Search This Blog

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Aksessori Cinta Panduan Asmara Pelengkap Penampilan


Tip Fesyen
Pesona sang pengantin tidak akan lengkap tanpa aksesori yang mengiringi busana indah tersarung di badan. Pemilihan aksesori kepala tidak harus dipandang enteng, perincian-perincian kecil ini mampu menaikkan seri pengantin, paduan yang tepat harus dititikberatkan.
LAYAH
Pemilihan layah sebagai hiasan kepala sememangnya sinonim dengan perkahwinan. Padanannya dengan gaun pengantin memberikan ilusi romantis kepada si pemakai. Kini layah bukan sahaja terhad kepada jenis yang menutupi bahagian muka sepenuhnya, cara pemakaiannya boleh diubah dengan meminimumkan juraian layah yang menutupi bahagian muka. Layah yang dilayang ke belakang sehingga mencecah lantai menjadikan si pengantin kelihatan bagaikan puteri raja. Gaya dari pentas fesyen koleksi perkahwinan Monique Lhuillier 2012 menterjemahkan inspirasi ini. Gaya yang berlainan pula diberikan oleh Vera Wang di pentas peragaan. Layah dijadikan seolah-olah bentuk reben yang besar di atas kepala. Olahan gaya ini menampilkan pengantin supaya kelihatan lebih chic dan moden.
TIARA
Semua wanita mahu kelihatan seperti puteri pada hari perkahwinan mereka, satu-satunya hari yang membolehkan anda memperagakan mahkota adalah pada hari perkahwinan anda. Mahkota ataupun tiara menjadi hiasan kepada wanita sejak berkurun lamanya, khas sempena majlis perkahwinan. Saiz tiara perlu dititikberatkan sebelum diletakkan di atas kepala. Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar tiara yang dipakai maka semakin gah mereka akan kelihatan, namun sebenarnya tiara yang bersaiz kecil lebih kelihatan anggun, glamor dan menarik. Tatacara pemakaian tiara juga haruslah disertakan dengan dandanan rambut yang sempurna.
CEKAK RAMBUT
Pemakaian cekak rambut merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh bakal pengantin. Cekak rambut memberikan sentuhan yang lebih ringkas berbanding tiara. Dandanan rambut yang sesuai amat penting untuk memberikan look yang menawan. Cekak untuk perkahwinan diolah sedikit berbeza daripada cekak yang digunakan untuk pada hari biasa. Koleksi White by Vera Wang merupakan rendisi sempurna contoh cekak rambut buat hari istimewa anda. Material dan teknik yang digunakan seperti appliqué bunga, batuan Swarovski dan kain baldu menambah kemewahan.
BUNGA SEGAR
Hiasan bunga-bungaan segar dikepala sememangnya menjadi pilihan ramai pengantin, warna-warna bunga yang segar memberi aura yang tersendiri. Antara bunga-bungaan yang menarik untuk disemat di rambut ialah bunga ros, bunga lili dan bunga orkid. Bunga ros menampilkan sisi romantis si pengantin manakala bunga lili memberikan aura klasik. Tidak kiralah warna apa yang dipilih, bunga tersebut harus menepati dan sesuai dengan warna baju.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58



Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar...
DIBAWAKAN BERSAMA


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... 

Aamiin Ya Allah. 

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan. 

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar...
DIBAWAKAN BERSAMA

♥Lidya 
http://www.facebook.com/LikeLidyaMacamMacam

TIP SEMARAKKAN CINTAMU



UNGKAPAN AKU CINTA PADAMU
Sewaktu bercinta dahulu anda sering meluahkan perasaan cinta kepada pasangan, bukan? Jadi sentiasa luahkan ungkapan romantik itu terhadap pasangan anda. Kesibukan bekerja bukanlah halangan untuk bermesraan. Ambil dan curi sedikit masa untuk menghubungi atau menghantar mesej ringkas menyatakan rasa cinta anda terhadap pasangan. Gunakan kecanggihan laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter untuk melahirkan perasaan anda itu.

CIUMAN KE PEJABAT
Sentiasa jadikan ciuman dan pelukan erat buat suami sebelum ke pejabat sebagai amalan. Kemesraan yang terjalin itu pasti membuatkan pasangan anda bersemangat untuk bekerja seterusnya tidak sabar pulang ke rumah untuk bertemu anda. Sentiasalah menanti kepulangan suami anda dengan senyuman serta mengenakan persalinan yang bersih dan wangi.

