Pesona sang pengantin tidak akan lengkap tanpa aksesori yang mengiringi
busana indah tersarung di badan. Pemilihan aksesori kepala tidak harus
dipandang enteng, perincian-perincian kecil ini mampu menaikkan seri
pengantin, paduan yang tepat harus dititikberatkan.
LAYAH
Pemilihan layah sebagai hiasan kepala sememangnya sinonim dengan perkahwinan. Padanannya dengan gaun pengantin memberikan ilusi romantis kepada si pemakai. Kini layah bukan sahaja terhad kepada jenis yang menutupi bahagian muka sepenuhnya, cara pemakaiannya boleh diubah dengan meminimumkan juraian layah yang menutupi bahagian muka. Layah yang dilayang ke belakang sehingga mencecah lantai menjadikan si pengantin kelihatan bagaikan puteri raja. Gaya dari pentas fesyen koleksi perkahwinan Monique Lhuillier 2012 menterjemahkan inspirasi ini. Gaya yang berlainan pula diberikan oleh Vera Wang di pentas peragaan. Layah dijadikan seolah-olah bentuk reben yang besar di atas kepala. Olahan gaya ini menampilkan pengantin supaya kelihatan lebih chic dan moden.
TIARA
Semua wanita mahu kelihatan seperti puteri pada hari perkahwinan mereka, satu-satunya hari yang membolehkan anda memperagakan mahkota adalah pada hari perkahwinan anda. Mahkota ataupun tiara menjadi hiasan kepada wanita sejak berkurun lamanya, khas sempena majlis perkahwinan. Saiz tiara perlu dititikberatkan sebelum diletakkan di atas kepala. Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar tiara yang dipakai maka semakin gah mereka akan kelihatan, namun sebenarnya tiara yang bersaiz kecil lebih kelihatan anggun, glamor dan menarik. Tatacara pemakaian tiara juga haruslah disertakan dengan dandanan rambut yang sempurna.
CEKAK RAMBUT
Pemakaian cekak rambut merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh bakal pengantin. Cekak rambut memberikan sentuhan yang lebih ringkas berbanding tiara. Dandanan rambut yang sesuai amat penting untuk memberikan look yang menawan. Cekak untuk perkahwinan diolah sedikit berbeza daripada cekak yang digunakan untuk pada hari biasa. Koleksi White by Vera Wang merupakan rendisi sempurna contoh cekak rambut buat hari istimewa anda. Material dan teknik yang digunakan seperti appliqué bunga, batuan Swarovski dan kain baldu menambah kemewahan.
BUNGA SEGAR
Hiasan bunga-bungaan segar dikepala sememangnya menjadi pilihan ramai pengantin, warna-warna bunga yang segar memberi aura yang tersendiri. Antara bunga-bungaan yang menarik untuk disemat di rambut ialah bunga ros, bunga lili dan bunga orkid. Bunga ros menampilkan sisi romantis si pengantin manakala bunga lili memberikan aura klasik. Tidak kiralah warna apa yang dipilih, bunga tersebut harus menepati dan sesuai dengan warna baju.

![1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…
.:: ♥| LIKE | SHARE | COMMENT | TAG |♥ ::.
RUGI tak LIKE page ~<3<3<3 @[159916634176122:274:Im a Muslim & Im Proud] <3 @[520206221363008:274:Kalau Sudah Sayang] <3<3<3](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/537772_566628090024125_1989522787_n.jpg)