema yang menjadi pilihan ialah gaya VINTA J.
Dalam memilih tema vintaj, ada beberapa perkara yang boleh anda ambil kira untuk memastikan kad kahwin yang ditempah sepertimana yang diidamkan.
1. Warna - Pilihan warna menentukan mood kad dan keseluruhan tema majlis. Pilihan warna sering bergantung kepada era atau zaman mana yang anda pilih. Variasi warna bermula daripada warna yang kuat (vibrant) hingga ke warna yang lembut dan lusuh (mute).
2. Koordinasi - Anda perlu bijak dalam menggabungkan jenis kertas yang dipilih dengan dekorasi kad serta bentuk huruf. Gabungan yang harmoni mampu menyerlahkan penampilan kad mengikut zaman yang dipilih.
3. Sentuhan Peribadi & Buat Sendiri - Sekiranya anda mahu menambah sentuhan peribadi, anda boleh menambah monogram, logo dan menambah dekorasi kad dengan renda dan reben. Anda boleh mencetak kad dan gunakan kreativiti untuk menambah sentuhan peribadi.

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan
Terserlah kemewahan dalam gubahan berkonsep kotemporari dan elegan ini diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang begitu indah. Sememangnya ros, orkid dan ‘carnation’ menjadi pilihan dalam setiap gubahan. Tampak lebih mewah lagi dengan penggunaan dulang jenis kotak besi berwarna perak yang berkaki. Ikhlas buat isteri tercinta.
Teks : Siti Nurliyana Ab Halim  Foto: Baidiuzaman Ab Malik Terima Kasih Pasangan Pengantin : Adilah & Mohd Hasril Gubahan : Dewi Noorshareena, Dwi Touch

Tip Cantik & Fotogenik

Tip Cantik & Fotogenik
Memetik kata-kata Bobbi w Brown, kunci untuk tampil cantik di dalam gambar adalah dengan penggunaan mekap yang tepat. Tidak sukar disebut sebagai pengantin yang fotogenik, asalkan anda memahami teknik pencahayaan asas fotografi. Berikut antara tip solekan profesional agar hari bahagia anda dipotretkan secantik-cantiknya untuk kenangan.
Kenal Pasti Bila Dan Di Mana
Pencahayaan ‘outdoor’ akan membuatkan ketidaksempurnaan mekap lebih ketara. Kerapian di sini amat penting terutamanya di bahagian bawah mata dan noda-noda di wajah. Pastikan anda mengoles ‘concealer’ dan sapukan bedak alas yang berdasar kekuningan untuk kelihatan natural. Hindari bedak asas dengan bahan titanium dioksida kerana ia akan menyebabkan wajah terlihat kelabu.
Elakkan ‘Moist Look’
Wajah dengan solekan yang kebasah-basahan memang manis untuk ditatap secara langsung, tetapi akan kelihatan berminyak di dalam gambar. Elakkan penggunaan pelembap wajah yang banyak dan sapukan losen kawalan minyak di bahagia zon-T sebelum mengaplikasi bedak asas.
Bedak Berdasar Kuning
Jika mengambil gambar potret dengan pasangan, gunakan bedak dengan dasar warna kuning. Selain itu, bedak ‘translucent’ juga boleh membuat wajah kelihatan seperti topeng, jadi hindarilah bedak jenis ini. Pastikan juga sapuan bedak di bahagian bawah wajah dan leher anda senada, lebihlebih lagi jika anda mengenakan pakaian dengan belahan dada yang rendah.
Gincu Terang
Gunakan ‘blusher’ warna merah jambu jika anda memiliki kulit cerah dan merah mawar jika yang berkulit gelap. Pilihlah warna gincu yang berwarna cerah dan terang, lebih-lebih lagi jika mengenakan baju pengantin warna putih, kerana warna-warna ‘nude’ atau coklat akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Akhir sekali jangan lupa untuk bertenang semasa bergambar. Ketegangan akan terpancar di wajah. Sebelum lensa kamera dipetik, pejamkan mata, tenangkan diri dan fokus 1..2..3.., senyum!

Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda

Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda
Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda
“ Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku.”
Oh, indahnya alam percintaan! Bagaikan melayang di udara tatkala mendengar si dia mengucapkan kata-kata itu. Bercinta selepas berkahwin sememangnya lebih indah daripada alam percintaan. Bermulanya alam perkahwinan tidak semestinya alam percintaan harus ditinggalkan begitu sahaja. Namun, teruskanlah bercinta selepas mendirikan rumah tangga sekalipun usia perkahwinan mencecah puluhan tahun.
Ucapkanlah ayat-ayat cinta agar cinta yang bersemi akan terus mekar seiring usia perkahwinan anda. Ikhlas dari hati yang suci, goda si dia dengan ayat ‘power’ anda agar panahan cinta sentiasa subur di taman hati.
Situasi 1:
Boleh diucapkan bila-bila masa sahaja. Sama ada di dapur, di ruang tamu, ataupun di dalam bilik. Sebelum itu, panggil pasangan anda dengan lembut dan pegang tangan pasangan anda dengan erat. Kemudian, pandang ke dalam matanya. Bawa tangan anda ke dadanya sambil ucapkan ayat ini. Pastikan anda meluahkannya dengan satu nafas supaya keberkesanannya terhasil 100%.
“Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tapi yang pasti, dalam hati saya ada awak seorang.”
Situasi 2:
Waktu sebelum tidur perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin. Apabila anda dan pasangan hendak tidur, lakukanlah seperti ini. Usapkan tangan anda ke wajah pasangan sambil belai lembut rambutnya. Jentik manja pada hidungnya dan ucapkanlah ayat ini.
“ Tuhan memberikan rasa cinta ke dalam diriku dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan berikannya pada orang lain. Andai mencintaimu satu kesalahan, biarlah aku yang bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan ku perjuangkannya demimu.”
Tatkala pasangan anda mengucapkannya, berilah ciuman sebagai tanda penghargaan agar dirinya terasa dihargai. Belaian yang diberi juga pasti menghangatkan malam anda seindah malam pertama. Langkah seterusnya, terserah pada anda!
Situasi 3:
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ketika menghadapi konflik atau dilanda masalah, jangan cepat melenting. Biarkan keadaan menjadi ‘sejuk ‘ dahulu. Kemudian, mulakan langkah anda. Ketika si dia sedang leka, pegang erat tangan lembut si dia dan kemudian tarik ke dada anda. Dongakkan muka si dia agar rapat ke muka anda dan ucapkanlah ayat ini.
“Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan berusaha memenangi hati awak, dan sehingga akhir hayat saya. Ketika itu, jika awak ingin pergi dari saya, pergilah.”
Pasti hati yang keras menjadi lembut ketika mendengar kata-kata ini. Peluklah dengan erat agar si dia tahu bahawa cinta anda padannya sememangnya tidak bertepi. Mungkin selepas itu, si dia bahagia kerana mendapat ‘layanan istimewa’ daripada anda.