KEJUTAN
Sudah menjadi lumrah wanita sukakan kepada kejutan. Ambil peluang ini untuk menghargai isteri anda dengan pemberian hadiah atau menghantar bunga. Sekuntum bunga bersama kad ucapan bermadah romantik sudah cukup membuatkan pasangan anda tersenyum lebar sepanjang hari. Bagi para isteri yang berani pula, anda boleh cuba menghadiahkan bunga kepada suami. Biarkan mereka rasai pula kejutan daripada anda. Suami pasti akan mengingati momen tersebut sampai bila-bila.

PUJIAN DAN DORONGAN
Berikanlah pujian dan dorongan kepada pasangan biarpun sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak begitu sempurna. Tegur kesilapan mereka dengan nada lembut dan akhiri perbualan dengan pujian yang beliau mampu melakukan lebih baik pada masa akan datang. Pujian dan dorongan suami akan membuatkan isteri terharu dan sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik.

SALING MEMAHAMI DAN MENGHORMATI
Jangan memarahi pasangan anda sekiranya beliau tidak dapat memenuhi kehendak anda. Tindakan rasional anda yang menghormati kekurangan pasangan akan membuatkan pasangan rasa dihargai. Lebih indah, rumah tangga anda kian utuh rentetan sikap matang mengendali permasalahan secara bijak.

SIKAP EGO
Sentiasa berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan pelbagai kesulitan. Komunikasi penting dalam mencari penyelesaian antara kalian berdua. Singkirkan perasaan ego anda dan ungkapkan ‘MAAF’ jika anda melakukan kesalahan. Jangan biarkan rumah tangga anda terus dibelenggu persoalan kerana ia bakal memberi kesan negatif. Dan ingat, jangan pula anda membesar-besarkan isu tersebut apabila pasangan mengakui kesalahan dan meminta maaf.

BERCUTI
Memang benar kehidupan anda kian sibuk dengan kehadiran cahaya mata. Namun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama. Tinggalkan anak anda kepada keluarga terdekat dan pilihlah destinasi percutian pilihan anda. Nikmati saat anda berdua dengan suasana romantik dan alunan muzik yang indah. Pastinya ia mampu mengembalikan kenangan berbulan madu suatu waktu dahulu.

Monday, March 11, 2013

Panduan Berdamai Suami Isteri

Panduan Berdamai Suami Isteri




Panduan Berdamai Suami Isteri
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Apa Pula Suami Isteri Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih Baru Teguh Peribadi Apa Guna Kita Bertengkar Suami Isteri Harus Bersabar Kasih Sayang Rukun Dan Damai Hidup Seperti Dalam Mahligai Maaf Hamba Wahai Dinda ……
Bait-bait lagu dendangan P. Ramlee dan Saloma ini cukup menarik untuk dihayati. Begitulah diibaratkan dengan hubungan suami isteri, walau seteguh mana cinta dan kasih antara pasangan, pasti sesekali berlaku konflik yang tidak diingini.
Kadang-kadang ia berpunca daripada suami, dan kadang-kadang ia berpunca daripada isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua pihak. Mencari siapa bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dengan masalah dan kembali berdamai.
Namun mengungkapkan kata damai cukup mudah dilontarkan, tetapi sebenarnya memerlukan pengertian kemaafan yang mendalam. Ada sesetengahnya sukar mendidik diri menjadi pemaaf, pun begitu ada panduan yang perlu dipraktiskan dalam membina kerukunan berumah tangga.
1. Jangan Merajuk
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan perhubungan. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah proses berdamai dapat dilakukan.
2. Jangan Menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses berbaik.
3. Jangan Berdusta Jika Di Dalam Hati Anda Atau Pasangan Ingin Berdamai, Jangan Dustainya.
Tidak perlulah pura-pura tarik harga atau jual mahal. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Bimbang nanti dia menyangka anda betul-betul tidak sudi memaafkannya dan akibatnya dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
4. Jangan Mencari Salah
Kalau mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah dan kelemahan pasangan. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur dan mengkritik. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian, alangkah baiknya jika mencari kebaikan yang ada di dalam diri pasangan untuk dihargai.
5. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu terjadi.
6. Senyum Semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi senyumlah, kerana senyuman ialah cara yang terbaik untuk memulakan perhubungan yang telah tegang menjadi mesra.
7. Mulakan Berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing ada keegoan sendiri. Oleh itu, tidak salah kiranya jika anda yang memulakan berdamai demi kebaikan bersama.
8. Kenal Pasti Punca Masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-un

