Search This Blog

Friday, May 25, 2012

Cahaya Cinta Di Meja Santapan

Mendekorasikan segenap ruang sama ada di rumah, dewan mahupun perkarangan taman bagi melangsungkan majlis resepsi sudah pasti meja santapan buat bakal pengantin dan juga para tamu tidak ketinggalan untuk dihias cantik. Hiasan meja dengan menggunakan lilin-lilin yang kecil dan pelbagai warna serta bentuk pasti akan memberi kelainan untuk majlis bahagian anda.

Panduan!

1. Pilih Lilin yang berlainan ronanya dari alas meja agar ia dapat membangkitkan suasana di meja santapan.
2. Jika mahukan kelainan pilih lilin dari bentuk-bentuk yang menarik dan unik. Alaskan lilin yang dihias dengan pelapik lilin atau letakkan ia dalam bekas kaca sekiranya ia dinyalakan.
3. Selain hiasan lilin secara ‘single’ ia juga boleh didekorasikan dengan aksesori hiasan lain.









Daun Sirih Segar Pelengkap Adat

Sirih junjung pelengkap adat, kini telah mengalami pelbagai perubahan bentuk dekorasi. Ada yang menggunakan daun sirih segar, dan ada yang menggunakan daun sirih tiruan. Kedua-duanya mampu menghasilkan gubahan sirih junjung yang menawan.

Butik Pilihan Pesona Pengantin Mac






................................................................................................................................................................................





................................................................................................................................................................................




................................................................................................................................................................................




................................................................................................................................................................................












Gelora Kasih Membara


Bahan-bahan :
• Bunga artifisial
• 2 keping gabus
• Pasu bunga
• Kain kasa
• Manik perak
• Gam
• Gunting
• Pemotong
Langkah Demi Langkah :
Langkah pertama, balut kain kasa pada seluruh permukaan gabus lalu gamkan manik perak di sekeliling gabus tersebut. Kemudian, lilitkan juntaian mutiara berantai ke seluruh permukaan dulang hantaran. Lakukan gerakan yang sama pada gabus yang satu lagi. Seterusnya, gamkan kedua-dua gabus tadi menjadi satu. Di bahagian atas permukaan hantaran tersebut, lekatkan pasu bunga di tengah-tengah. Seterusnya, gubah bunga artifisial mengikut kreativiti anda di sekeliling pasu tersebut. Selamat mencuba!












Makan Beradab

Menu Selera Pengantin

Hidangan tersedia buat suami tercinta... Rasai dari hati yang ikhlas terpancar di deria rasa si pujaaN hati... Pastinya semakin sayang dengan cita rasa menu yang ringkas dan menyelerakan ini. Ungkapan kasih suci sudah tentu ungkapan azimat ketika menikmati aneka pilihan masakan kegemaran ini.









8 PERKARA PERLU DIAMBIL KIRA DALAM Memilih Jurusolek

Memilih jurusolek yang tepat dan yang terbaik untuk hari bahagia tidak semudah yang disangka. Dalam menentukan siapakah yang seharusnya dipilih untuk menyolekkan wajah anda, anda memerlukan cadangan daripada teman atau ahli keluarga yang sudah berpengalaman. Selain itu, satu senarai khas perlu dibuat dalam memastikan setiap perkara yang penting diberi keutamaan. Antaranya termasuklah bajet, harga atau pakej yang ditawarkan, hasil solekan, pengalaman, dan karakter jurusolek.

1. Sebahagian daripada anda berpendapat, karektor seorang jurusolek sangat penting, apatah lagi jika anda seorang yang agak cerewet manakala jurusolek pula memiliki karakter yang bertentangan. Keadaan ini sebenarnya hanya akan menyukarkan kedua belah pihak. Oleh itu, isu yang berkaitan dengan karektor jurusolek sebenarnya amat perlu untuk dititik beratkan.

2. Pemilihan jurusolek perlu dilakukan seawal enam bulan sebelum majlis. Lebih-lebih lagi jika anda mengimpikan jurusolek kegemaran, sudah terkenal atau mempunyai ‘nama’. Kebiasaannya mereka akan ditempah lebih awal oleh bakal pengantin terutama sekali jika majlis dibuat pada musim cuti persekolahan. Jika tempahan dibuat di saat-saat akhir menjelang hari majlis, maka sudah pasti anda akan mendapat jurusolek yang kurang berkenan di hati.

3. Buat pilihan tepat. Selain memerlukan waktu tempahan seawal enam bulan, pemilihan jurusolek juga perlu dibuat dengan teliti. Sila pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama kerana bimbang dia akan terkejar-kejar dan memberikan hasil yang kurang memuaskan. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.

4. Bersikap cerewet juga merupakan satu perkara yang baik kerana hari bahagia tersebut adalah milik anda, bukan orang lain. Namun begitu, biarlah kena pada tempatnya. Anda juga hendaklah mempunyai ilmu yang tinggi dalam memastikan kehendak anda dituruti. Sebagai contoh, anda boleh bersikap cerewet terutama ketika memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung.

5. Nyatakan secara terus terang perkara yang anda suka dan perkara yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan jurusolek untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah jurusolek juga pasti gembira apabila melihat anda gembira. Oleh itu, perbincangan yang telus perlu dibuat sepanjang masa.

6. Bagi menambah ilmu kecantikan di dada, anda perlu banyak membaca dan melihat pelbagai contoh gambar sama ada di Internet mahupun di majalah. Ia pastinya akan memudahkan perbincangan antara anda dan jurusolek.

7. Anda perlu rajin mencari dan membuat perbandingan agar pemilihan anda adalah tepat dan bertepatan dengan kehendak dan sudah semestinya bajet anda.

8. Sebaik-baiknya, cubalah melakukan cubaan solekan dengan jurusolek yang bakal menyolekkan anda. Walau pun terpaksa mengeluarkan duit lebih, sekurang-kurangnya ia pasti berbaloi.

BERHIJAB Indah Memikat Hati


Pesona Pengantin kali ini memberi inspirasi ikatan tudung untuk digayakan di hari bersejarah. Serlahkan keayuan dengan keanggunan si gadis jelita dengan ikatan tudung menawan. Selain riasan wajah, penampilan tudung turut memainkan peranan bagi menaikkan seri pengantin.