Membina Rumahtangga Bahagia

Membina Rumahtangga Bahagia
Membina Rumahtangga Bahagia
Melayari bahtera rumahtangga biarlah sehingga ke hujung nyawa. Pastinya kebahagiaan yang ingin dikecapi bersama pasangan dan biarlah ianya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia, renungkanlah tip berikut :
1. Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan mendapatkan zuriat adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74 :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa.”

2. Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan ke arahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tangan Nya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya.
3. Perkahwinan merangkumi hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syarak, memelihara diri daripada perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
4. Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
5. Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkaraperkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu, anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
6. Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu, kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
7. Anda perlulah beradab di pertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubunubun isteri sambil berdoa dengan maksud:
“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”
Selepas itu, pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberi Nya kebaikan dan dijauhi Nya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:
“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."
8. Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan ‘sedangkan lidah lagi tergigit’. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambah serikan rumahtangga.
9. Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Ayam Golek Istimewa

Ayam Golek Istimewa
Ayam Golek Istimewa
Lauk pauk digubah indah dan berhidang pula dalam bekas istimewa. Lalu disusun tertib ke atas meja pengantin. Segalagalanya siap untuk acara makan beradab. Untuk ilham kali ini dicadangkan menu pilihan katerer. Ia datang dalam set lengkap bermula dengan nasi, lauk pauk dan manisan.
BAHAN-BAHAN A:
  • 1 ekor ayam (pilih bentuk yang agak besar dan bulat)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 6 cm halia muda – dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 biji bawang besar - dihiris
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan - di potong-potong 4 sm
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 3 tangkai daun pudina
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang putih- dikisar
  • 5 sm halia muda - dikisar
  • 125 ml cili boh
  • 3 sudu makan sos plum
  • 3 sudu makan sos cili
  • 125 ml air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya 
CARA MEMASAK:
1.Basuh ayam, rebus ayam dengan semua bahan-bahan A sekadar tenggelam sebentar. Bila sudah masak keluarkan berhati hati dan tos sehingga kering.
2.Lumur dengan halia, serai dan garam secukupnya pada ayam dan biarkan kering.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api sederhana besar. Goreng ayam tadi sehingga warna bertukar coklat tua. Kaup balik supaya gorengan nampak cantik dan sama rata. Apabila cukup masak angkat dan ditos.
4.Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan bunga cengkih sehingga wangi.
5.Kemudian masukkan bawang besar, serai, bawang putih, halia muda, daun pandan dan daun kari. Kacau sehingga kekuning-kuningan.
6.Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak.
7.Selepas itu masukkan sos plum, sos cili, daun ketumbar dan daun pudina. Kacau rata.
8.Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan pekat.
9.Masukkan ayam dan balik-balikkan.
10.Angkat dan sedia dihidangkan
MENU : KOLEKSI RASA

Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin

Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin
Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin

Pernahkah anda melihat solekan sesetengah pengantin yang seolah-olah tidak kena dengan diri mereka? Walaupun rona yang dioles ke wajah tampak SESUAI tetapi tetap tidak menawan mata yang memandang kerana paduan solekan yang tidak kena sama ada pada kulit mahupun fizikal mereka 
 
Sebagai panduan mereka yang bakal ke jenjang pelamin, ketahui personaliti dan elemen diri supaya seri pengantin anda naik kala bersanding.
 
Wanita Air
Wanita Air lazimnya mempunyai kulit pipi merah jambu dan sangat berseri-seri. Sebagai wanita Air, anda tidak perlu bersolek keterlaluan kerana solekan sebegitu akan memadamkan terus kemanisan semula jadi wajah si empunya diri. Solekan yang berasaskan warna-warna sejuk sangat cantik bagi anda. Elakkan warna-warna metalik dan warna kuning kemerahan. Sebagai idea tambahan, bedak tabur berwarna merah jambu berkilat sangat cantik untuk digunakan sebagai ‘highlight’ di wajah. Dalam pemilihan fesyen, anda cantik mengenakan busana yang berwarna lembut.
 
Wanita Api
Jikalau kulit anda berwarna kekuning-kuningan, anda tergolong dalam kumpulan wanita Api. Dalam solekan, wanita Api sangat cantik jika mengutamakan rona yang dramatik. Jauhi sama sekali warna-warna solekan seperti pastel, coklat pudar dan semua kumpulan warna hijau dan biru. Sebenarnya tidak salah untuk mengenakan warna-warna tersebut, tetapi anda akan dilihat kurang menyerlah. Anda sebenarnya paling cantik apabila tampil dengan warna plum dan warna ungu. Sebagai cadangan untuk berfesyen, anda dinasihatkan untuk memilih busana pengantin yang ringkas dan bukannya yang digabung-gabungkan (mix and match). Kulit anda sudah cukup kuat untuk menyerlahkan diri dan usah serabutkannya dengan busana yang sarat.
 