Apabila Jodoh Semakin Dekat

Apabila Jodoh Semakin Dekat
Apabila Jodoh Semakin Dekat
Ketahui Tanda-tandanya...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Membawa Untuk Mengenali Keluarganya
dengan lebih rapat Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.
Berkongsi Kisah Suka Dan Duka Bersama
Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikitpun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.
Menerima Kelebihan Dan Keburukan Dirimu
Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya

Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya
kad1
Ah..kad kahwin! Apa perasaan anda setiap kali menerima kad kahwin? Selalunya ada sesuatu yang istimewa setiap kali menerima kad kahwin kan...dalam hati pasti berkata “cantik kad dia” dan anda mula membayangkan majlis perkahwinannya juga pasti akan secantik dan seindah kad kahwin yang dihantar.
Kalau dulu kad kahwin dihantar hanya sebagai makluman bahawa bakal pengantin akan melangsungkan perkahwinan dan anda dijemput untuk memeriahkan majlis (dalam erti kata lain, jemputlah makan kenduri).
Sekarang ini, kad kahwin juga berevolusi. Ia punya tekstur, berat tertentu, bentuk huruf (font) yang cantik dan bermacam, kilauan tintanya dan pelbagai lagi. Ia lebih bersifat peribadi sebagai perlambangan diri bakal pengantin. Ada juga kad kahwin yang menjelaskan tema majlis perkahwinan yang bakal diadakan dan yang pasti antara tema yang menjadi pilihan ialah gaya VINTA J.
Dalam memilih tema vintaj, ada beberapa perkara yang boleh anda ambil kira untuk memastikan kad kahwin yang ditempah sepertimana yang diidamkan.
1. Warna - Pilihan warna menentukan mood kad dan keseluruhan tema majlis. Pilihan warna sering bergantung kepada era atau zaman mana yang anda pilih. Variasi warna bermula daripada warna yang kuat (vibrant) hingga ke warna yang lembut dan lusuh (mute).
2. Koordinasi - Anda perlu bijak dalam menggabungkan jenis kertas yang dipilih dengan dekorasi kad serta bentuk huruf. Gabungan yang harmoni mampu menyerlahkan penampilan kad mengikut zaman yang dipilih.
3. Sentuhan Peribadi & Buat Sendiri - Sekiranya anda mahu menambah sentuhan peribadi, anda boleh menambah monogram, logo dan menambah dekorasi kad dengan renda dan reben. Anda boleh mencetak kad dan gunakan kreativiti untuk menambah sentuhan peribadi.

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan

Idea: Hantaran Mewah Dan Elegan
Terserlah kemewahan dalam gubahan berkonsep kotemporari dan elegan ini diserikan lagi dengan bunga-bungaan yang begitu indah. Sememangnya ros, orkid dan ‘carnation’ menjadi pilihan dalam setiap gubahan. Tampak lebih mewah lagi dengan penggunaan dulang jenis kotak besi berwarna perak yang berkaki. Ikhlas buat isteri tercinta.
Teks : Siti Nurliyana Ab Halim  Foto: Baidiuzaman Ab Malik Terima Kasih Pasangan Pengantin : Adilah & Mohd Hasril Gubahan : Dewi Noorshareena, Dwi Touch

Tip Cantik & Fotogenik

Tip Cantik & Fotogenik
Memetik kata-kata Bobbi w Brown, kunci untuk tampil cantik di dalam gambar adalah dengan penggunaan mekap yang tepat. Tidak sukar disebut sebagai pengantin yang fotogenik, asalkan anda memahami teknik pencahayaan asas fotografi. Berikut antara tip solekan profesional agar hari bahagia anda dipotretkan secantik-cantiknya untuk kenangan.
Kenal Pasti Bila Dan Di Mana
Pencahayaan ‘outdoor’ akan membuatkan ketidaksempurnaan mekap lebih ketara. Kerapian di sini amat penting terutamanya di bahagian bawah mata dan noda-noda di wajah. Pastikan anda mengoles ‘concealer’ dan sapukan bedak alas yang berdasar kekuningan untuk kelihatan natural. Hindari bedak asas dengan bahan titanium dioksida kerana ia akan menyebabkan wajah terlihat kelabu.
Elakkan ‘Moist Look’
Wajah dengan solekan yang kebasah-basahan memang manis untuk ditatap secara langsung, tetapi akan kelihatan berminyak di dalam gambar. Elakkan penggunaan pelembap wajah yang banyak dan sapukan losen kawalan minyak di bahagia zon-T sebelum mengaplikasi bedak asas.
Bedak Berdasar Kuning
Jika mengambil gambar potret dengan pasangan, gunakan bedak dengan dasar warna kuning. Selain itu, bedak ‘translucent’ juga boleh membuat wajah kelihatan seperti topeng, jadi hindarilah bedak jenis ini. Pastikan juga sapuan bedak di bahagian bawah wajah dan leher anda senada, lebihlebih lagi jika anda mengenakan pakaian dengan belahan dada yang rendah.
Gincu Terang
Gunakan ‘blusher’ warna merah jambu jika anda memiliki kulit cerah dan merah mawar jika yang berkulit gelap. Pilihlah warna gincu yang berwarna cerah dan terang, lebih-lebih lagi jika mengenakan baju pengantin warna putih, kerana warna-warna ‘nude’ atau coklat akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Akhir sekali jangan lupa untuk bertenang semasa bergambar. Ketegangan akan terpancar di wajah. Sebelum lensa kamera dipetik, pejamkan mata, tenangkan diri dan fokus 1..2..3.., senyum!

Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda

Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda
Goda Si Dia Dengan Ayat 'Power' Anda
“ Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku.”
Oh, indahnya alam percintaan! Bagaikan melayang di udara tatkala mendengar si dia mengucapkan kata-kata itu. Bercinta selepas berkahwin sememangnya lebih indah daripada alam percintaan. Bermulanya alam perkahwinan tidak semestinya alam percintaan harus ditinggalkan begitu sahaja. Namun, teruskanlah bercinta selepas mendirikan rumah tangga sekalipun usia perkahwinan mencecah puluhan tahun.
Ucapkanlah ayat-ayat cinta agar cinta yang bersemi akan terus mekar seiring usia perkahwinan anda. Ikhlas dari hati yang suci, goda si dia dengan ayat ‘power’ anda agar panahan cinta sentiasa subur di taman hati.
Situasi 1:
Boleh diucapkan bila-bila masa sahaja. Sama ada di dapur, di ruang tamu, ataupun di dalam bilik. Sebelum itu, panggil pasangan anda dengan lembut dan pegang tangan pasangan anda dengan erat. Kemudian, pandang ke dalam matanya. Bawa tangan anda ke dadanya sambil ucapkan ayat ini. Pastikan anda meluahkannya dengan satu nafas supaya keberkesanannya terhasil 100%.
“Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tapi yang pasti, dalam hati saya ada awak seorang.”
Situasi 2:
Waktu sebelum tidur perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin. Apabila anda dan pasangan hendak tidur, lakukanlah seperti ini. Usapkan tangan anda ke wajah pasangan sambil belai lembut rambutnya. Jentik manja pada hidungnya dan ucapkanlah ayat ini.
“ Tuhan memberikan rasa cinta ke dalam diriku dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan berikannya pada orang lain. Andai mencintaimu satu kesalahan, biarlah aku yang bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan ku perjuangkannya demimu.”
Tatkala pasangan anda mengucapkannya, berilah ciuman sebagai tanda penghargaan agar dirinya terasa dihargai. Belaian yang diberi juga pasti menghangatkan malam anda seindah malam pertama. Langkah seterusnya, terserah pada anda!
Situasi 3:
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ketika menghadapi konflik atau dilanda masalah, jangan cepat melenting. Biarkan keadaan menjadi ‘sejuk ‘ dahulu. Kemudian, mulakan langkah anda. Ketika si dia sedang leka, pegang erat tangan lembut si dia dan kemudian tarik ke dada anda. Dongakkan muka si dia agar rapat ke muka anda dan ucapkanlah ayat ini.
“Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan berusaha memenangi hati awak, dan sehingga akhir hayat saya. Ketika itu, jika awak ingin pergi dari saya, pergilah.”
Pasti hati yang keras menjadi lembut ketika mendengar kata-kata ini. Peluklah dengan erat agar si dia tahu bahawa cinta anda padannya sememangnya tidak bertepi. Mungkin selepas itu, si dia bahagia kerana mendapat ‘layanan istimewa’ daripada anda.

Membina Rumahtangga Bahagia

Membina Rumahtangga Bahagia
Membina Rumahtangga Bahagia
Melayari bahtera rumahtangga biarlah sehingga ke hujung nyawa. Pastinya kebahagiaan yang ingin dikecapi bersama pasangan dan biarlah ianya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia, renungkanlah tip berikut :
1. Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan mendapatkan zuriat adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.
Surah Al-Furqan ayat 74 :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa.”

2. Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan ke arahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tangan Nya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya.
3. Perkahwinan merangkumi hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Di antara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan batin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syarak, memelihara diri daripada perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.
4. Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.
5. Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkaraperkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu, anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
6. Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu, kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.
7. Anda perlulah beradab di pertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubunubun isteri sambil berdoa dengan maksud:
“Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya.”
Selepas itu, pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberi Nya kebaikan dan dijauhi Nya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:
“Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."
8. Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan ‘sedangkan lidah lagi tergigit’. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambah serikan rumahtangga.
9. Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin

Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin
Bagaimana Ciri Kulit Tentukan Seri Pengantin

Pernahkah anda melihat solekan sesetengah pengantin yang seolah-olah tidak kena dengan diri mereka? Walaupun rona yang dioles ke wajah tampak SESUAI tetapi tetap tidak menawan mata yang memandang kerana paduan solekan yang tidak kena sama ada pada kulit mahupun fizikal mereka 
 
Sebagai panduan mereka yang bakal ke jenjang pelamin, ketahui personaliti dan elemen diri supaya seri pengantin anda naik kala bersanding.
 
Wanita Air
Wanita Air lazimnya mempunyai kulit pipi merah jambu dan sangat berseri-seri. Sebagai wanita Air, anda tidak perlu bersolek keterlaluan kerana solekan sebegitu akan memadamkan terus kemanisan semula jadi wajah si empunya diri. Solekan yang berasaskan warna-warna sejuk sangat cantik bagi anda. Elakkan warna-warna metalik dan warna kuning kemerahan. Sebagai idea tambahan, bedak tabur berwarna merah jambu berkilat sangat cantik untuk digunakan sebagai ‘highlight’ di wajah. Dalam pemilihan fesyen, anda cantik mengenakan busana yang berwarna lembut.
 
Wanita Api
Jikalau kulit anda berwarna kekuning-kuningan, anda tergolong dalam kumpulan wanita Api. Dalam solekan, wanita Api sangat cantik jika mengutamakan rona yang dramatik. Jauhi sama sekali warna-warna solekan seperti pastel, coklat pudar dan semua kumpulan warna hijau dan biru. Sebenarnya tidak salah untuk mengenakan warna-warna tersebut, tetapi anda akan dilihat kurang menyerlah. Anda sebenarnya paling cantik apabila tampil dengan warna plum dan warna ungu. Sebagai cadangan untuk berfesyen, anda dinasihatkan untuk memilih busana pengantin yang ringkas dan bukannya yang digabung-gabungkan (mix and match). Kulit anda sudah cukup kuat untuk menyerlahkan diri dan usah serabutkannya dengan busana yang sarat.
 
Wanita Tanah
Kulit wanita tanah berwarna agak kecoklatan. Dalam bahasa Melayu, ia juga sering disebut hitam manis. Untuk pengetahuan, anda sebenarnya sangat cantik mengenakan warna-warna yang erat dengan warna alam semula jadi misalnya warna kuning tua, warna hijau tua, warna oren ikan salmon dan warna keemasan. Tetapi kecantikan wanita Tanah akan hambar sekiranya mereka tampil dengan warna biru dan kelabu. Sebagai pilihan warna lain tidak kira untuk solekan mahupun fesyen penampilan, anda sangat cantik apabila memilih warna merah kecoklatan berbanding warna merah jambu.
 
Wanita Angin
Penampilan kulit wanita angin sangat ringan dan cerah. Kulit anda sungguh putih dan kadangkala ia menghampiri warna pucat. Sebenarnya warna kulit ini sangat berisiko dalam memilih warna solekan. Bukan bermakna putih itu boleh mengenakan semua warna. Kecantikan wanita Angin sangat terserlah apabila mereka mengenakan warna pastel, putih, putih gading, warna coklat muda dan warna madu. Elakkan warna-warna yang terlalu terang atau warna-warna yang terlalu gelap. Untuk menyempurnakan solekan bibir, wanita Angin dinasihatkan agar memilih gincu warna pic atau pengilat bibir warna merah.

Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?

Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?
Bunga Hiasan Pilihan Yang Segar Atau Artifisial?
Tiada indahnya majlis perkahwinan tanpa jambangan bunga yang menghiasi. Tiada serinya sang mempelai tanpa bunga tangan digenggaman. Begitulah peri pentingnya hiasan bunga dalam setiap sudut majlis baik pertunangan mahupun perkahwinan.
Penggunaan bunga-bungaan sememangnya menjadi penyeri kepada mood dan suasana keseluruhan majlis. Jika dahulu, bunga-bunga segar sering menjadi pilihan kerana keindahan dan keharuman semulajadinya yang membangkitkan suasana harmoni setiap sudut ruang. Namun, dengan kemajuan teknologi, bunga artificial sudah berevolusi. Kualitinya semakin diperbaiki malahan menjadi pilihan utama kerana warna dan ketahanannya.
Walau apa pun jenisnya, segar atau artifisial, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Yang pasti, setiap majlis yang dihiasi bunga-bungaan berwarna warni akan lebih menyerlah dan berseri.
 
