khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 23 MEI 2012: Menurut pereka fesyen Zery Zamry, pakaian pengantin adalah lebih daripada hanya sehelai pakaian yang dipakai di hari bersejarah.
Ia merupakan simbolik kedudukan istimewa seorang wanita dikala saat paling penting dalam hidup mereka.
Falsafah ini dipegang oleh Zery Zamry bagi menghasilkan sepasang adibusana indah bagi melengkapkan citra indah wanita kala bergelar ratu sehari.
Kesinambungan daripada koleksi terdahulu, Love Spell 2 lebih diperkemaskan dengan trend terkini bersama sentuhan gaya daripada Zary Zamry sendiri.
Sepuluh nukilan khas ini menjadi taruhan si pereka buat ilham para bakal pengantin kala menjelang hari bahagia.
Love Spell 2 lebih feminin dan mengetengahkan gaya tradisi yang akal menyerlahkan keayuan dan keaslian seorang wanita sejati.
Kesemua 10 himpunan Love Spell 2 ini boleh digayakan si pemakai pada majlis pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun acara memotong kek bergantung kepada citarasa tuan badan.
Zery Zamry yang dikenali dengan kegigihannya memartabatkan potongan baju tradisi dan disulami dengan trend terkini menjadi sebuah busana kontemporari lain daripada yang lain.
Bukan itu saja, Zery Zamry juga menyediakan rekaan berpotongan moden bagi mereka yang mahukan ballgown atau gaun-gaun indah buat majlis resepsi.
Perincian yang tidak terlalu sarat dan mewah menjadi mainan pereka ini kala menghasilkan sepasang busana.
Penggunaan material seperti kristal Swarovski dan jemeki menjadi keutamaan sebagai menjaga kualiti busana daripada Zery Zamry selain applique yang turut sama menjadi trademark kepada label ini.
Dengan hanya memberikan sentuhan aksesori yang minimalis, pemakai sudah cukup tampak manis dan tersendiri dalam helaian rekaan Zery Zamry.
Koleksi Love Spell 2 dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang sederhana tetapi mampu menyerlahkan keayuan dan kecantikan mutlak si pemakai pada hari paling bersejarah mereka. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.zeryzamry.blogspot.com atau terus hubungi Zery Zamry untuk temu janji.
X SABAR RASANYA NAK MEMPERAGA BAJU PENGANTIN..HI3
ReplyDelete