Wanita Tanah
Kulit wanita tanah berwarna agak kecoklatan. Dalam bahasa Melayu, ia juga sering disebut hitam manis. Untuk pengetahuan, anda sebenarnya sangat cantik mengenakan warna-warna yang erat dengan warna alam semula jadi misalnya warna kuning tua, warna hijau tua, warna oren ikan salmon dan warna keemasan. Tetapi kecantikan wanita Tanah akan hambar sekiranya mereka tampil dengan warna biru dan kelabu. Sebagai pilihan warna lain tidak kira untuk solekan mahupun fesyen penampilan, anda sangat cantik apabila memilih warna merah kecoklatan berbanding warna merah jambu.
 
Wanita Angin
Penampilan kulit wanita angin sangat ringan dan cerah. Kulit anda sungguh putih dan kadangkala ia menghampiri warna pucat. Sebenarnya warna kulit ini sangat berisiko dalam memilih warna solekan. Bukan bermakna putih itu boleh mengenakan semua warna. Kecantikan wanita Angin sangat terserlah apabila mereka mengenakan warna pastel, putih, putih gading, warna coklat muda dan warna madu. Elakkan warna-warna yang terlalu terang atau warna-warna yang terlalu gelap. Untuk menyempurnakan solekan bibir, wanita Angin dinasihatkan agar memilih gincu warna pic atau pengilat bibir warna merah.

Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?

Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?
Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?
Tiada indahnya majlis perkahwinan tanpa jambangan bunga yang menghiasi. Tiada serinya sang mempelai tanpa bunga tangan digenggaman. Begitulah peri pentingnya hiasan bunga dalam setiap sudut majlis baik pertunangan mahupun perkahwinan.
Penggunaan bunga-bungaan sememangnya menjadi penyeri kepada mood dan suasana keseluruhan majlis. Jika dahulu, bunga-bunga segar sering menjadi pilihan kerana keindahan dan keharuman semulajadinya yang membangkitkan suasana harmoni setiap sudut ruang. Namun, dengan kemajuan teknologi, bunga artificial sudah berevolusi. Kualitinya semakin diperbaiki malahan menjadi pilihan utama kerana warna dan ketahanannya.
Walau apa pun jenisnya, segar atau artifisial, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang pasti, setiap majlis yang dihiasi bunga-bungaan berwarna warni akan lebih menyerlah dan berseri.
 
Bunga segar
  • Bunga segar akan memancarkan keharuman yang lebih istimewa dan semula jadi.
  • Lebih kaya dengan jenis dan warna yang bakal mencuit hati.
  • Kesempurnaan setiap ciri dan bahagian yang tidak akan dapat ditemui pada bunga-bunga artifisial.
  • Kelembutan bunga asli tidak dapat ditandingi bunga artifisial yang umumnya diperbuat daripada bahan plastik yang keras apabila disentuh.
  • Resepsi pernikahan yang menggunakan bunga asli akan lebih eksklusif dan mewah walaupun perlu memperuntukkan bajet yang lebih tinggi.
  • Bunga segar akan tampak lebih hidup dan indah dalam setiap foto yang terakam.
  • Bunga segar boleh juga diawetkan (melalui pelbagai proses) dan akan bertahan lama.
 
Bunga artifisial
  • Bunga artifisial tidak akan pernah layu atau mengalami perubahan warna. Ia sentiasa kelihatan segar.
  • Tidak perlu menunggu musim tertentu untuk mendapatkan/menyediakannya.
  • Ringan dan sangat mudah dibawa. Lebih murah daripada bunga asli.
  • Tidak menyebabkan alahan andai ada tetamu jemputan yang mempunyai alahan kepada bunga segar.
  • Tidak akan layu atau tertanggal akibat pengaruh cuaca atau sentuhan.
  • Pengawetan yang tinggi menyebabkan bunga tiruan dapat dipesan lebih awal sebelum majlis pertunangan atau pernikahan.

10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan

10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan
10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan

Rasanya semua wanita akan bersetuju bahawa kulit yang cantik, bersih, licin dan halus adalah kulit yang menjadi dambaan. Saat anda meraikan hari bahagia baik pertunangan ataupun persandingan, pastinya jurusolek profesional yang bakal menata rias wajah. Namun, tiada salahnya jika anda sendiri mempunyai sedikit pengetahuan tentang asas solekan agar penampilan di hari bahagia tidak mengecewakan.
 
Pastikan Kulit Sentiasa Sihat
Sewaktu mencuci wajah, pastikan anda mengelupas dan melembapkannya dengan sempurna. Lama kelamaan, anda akan sedar yang anda tidak perlukan ‘concealer’ untuk menutup cela di wajah dan bedak asas juga hanya perlu disapu tipis.
 
Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Sapuan ‘concealer’ pada kulit kering akan menyerlahkan lagi garis-garis halus yang ada pada wajah. Inilah sebabnya anda perlu melembapkannya terlebih dahulu kerana lembapan yang sempurna akan menjadikan wajah tampak lebih berseri dan bercahaya.
 
Sapu ‘Concealer’ Sebelum Bedak Asas
Apabila sudah meratakan ‘concealer’ pada wajah, anda tidak lagi memerlukan sapuan bedak asas yang banyak. Untuk kesan yang terbaik, pakailah ‘concealer’ pada bawah mata, di sepanjang hidung dan juga pada dagu. Sewaktu memakai ‘concealer’, pastikan anda memberi lebih perhatian pada bahagian merah di tepi hidung. Elakkan menyapu ‘concealer’ di bahagian tersebut. Selepas selesai, mengundur beberapa langkah dari cermin untuk melihat sejauh manakah cerahnya wajah anda.
 