Bunga segar
  • Bunga segar akan memancarkan keharuman yang lebih istimewa dan semula jadi.
  • Lebih kaya dengan jenis dan warna yang bakal mencuit hati.
  • Kesempurnaan setiap ciri dan bahagian yang tidak akan dapat ditemui pada bunga-bunga artifisial.
  • Kelembutan bunga asli tidak dapat ditandingi bunga artifisial yang umumnya diperbuat daripada bahan plastik yang keras apabila disentuh.
  • Resepsi pernikahan yang menggunakan bunga asli akan lebih eksklusif dan mewah walaupun perlu memperuntukkan bajet yang lebih tinggi.
  • Bunga segar akan tampak lebih hidup dan indah dalam setiap foto yang terakam.
  • Bunga segar boleh juga diawetkan (melalui pelbagai proses) dan akan bertahan lama.
 
Bunga artifisial
  • Bunga artifisial tidak akan pernah layu atau mengalami perubahan warna. Ia sentiasa kelihatan segar.
  • Tidak perlu menunggu musim tertentu untuk mendapatkan/menyediakannya.
  • Ringan dan sangat mudah dibawa. Lebih murah daripada bunga asli.
  • Tidak menyebabkan alahan andai ada tetamu jemputan yang mempunyai alahan kepada bunga segar.
  • Tidak akan layu atau tertanggal akibat pengaruh cuaca atau sentuhan.
  • Pengawetan yang tinggi menyebabkan bunga tiruan dapat dipesan lebih awal sebelum majlis pertunangan atau pernikahan.

10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan

10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan
10 Tip Rahsia Kulit Sihat & Solekan Menawan

Rasanya semua wanita akan bersetuju bahawa kulit yang cantik, bersih, licin dan halus adalah kulit yang menjadi dambaan. Saat anda meraikan hari bahagia baik pertunangan ataupun persandingan, pastinya jurusolek profesional yang bakal menata rias wajah. Namun, tiada salahnya jika anda sendiri mempunyai sedikit pengetahuan tentang asas solekan agar penampilan di hari bahagia tidak mengecewakan.
 
Pastikan Kulit Sentiasa Sihat
Sewaktu mencuci wajah, pastikan anda mengelupas dan melembapkannya dengan sempurna. Lama kelamaan, anda akan sedar yang anda tidak perlukan ‘concealer’ untuk menutup cela di wajah dan bedak asas juga hanya perlu disapu tipis.
 
Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Sapuan ‘concealer’ pada kulit kering akan menyerlahkan lagi garis-garis halus yang ada pada wajah. Inilah sebabnya anda perlu melembapkannya terlebih dahulu kerana lembapan yang sempurna akan menjadikan wajah tampak lebih berseri dan bercahaya.
 
Sapu ‘Concealer’ Sebelum Bedak Asas
Apabila sudah meratakan ‘concealer’ pada wajah, anda tidak lagi memerlukan sapuan bedak asas yang banyak. Untuk kesan yang terbaik, pakailah ‘concealer’ pada bawah mata, di sepanjang hidung dan juga pada dagu. Sewaktu memakai ‘concealer’, pastikan anda memberi lebih perhatian pada bahagian merah di tepi hidung. Elakkan menyapu ‘concealer’ di bahagian tersebut. Selepas selesai, mengundur beberapa langkah dari cermin untuk melihat sejauh manakah cerahnya wajah anda.
 
Elak Menyapu Bedak Asas Pada Seluruh Wajah
Hanya sesetengah orang sahaja perlu menyapukan bedak asas pada seluruh wajahnya. Sebaiknya, sapulah pada bahagian di mana warna kulit anda tidak rata (biasanya di bahagian hidung). Untuk kesan sapuan bedak asas yang lebih semulajadi pula, pilihlah bedak asas jenis lutsinar yang bertekstur lebih ringan.
 
Adunkan Bedak Asas Dengan Betul
Sentiasa mulakan untuk menyapu bedak asas di tengah-tengah wajah dan kemudian barulah disapukan ke arah luar. Adunkan bedak asas dari muka ke leher dengan sebati. Usah biarkan orang perasan yang wajah dan leher anda mempunyai garisan sempadan
 
Pilihlah Warna dan Formula Yang Betul Untuk Jenis Kulit Anda
Pilihlah warna yang paling hampir dengan warna semulajadi kulit anda. Jangan cuba menggelapkan kulit anda kerana ia pasti akan kelihatan pelik di wajah anda. Bagi jenis kulit berminyak, anda boleh memilih bedak asas jenis ‘matte’. Untuk kulit kering pula, pilihlah formula yang melembapkan. Satu tip untuk memilih bedak asas ialah elakkan mencubanya di belakang tapak tangan. Adalah lebih baik anda cuba menyapukan sedikit di garisan rahang kerana ia akan memberikan pilihan warna yang lebih tepat.
 
