Sama ada diratah atau digandingkan dengan pelbagai jenis masakan,
tomato sememangnya menjanjikan keenakan yang tersendiri . Berasal
daripada keluarga Solanaceae , tomato sangat kaya dengan zat besi, serat
, vitamin A dan C yang sangat diperlukan untuk mengekalkan kesegaran
dan kecergasan tubuh. Selain itu, tomato juga mengandungi fruktosa ,
glukosa , asid folik, potasi um, kalsium, dan garam mineral. Bagi bakal
pengantin yang sangat menggemari tomato , ia berita baik untuk anda dan
bagi yang tidak menggemarinya, cubalah berusaha untuk menjadi sahabat
baik dengan tomato .
Khasiat si merah tomato memang tidak dinafikan lagi khususnya dalam penjagaan kulit. Bakal pengantin yang akan melangsungkan persandingan tidak lama lagi, tentu sedang mencari-cari tempat untuk memanjakan diri. Jadi, apa kata anda cuba sahaja di rumah dengan menggunakan si merah tomato ini. Lebih jimat bukan?
1.Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan kering selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma. Selepas itu sapukan pelembab muka. Lakukan setiap hari atau setiap minggu sehingga menjelangnya hari persandingan anda. Pasti si dia akan memuji kehalusan wajah anda.
2.Merawat jerawat
Jerawat sememangnya musuh utama wanita. Jadi, untuk merawat jerawat-jerawat yang ada, ambil tomato segar dan hancurkannya. Kemudian, sapu tomato yang hancur itu pada kawasan yang berjerawat. Biarkan selama beberapa jam sebelum dibilas dan keringkan dengan tuala bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang cepat.
3.Membersihkan kulit muka
Mask atau topeng muka boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai atau farmasi. Namun, terdapat cara yang lebih mudah dengan menghasilkannya sendiri di rumah. Hancurkan tomato segar bersamasama dengan avokado dan sapu rata pada wajah kemudian biarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum dibilas dengan air. Kaedah ini sangat sesuai bagi bakal pengantin yang mengalami masalah muka berminyak dan kering.
4.Menyejukkan kulit muka
Apabila pasangan yang sudah pulang dari berbulan madu di pulau, tentu mengalami masalah 'sunburn' atau kesan selaran akibat pancaran matahari. Wajah yang bersisik, kasar, dan tidak sekata meresahkan hati. Gabungan tomato dan yogurt boleh menyejukkan kulit muka serta mengurangkan kesakitan akibat selaran matahari. Caranya ialah campurkan tomato yang telah hancur dengan dua sudu yogurt asli. Kemudian, sapukan pada wajah selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Hasilnya, wajah akan kembali halus mulus dan si dia pasti tergoda dengan senyuman dari anda.

No comments:
Post a Comment