Elak Menyapu Bedak Asas Pada Seluruh Wajah
Hanya sesetengah orang sahaja perlu menyapukan bedak asas pada seluruh wajahnya. Sebaiknya, sapulah pada bahagian di mana warna kulit anda tidak rata (biasanya di bahagian hidung). Untuk kesan sapuan bedak asas yang lebih semulajadi pula, pilihlah bedak asas jenis lutsinar yang bertekstur lebih ringan.
 
Adunkan Bedak Asas Dengan Betul
Sentiasa mulakan untuk menyapu bedak asas di tengah-tengah wajah dan kemudian barulah disapukan ke arah luar. Adunkan bedak asas dari muka ke leher dengan sebati. Usah biarkan orang perasan yang wajah dan leher anda mempunyai garisan sempadan
 
Pilihlah Warna dan Formula Yang Betul Untuk Jenis Kulit Anda
Pilihlah warna yang paling hampir dengan warna semulajadi kulit anda. Jangan cuba menggelapkan kulit anda kerana ia pasti akan kelihatan pelik di wajah anda. Bagi jenis kulit berminyak, anda boleh memilih bedak asas jenis ‘matte’. Untuk kulit kering pula, pilihlah formula yang melembapkan. Satu tip untuk memilih bedak asas ialah elakkan mencubanya di belakang tapak tangan. Adalah lebih baik anda cuba menyapukan sedikit di garisan rahang kerana ia akan memberikan pilihan warna yang lebih tepat.
 
Gunakan Span, Berus atau Jari
Tidak ada cara yang betul untuk menyapukan bedak asas. Ia sebenarnya berkaitan dengan keselesaan dan kemahuan. Ada segelintir mekap artis yang lebih suka menyapukan bedak asas dengan menggunakan berus. Sebenarnya sapuan dengan berus mampu menutupi cela-cela kecil di wajah termasuklah melindungi pori-pori. Ada juga mekap artis yang percaya sapuan dengan jari akan memberikan kesan yang lebih cantik. Manakala span pula menjadikan sapuan lebih menyeluruh. Apapun, ia bergantung kepada kehendak dan keinginan anda.
 
Bagaimana Untuk Menutup Kesan Hitam di Bawah Mata?
Anda boleh memilih ‘concealer’ warna pic atau kuning. Tepekkan ‘concealer’ tersebut di bahagian hujung mata dan bawakan sedikit ke tengah mata. Kemudian, bersoleklah seperti biasa.
 
Wajah Berkerak Dengan Bedak
Untuk memastikan wajah anda tidak tebal dengan bedak asas dan bedak, pastikan anda menyerap minyak yang ada di wajah terlebih dahulu sebelum mula bersolek. Ada banyak tisu penyerap minyak yang dijual di farmasi dan anda boleh mencubanya untuk kesan solekan yang lebih semulajadi.
 
Semburkan Wajah Dengan Penyembur Khas
Selepas selesai bersolek, semburkan wajah dengan semburan air Evian atau yang seumpamanya. Air ini membantu wajah menjadi lebih segar dan tidak nampak terlalu tebal dengan solekan.

Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya

Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya
Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya
Sebagai isteri, tahukah anda apa yg diharapkan oleh pasangan dalam menjalin hubungan yang hangat dan mesra? Bagaimana sentuhan yang digemari olehnya serta pelbagai lagi persoalan yang diselindungi oleh kaum adam ini.
Sebenarnya di sebalik tubuh yang gagah perkasa, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian. Teliti panduan berikut dan lihatlah sejauhmana ia mampu menghangatkan malam anda berdua.
 
Elakkan Berbogel
Pakailah selapis pakaian yang nipis dan jarang. Kehalusan fabrik yang menyentuh kulitnya akan memberi sensasi yang luarbiasa pada pasangan.
 
Rambut Terurai Pembangkit Ghairah
Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya.
 
Senyap Itu Indah
Tidak ada yang lebih menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun
butang baju secara perlahan-lahan dan tanpa sepatah bicara. Diiringi dengan senyuman mesra, dia tidak sabar-sabar menarik anda dalam pelukannya.
 
Sentuh Putingnya
Lelaki juga akan terangsang apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat. Ghairahnya sudah tentu tidak terperi.
 
Hadiah Sensasi
Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan membakar mata mereka melalui ‘hadiah’ yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan yang anda tinggalkan ditubuhnya akan membuatkan mereka terkenang kepada anda. Juga jangan lupa untuk meninggalkan pakaian dalam yang seksi di tempat tidurnya sekaligus akan membangkitkan kembali keghairahannya.
 
Zon Yang Menggetar
Kulit bahagian dalam paha wanita mampu merangsang lelaki kerana ianya lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat wanita kegelian. Ini menjadikan lelaki merasa lebih ‘macho’.
 
Zon Rangsangan: Telinga
Telinga mampu merangsang lelaki. Caranya mudah saja. Hujung lidah anda digerakkan dengan lembut dibahagian luar cuping telinga pasangan. Gerakkan lidah naik turun dibahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan secara perlahanlahan. Suami akan sedar bahawa kita menyayanginya.
 
Sentuhan Penuh Ghairah
Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yang lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan paha suami.
 
Bangkitkan Suasana Romantis
Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yang romantis. Selain lilin dan alunan lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aromaterapi, losyen yang harum serta selendang lembut yang dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.
 
Pandangan Mempesona
Tatapan yang mempesonakan dan penuh perasaan kasih sayang terhadap lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona. Cukup untuk membuatkan lelaki bahagia.
 
Membelai Rambut
Lelaki akan merasa lebih disayangi sekiranya wanita pandai membelai rambutnya. Senang sahaja. Apabila duduk bersama, wanita jangan malu untuk membelai rambut pasangannya. Belailah rambutnya secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.
 
Mengintip Membangkit Nafsu
Perbuatan mengintip merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. Ia tidak disedari oleh wanita bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.
 