Gunakan Span, Berus atau Jari
Tidak ada cara yang betul untuk menyapukan bedak asas. Ia sebenarnya berkaitan dengan keselesaan dan kemahuan. Ada segelintir mekap artis yang lebih suka menyapukan bedak asas dengan menggunakan berus. Sebenarnya sapuan dengan berus mampu menutupi cela-cela kecil di wajah termasuklah melindungi pori-pori. Ada juga mekap artis yang percaya sapuan dengan jari akan memberikan kesan yang lebih cantik. Manakala span pula menjadikan sapuan lebih menyeluruh. Apapun, ia bergantung kepada kehendak dan keinginan anda.
 
Bagaimana Untuk Menutup Kesan Hitam di Bawah Mata?
Anda boleh memilih ‘concealer’ warna pic atau kuning. Tepekkan ‘concealer’ tersebut di bahagian hujung mata dan bawakan sedikit ke tengah mata. Kemudian, bersoleklah seperti biasa.
 
Wajah Berkerak Dengan Bedak
Untuk memastikan wajah anda tidak tebal dengan bedak asas dan bedak, pastikan anda menyerap minyak yang ada di wajah terlebih dahulu sebelum mula bersolek. Ada banyak tisu penyerap minyak yang dijual di farmasi dan anda boleh mencubanya untuk kesan solekan yang lebih semulajadi.
 
Semburkan Wajah Dengan Penyembur Khas
Selepas selesai bersolek, semburkan wajah dengan semburan air Evian atau yang seumpamanya. Air ini membantu wajah menjadi lebih segar dan tidak nampak terlalu tebal dengan solekan.

Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya

Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya
Bangkit Ghairah Lelaki Ketahui Rahsianya
Sebagai isteri, tahukah anda apa yg diharapkan oleh pasangan dalam menjalin hubungan yang hangat dan mesra? Bagaimana sentuhan yang digemari olehnya serta pelbagai lagi persoalan yang diselindungi oleh kaum adam ini.
Sebenarnya di sebalik tubuh yang gagah perkasa, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian. Teliti panduan berikut dan lihatlah sejauhmana ia mampu menghangatkan malam anda berdua.
 
Elakkan Berbogel
Pakailah selapis pakaian yang nipis dan jarang. Kehalusan fabrik yang menyentuh kulitnya akan memberi sensasi yang luarbiasa pada pasangan.
 
Rambut Terurai Pembangkit Ghairah
Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya.
 
Senyap Itu Indah
Tidak ada yang lebih menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun
butang baju secara perlahan-lahan dan tanpa sepatah bicara. Diiringi dengan senyuman mesra, dia tidak sabar-sabar menarik anda dalam pelukannya.
 
Sentuh Putingnya
Lelaki juga akan terangsang apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat. Ghairahnya sudah tentu tidak terperi.
 
Hadiah Sensasi
Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan membakar mata mereka melalui ‘hadiah’ yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan yang anda tinggalkan ditubuhnya akan membuatkan mereka terkenang kepada anda. Juga jangan lupa untuk meninggalkan pakaian dalam yang seksi di tempat tidurnya sekaligus akan membangkitkan kembali keghairahannya.
 
Zon Yang Menggetar
Kulit bahagian dalam paha wanita mampu merangsang lelaki kerana ianya lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat wanita kegelian. Ini menjadikan lelaki merasa lebih ‘macho’.
 
Zon Rangsangan: Telinga
Telinga mampu merangsang lelaki. Caranya mudah saja. Hujung lidah anda digerakkan dengan lembut dibahagian luar cuping telinga pasangan. Gerakkan lidah naik turun dibahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan secara perlahanlahan. Suami akan sedar bahawa kita menyayanginya.
 
Sentuhan Penuh Ghairah
Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yang lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan paha suami.
 
Bangkitkan Suasana Romantis
Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yang romantis. Selain lilin dan alunan lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aromaterapi, losyen yang harum serta selendang lembut yang dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.
 
Pandangan Mempesona
Tatapan yang mempesonakan dan penuh perasaan kasih sayang terhadap lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona. Cukup untuk membuatkan lelaki bahagia.
 