Hembusan Nafas
Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yang hangat akan merangsang si dia. Sentuhkan bibir anda secara perlahan dibibir atau punggungnya. Hembusan nafas anda yang hangat akan membuatkan si dia tidak sabar untuk mendakap anda.
 
G-Spot
Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai zon ‘G-Spot’ yg tersendiri. Carilah di mana kawasan yang dimaksudkan. Pasti hubungan antara anda dan si dia akan bertambah erat.
 
Membuat Kejutan
Lelaki akan mudah mengagumi anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur, buatlah perubahan dari segi pemakaian. Sesekali kenakan pakaian yang jarang. Anda boleh juga memakai pakaian yang singkat dan seksi.

Wajah Sehalus dan Semerah Kulit Tomato

Wajah Sehalus dan Semerah Kulit Tomato
Wajah Sehalus dan Semerah Kulit Tomato
Sama ada diratah atau digandingkan dengan pelbagai jenis masakan, tomato sememangnya menjanjikan keenakan yang tersendiri . Berasal daripada keluarga Solanaceae , tomato sangat kaya dengan zat besi, serat , vitamin A dan C yang sangat diperlukan untuk mengekalkan kesegaran dan kecergasan tubuh. Selain itu, tomato juga mengandungi fruktosa , glukosa , asid folik, potasi um, kalsium, dan garam mineral. Bagi bakal pengantin yang sangat menggemari tomato , ia berita baik untuk anda dan bagi yang tidak menggemarinya, cubalah berusaha untuk menjadi sahabat baik dengan tomato .
Khasiat si merah tomato memang tidak dinafikan lagi khususnya dalam penjagaan kulit. Bakal pengantin yang akan melangsungkan persandingan tidak lama lagi, tentu sedang mencari-cari tempat untuk memanjakan diri. Jadi, apa kata anda cuba sahaja di rumah dengan menggunakan si merah tomato ini. Lebih jimat bukan?
1.Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan kering selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma. Selepas itu sapukan pelembab muka. Lakukan setiap hari atau setiap minggu sehingga menjelangnya hari persandingan anda. Pasti si dia akan memuji kehalusan wajah anda.
2.Merawat jerawat
Jerawat sememangnya musuh utama wanita. Jadi, untuk merawat jerawat-jerawat yang ada, ambil tomato segar dan hancurkannya. Kemudian, sapu tomato yang hancur itu pada kawasan yang berjerawat. Biarkan selama beberapa jam sebelum dibilas dan keringkan dengan tuala bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang cepat.
3.Membersihkan kulit muka
Mask atau topeng muka boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai atau farmasi. Namun, terdapat cara yang lebih mudah dengan menghasilkannya sendiri di rumah. Hancurkan tomato segar bersamasama dengan avokado dan sapu rata pada wajah kemudian biarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum dibilas dengan air. Kaedah ini sangat sesuai bagi bakal pengantin yang mengalami masalah muka berminyak dan kering.
4.Menyejukkan kulit muka
Apabila pasangan yang sudah pulang dari berbulan madu di pulau, tentu mengalami masalah 'sunburn' atau kesan selaran akibat pancaran matahari. Wajah yang bersisik, kasar, dan tidak sekata meresahkan hati. Gabungan tomato dan yogurt boleh menyejukkan kulit muka serta mengurangkan kesakitan akibat selaran matahari. Caranya ialah campurkan tomato yang telah hancur dengan dua sudu yogurt asli. Kemudian, sapukan pada wajah selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Hasilnya, wajah akan kembali halus mulus dan si dia pasti tergoda dengan senyuman dari anda.

12 Adab Melayan Suami

12 Adab Melayan Suami
12 Adab Melayan Suami
Masih terbayang saat-saat indah tatkala suami menerima lafaz ijab Kabul daripada tok kadi. Betapa nikmat dapat mengecapi dan melayari kehidupan sebagai suami isteri. Namun begitu, tugas itu bukanlah mudah sebaliknya memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana berhadapan dengan fasa baru dalam kehidupan.
Tugas seorang isteri, bukan sahaja terbatas kepada keperluan batin tetapi juga beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Ingat, anda kini bukan lagi hidup sebagai seorang bujang tetapi ada tanggungjawab lain perlu digalas. Sebagai isteri yang baik, perlu mengetahui cara dan adab untuk melayani suami.
1. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Sikap sebegini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami 'angkat kaki' meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak bertegur sapa dengan anda sebagai hukuman atas kedegilan anda sebagai isteri.
2. Jika suami baru pulang, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.
3. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Merajuk menunjukkan sikap kita tidak matang dan keanak-anakan, sebaliknya bersikap ‘sporting’ dan tertawalah dengan usikannya.
4. Jika suami berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali mengambil sikap acuh tak acuh kemahuan suami kerana ia memberi gambaran bahawa anda tidak taat kepadanya.
5. Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukanlah kehendak suami begitu juga dengan kehendak ibu dan bapa. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.
6. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengannya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredai Allah S.W.T.
7. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap guna dulu beritahu kemudian.
8. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Kalau suami suka makan kari janganlah kita menghidangkan ikan masak asam pedas kepadanya. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Selain itu pepatah Inggeris ada menyebut. “a way to win a man heart is through his stomach”.
9. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jangan biarkan suami terus memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai menguruskan suami. Selain itu, jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Semua suami akan berasa bangga kalau pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.
10. Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan
tunggu suami minta sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.
11. Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan menyepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh membuat suami berkecil hati. Walaupun anda tidak menyukai pemberiannya, simpanlah di tempat elok. Setiap pemberian suami itu ada nilainya tersendiri.
12. Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Lelaki Cemburu Uji Kesabaran

Lelaki cemburu
Oleh:Editorial Mingguan Wanita

Kaki siasat
Awal perkenalan, pasangan mungkin ditatang bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan lama kelamaan ada sahaja yang tidak kena. Kalau boleh dia cuba mengawal setiap pergerakan. Ke mana, dengan siapa bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda. Jika ada, anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan pasangan mengalahkan pihak berkuasa. Anda mungkin berasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.
 
Sentiasa curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan wanita. Sukar baginya untuk mempercayai, tambahan pula apabila pasangan sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka yang mengganggu itu adalah kerana terpikat dek kecantikan wanita pujaannya. Walaupun tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, dia tetap merasakan yang pasangan cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang boleh anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
 
Panas baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Suami atau teman lelaki yang anda kenali dengan lebih mendalam mungkin mempunyai perangai yang suka marah. Salah sedikit sahaja tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Panas baran ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin akan mendatangkan padah, silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.
 
Tidak pernah puas
Betul atau tidak dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar kesalahan. Susah untuk memuaskan hatinya. Sikap ini akan membuatkan pasangan berfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda. Pada satu tahap pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.
 
Kuat mengongkong
Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.
 
Ambil kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya perlu diikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang diri anda. Ini akan digunakan agar anda tidak dapat lari daripadanya.

Khairul Fahmie & Leuniey Mahu Kecap Kemanisan Cinta Selepas Berkahwin

Khairul Fahmie & Leuniey
Oleh:Editorial Mingguan Wanita

Tarikh 28 Disember 2012, mengikat dua jiwa; penjaga gol skuad bola sepak negara dan pasukan negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21 atau lebih mesra dipanggil Leuniey. Sekitar detik 10.25 pagi, hanya dengan sekali lafaz sahaja, pasangan ini selamat diijabkabulkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat. Tampil indah dengan rona kuning cair busana  Ezuwan Ismail, Leuniey manis di pelaminan. Begitu juga Khairul Fahmi yang awalnya gementar namun tidak lepas mengungkapkan kesyukuran kerana mereka kini sah bergelar suami isteri. Kegembiraan turut dirasai oleh seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak terutamanya ibu bapa Khairul Fahmi iaitu Che Mat Hussein, 58 dan Bidah Ibrahim, 57, serta ibu bapa Leuniey, Nazri Adnan, 44 dan Noor Laila Abu Bakar, 45 tahun. Turut hadir ialah Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Muhammad. Dalam majlis tersebut, Leuniey menerima wang hantaran bernilai RM19,000, simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor jersi Khairul Fahmi berserta tujuh dulang yang mengandungi minyak wangi, alat solek, beg tangan, kasut, persalinan, sirih junjung dan cincin. Pihak pengantin perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada persalinan, jam tangan, kasut, minyak wangi, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung dan juga cincin. Diraikan seterusnya dalam majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Renaissance Kota Bharu, pasangan ini begitu serasi dalam persalinan songket sentuhan Ezuwan Ismail. Bertemakan perkahwinan moden klasik, mempelai dan tetamu dihiburkan dengan kesenian Kelantan, tarian Asyik.
 
 
HANYA KENAL 10 BULAN
 
Sememangnya sepanjang tahun 2012, hubungan di antara Khairul Fahmi atau Apexs dengan Leuniey sering diperkatakan. Bermula dengan kontroversi mereka sebenarnya tidak mengenali sehinggalah dipertemukan untuk menjayakan penggambaran sebuah iklan wangian. Sejak detik itu, hubungan mulai mesra dan dalam tempoh yang singkat, mereka melafaz janji sehidup semati. Mengimbas detik perkenalan pasangan selebriti ini, menurut Leuniey, perhubungan yang berlangsung hampir 10 bulan ini memadai untuk mereka saling mengenali isi hati, seterusnya melanjutkan ke fasa yang lebih serius. “Saya cuma mengenalinya pada Mac sewaktu penggambaran SimplySiti. Sebelum itu, saya tidak mengenali Fahmi, malah saya sendiri tidak mengikuti perkembangan bola sepak negara. Hanya selepas timbulnya gosip, saya mahu mengetahui mengenai latar belakang Fahmi. “Ketika itu saya berasa terkilan kerana dikaitkan dengannya tetapi saya bernasib baik kerana ibu bapa memberi sokongan dan nasihat agar saya telah berasa kecewa dengan kontroversi tersebut. “Sehinggalah kami dipertemukan untuk sesi penggambaran tersebut. Saya hadir uji bakat tanpa mengetahui bahawa dia turut terlibat. Bermula detik itu, kami berkawan dan berhubungan. “Tanpa disangka, gosip yang memperkatakan hubungan kami walhal ketika itu kami tidak saling mengenali seolah-olah menjadi satu kenyataan apabila kami benar-benar bersatu sekarang,” tutur anak sulung daripada enam beradik ini. Ujarnya, daripada perkenalan biasa mereka tidak menyedari timbulnya bibit-bibit cinta kerana segalanya berlaku secara spontan. Hubungan mereka kemudian dirujuk kepada keluarga dan seterusnya mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga tanpa mengambil masa yang panjang, apatah lagi melalui tempoh pertunangan setelah lamaran daripada pihak lelaki diterimanya. “Saya melihat Fahmi sebagai seorang lelaki yang matang berbanding usianya. Dia juga kelakar, penyayang dan romantik, selain matanya yang sepet itu memikat pandangan saya. Bukan itu sahaja dia seorang yang penuh dengan kejutan. Tidak dengan memberi hadiah saja malah kehadirannya sering tidak dijangka menjadikan kejutannya memang menjadi. “Hubungan kami begitu pantas. Kami semakin rapat apabila saling mengenali sikap, begitu juga keluarga. Ketika mahu meneruskan hubungan ini, saya mendapatkan pandangan daripada keluarga terlebih dahulu dan syukurlah kedua-dua belah pihak merestui hubungan kami,” ceritanya yang memberikan sokongan yang
tidak berbelah bahagi kepada suaminya ini.
 
 
LEUNIEY CANTIK DAN MANJA
 
Bagi ahli pasukan Red Warriors ini pula, tiada yang lebih indah selain mengenali isterinya. Leuniey menjadi pilihan hatinya kerana wanita itu begitu memahami kariernya. “Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun masih ada sedikit rasa gemuruh tetapi ia telah dipermudahkan-Nya. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas jodoh yang diperkenankan. “Saya juga bersyukur dipertemukan dengannya. Dia seorang yang begitu memahami kesibukan karier saya. Bagi saya ini penting kerana jika dia tidak dapat memahami, mungkin sukar untuk kami bersama. “Saya akui sepanjang perhubungan kami sebelum ini, kami jarang berjumpa. Hanya jika berkelapangan, itu pun bukan keluar berdua sebaliknya lebih kepada perjumpaan bersama keluarga. Jadi saya begitu berharap dia akan kekal memahami situasi saya selepas ini,” kata Khairul Fahmi. Tidak sahaja itu yang memikat hati Khairul Fahmi terhadap cinta hatinya. Dia juga tertawan dengan budi bahasa, kecantikan, kemanjaan dan kepandaian Leuniey di dapur. Lantas rombongan dihantar ke rumah pihak perempuan pada Oktober 2012. “Leuniey sudah cukup sempurna di mata saya. Cantik orangnya. Jika orang lain selalu memujinya, saya apatah lagi. Saya bersyukur kerana mendapat isteri yang manja. Malah dia pandai mengambil hati saya dengan kehebatannya memasak hidangan istimewa kegemaran saya terutamanya pemanis mulut seperti pavlova, puding roti dan juga tomyam. “Walaupun baru berusia 21 tahun, Leuniey matang dan boleh berdikari. Pernah saya bertanya kepadanya sama ada dia berminat untuk menyambung pelajaran seperti rakan-rakan seusianya tetapi dia cenderung kepada menguruskan perniagaannya. Ini membuatkan saya berasa kagum dengan kebolehannya itu,” ungkap Khairul Fahmi yang mengakui perhubungan singkat bukanlah penghalang untuk mereka meraih kebahagiaan.“Ada pasangan yang langsung tidak mengenali pasangan sebelum berkahwin tetapi kekal hingga ke akhir hayat. Jalan cerita saya juga sama. Saya mahu mengecap kemanisan bercinta itu selepas berkahwin. Tentu lebih indah. “Bagaimanapun, saya amat bersyukur. Ini adalah jodoh yang diberikan oleh Allah S.W.T. Apabila saya telah tetapkan untuk menamatkan zaman bujang, bermakna saya telah bersedia dari pelbagai segi terutamanya mental. “Perkahwinan merupakan perkara serius, seiring dengan tanggungjawab yang dipikul. Jika dahulu saya hanya memberi keutamaan kepada diri dan keluarga, kini saya sudah mempunyai Leuniey. Saya hanya dapatkan rasakan kegembiraan, selain berusaha untuk membahagiakan Leuniey,” tutur Khairul Fahmi tanpa berselindung lagi. 
 
 
TIADA KESEMPATAN BERBULAN MADU
 
Tentunya juga menikmati bulan madu menjadi acara wajib buat pasangan pengantin baru. Berduaan di lokasi yang penuh romantis dalam mood kasih sayang menjadikan perkahwinan yang baru dibina lebih bererti. Namun berbeza kepada pasangan anak jati Kelantan ini. Tatkala diajukan pertanyaan mengenai bulan madu, ternyata mereka masih tidak punya perancangan untuk meraikan momen indah tersebut. “Mengenai berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya. Tidak ada rancangan mengenai lokasi mahupun tarikh untuk tujuan tersebut. Ini kerana jadual saya penuh untuk menjalani latihan,” kata Khairul Fahmi di dalam sidang media usai majlis resepsi diadakan. Dalam pada itu tidak ketinggalan ditanya perancangan untuk memiliki cahaya mata. Dalam berseloroh, Khairul Fahmi tidak merancang untuk memperoleh anak seramai ahli pasukan bola sepak. Ternyata kenyataannya itu mengundang tawa isterinya itu. “Semuanya rezeki Allah S.W.T. Kami tidak merancang dan tidak menolak rezeki yang Allah S.W.T beri sama ada cepat atau lambat. Bagaimanapun memadai dengan kehadiran empat cahaya mata untuk memeriahkan kehidupan kami sekeluarga,” tuturnya yang turut merancang untuk membuka perniagaan bersama isterinya.

'Kekurangan & Kelebihan Suami Semarakkan Cinta Liyana Jasmay'

'Kekurangan & Kelebihan Suami Semarakkan Cinta Liyana Jasmay'
Oleh:Editorial Mingguan Wanita
“Saya rasa seperti bermimpi. Sebaik majlis selesai, saya bersyukur segala-galanya selamat. Saya gembira segala-galanya berjalan lancar,” kegembiraan itu diluahkan oleh Liyana binti Dato’ Haji Jasmay sebaik selesai majlis pernikahannya bersama Fathuddin bin Mazlan pada 2 Februari lalu.
 
Dilanda kontroversi dua minggu sebelum majlis pernikahan tidak sedikit pun menghalang kemeriahan per kahwinan pelakon dan penyanyi genit ber nama Liyana Jasmay dan suami ter cinta. Kehadiran kaum keluarga rapat dan sahabat handal dari kedua-dua belah pihak melengkapkan hari yang penuh bermakna bagi pasangan yang pernah bergelar jiran sebelum kedua-duanya bertukar menjadi pasangan kekasih.
 
Liyana dan Fathuddin telah diijabkabul kan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Dato’ Haji Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad. Dengan dua kali lafaz, Liyana, 25 tahun, sah bergelar isteri kepada Fathuddin, 29 tahun. Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388 yang diambil sempena dengan tarikh lahir Liyana iaitu pada 28 Mac 1988.
 
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak lelaki. Antara hantaran daripada pihak lelaki adalah dulang berisi tepak sirih, seutas gelang emas (mas kahwin), sebuah tas tangan, wang hantaran dalam bentuk cek, dan set perhiasan yang terdiri daripada seutas rantai, sebentuk cincin dan sepasang anting-anting. Pihak perempuan membalas dengan memberi dulang berisi tepak sirih, seutas jam tangan, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah dompet, sebiji kek dan sebakul buah-buahan.
 
Apa yang menariknya sebelum majlis ijab kabul dilaksanakan dan sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki, wakil-wakil daripada kedua belah pihak telah meng hangatkan suasana dengan upacara berbalas pantun.
 
Tiada Syarat Dari Suami

Usai majlis pernikahan, Liyana kelihatan gembira di samping suami tercinta. Meng gaya kan busana pengantin putih rekaan Jovian Mandagie, dia kelihatan tenang menjawab soalan daripada pihak media yang mengutarakan pelbagai soalan ber kaitan kehidupannya selepas sah bergelar isteri.
 
Dalam sidang media itu, pelakon filem Papadom dan KAMI the Movie ini mengakui dia dan suami sememangnya punya banyak perbezaan tapi itu bukanlah halangan bagi keduanya untuk melayari bahtera rumah tangga.
 
“Sebagai seorang individu, kami berbeza. Tetapi kami melengkapkan diri masing-masing. Pada mulanya saya tidak faham perkara ini. Tetapi apabila kami sudah saling kenal-mengenali barulah saya memahami bahawa dia ada kekurangan dan kelebihannya. Saya cintakan kekurangan dan kelebihannya itu,” kata Liyana sambil menjelaskan suaminya tidak meletakkan syarat untuknya meneruskan bidang lakonan namun sebagai isteri dia terlebih dahulu akan meminta keizinan suami terlebih dahulu.
 
Menyentuh tentang kehadiran cahaya mata, pasangan ini sepakat mahu hidup berdua terlebih dahulu. Namun ujar Liyana dia dan suami bagaimana pun tidak menolak jika dikurniakan rezeki lebih awal.
 
Bakal berangkat ke New York selepas majlis resepsi kata pelakon berlesung pipit ini dia ke sana bukanlah untuk berbulan madu sebaliknya untuk menjalani penggambaran di sana.
 
“Selain New York, kami akan singgah di London dan menghabiskan masa beberapa hari di sana. Kata Fathuddin, itu bukan bulan madu. Apabila kami balik ke Sabah, barulah kami akan berbulan madu. Mungkin kami akan pilih resort di pulau yang terdapat di Sabah,” ujar pelakon genit ini yang akan mengikut suaminya yang bertugas di Sabah. Namun apabila keadaan memerlukan, dia akan berulang-alik antara Sabah dan Kuala Lumpur.
 
Dugaan Tuhan

Baik Liyana mahupun Fathuddin tidak dapat lari daripada soalan mengenai kontroversi yang tercetus berhubung gambar pra-perkahwinan mereka yang tersebar sebelum majlis perkahwinan sebenar dilangsungkan. Namun keduanya tidak mahu mengulas lagi mengenai perkara tersebut.
 
“Saya sudah lama berada dalam industri ini. Sejak umur saya sembilan tahun. Kontroversi ini hanya sementara. Nanti pasti orang akan lupa. Saya sudah terlalu biasa dengan gosip dan kontroversi yang akan datang dan pergi.
 
“Saya ada jelaskan kepada Fathuddin tentang lumrah kehidupan artis ini. Sejak berada dalam industri, saya tak pernah dilanda kontroversi cuma ini sekali ini saja itu pun sebelum kahwin. Mungkin Tuhan mahu menguji kami. Jadi kami menghadapinya dengan tenang,” ujar Liyana sambil diakui oleh suaminya.
 
“Sebenarnya saya tidak tahu tentang perkara ini sehinggalah ada rakan menghubungi saya memberitahu mengenai perkara tersebut. Saya tidak ambil tahu. Saya hanya tumpukan pada persiapan majlis perkahwinan kami,” kata Fathudin tenang.
 
Ringkas Tapi Meriah
Selepas pernikahan, majlis resepsi pasangan ini berlangsung dalam suasana ringkas pada malam harinya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menghimpunkan hampir 1000 tetamu.
 
Sebagaimana di majlis pernikahan, tetamu yang hadir dalam majlis resepsi turut diperdengarkan dengan lagu nyanyian Liyana Jujur dan Cinta Bersatu. Malah setiap tetamu yang hadir juga turut diberikan sekeping cakera padat album Liyana Jasmay.
 
Berkonsepkan ‘Old Hollywood Glam’, majlis yang penuh meriah ini turut dihadiri oleh selebriti tempatan, selain sanak-saudara dan rakan-taulan. Tetamu kehormat yang hadir terdiri daripada Yang Amat Mulia Tunku Puteri, Tunku Dato’ Seri Jawahir Almarhum Tuanku Jaafar, Datuk Dr. Abd Latif Ahmad dan isteri, serta Yang Berbahagia Tan Sri Yusuf Nor dan isteri.
 
Antara selebriti yang hadir ialah, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Farid Kamil, Nur Fazura, Lisa Surihani bersama Yusri, Marsha, Sharifah Sakinah, Shidee Ishak bersama Vanida Imran dan anak-anak, Umie Aida dan suami, Eja, Norman (KRU) bersama isteri, Tam Suhaimi, NasT, Zain Raffedge dan isteri, Dira Abu Zahar, Ana Dahlia, Farish, Sofea Jane, Erma Fatima dan ramai lagi.
 
Dalam majlis ini Liyana yang dirias oleh Deq Sha anggun mengenakan gaun labuh berona putih sementara suaminya Fatuddin segak bersut tuxedo hitam. Selain itu pengantin perempuan turut menggayakan gaun ilham pereka terkenal Jovian Mandagie selain Rizman Ruzaini.