Membelai Rambut
Lelaki akan merasa lebih disayangi sekiranya wanita pandai membelai rambutnya. Senang sahaja. Apabila duduk bersama, wanita jangan malu untuk membelai rambut pasangannya. Belailah rambutnya secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.
 
Mengintip Membangkit Nafsu
Perbuatan mengintip merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. Ia tidak disedari oleh wanita bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.
 
Hembusan Nafas
Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yang hangat akan merangsang si dia. Sentuhkan bibir anda secara perlahan dibibir atau punggungnya. Hembusan nafas anda yang hangat akan membuatkan si dia tidak sabar untuk mendakap anda.
 
G-Spot
Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai zon ‘G-Spot’ yg tersendiri. Carilah di mana kawasan yang dimaksudkan. Pasti hubungan antara anda dan si dia akan bertambah erat.
 
Membuat Kejutan
Lelaki akan mudah mengagumi anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur, buatlah perubahan dari segi pemakaian. Sesekali kenakan pakaian yang jarang. Anda boleh juga memakai pakaian yang singkat dan seksi.

12 Adab Melayan Suami

12 Adab Melayan Suami
12 Adab Melayan Suami
Masih terbayang saat-saat indah tatkala suami menerima lafaz ijab Kabul daripada tok kadi. Betapa nikmat dapat mengecapi dan melayari kehidupan sebagai suami isteri. Namun begitu, tugas itu bukanlah mudah sebaliknya memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana berhadapan dengan fasa baru dalam kehidupan.
Tugas seorang isteri, bukan sahaja terbatas kepada keperluan batin tetapi juga beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Ingat, anda kini bukan lagi hidup sebagai seorang bujang tetapi ada tanggungjawab lain perlu digalas. Sebagai isteri yang baik, perlu mengetahui cara dan adab untuk melayani suami.
1. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Sikap sebegini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami 'angkat kaki' meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak bertegur sapa dengan anda sebagai hukuman atas kedegilan anda sebagai isteri.
2. Jika suami baru pulang, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.
3. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Merajuk menunjukkan sikap kita tidak matang dan keanak-anakan, sebaliknya bersikap ‘sporting’ dan tertawalah dengan usikannya.
4. Jika suami berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali mengambil sikap acuh tak acuh kemahuan suami kerana ia memberi gambaran bahawa anda tidak taat kepadanya.
5. Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukanlah kehendak suami begitu juga dengan kehendak ibu dan bapa. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.
6. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengannya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredai Allah S.W.T.
7. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap guna dulu beritahu kemudian.
8. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Kalau suami suka makan kari janganlah kita menghidangkan ikan masak asam pedas kepadanya. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Selain itu pepatah Inggeris ada menyebut. “a way to win a man heart is through his stomach”.
9. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jangan biarkan suami terus memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai menguruskan suami. Selain itu, jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Semua suami akan berasa bangga kalau pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.
10. Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan
tunggu suami minta sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.
11. Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan menyepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh membuat suami berkecil hati. Walaupun anda tidak menyukai pemberiannya, simpanlah di tempat elok. Setiap pemberian suami itu ada nilainya tersendiri.
12. Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Lelaki Cemburu Uji Kesabaran

Lelaki cemburu
Oleh:Editorial Mingguan Wanita

Kaki siasat
Awal perkenalan, pasangan mungkin ditatang bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan lama kelamaan ada sahaja yang tidak kena. Kalau boleh dia cuba mengawal setiap pergerakan. Ke mana, dengan siapa bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda. Jika ada, anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan pasangan mengalahkan pihak berkuasa. Anda mungkin berasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.
 
Sentiasa curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan wanita. Sukar baginya untuk mempercayai, tambahan pula apabila pasangan sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka yang mengganggu itu adalah kerana terpikat dek kecantikan wanita pujaannya. Walaupun tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, dia tetap merasakan yang pasangan cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang boleh anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
 
Panas baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Suami atau teman lelaki yang anda kenali dengan lebih mendalam mungkin mempunyai perangai yang suka marah. Salah sedikit sahaja tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Panas baran ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin akan mendatangkan padah, silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.
 
Tidak pernah puas
Betul atau tidak dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar kesalahan. Susah untuk memuaskan hatinya. Sikap ini akan membuatkan pasangan berfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda. Pada satu tahap pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.
 
Kuat mengongkong
Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.
 
Ambil kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya perlu diikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang diri anda. Ini akan digunakan agar anda tidak dapat lari daripadanya.

Petua Lebih Disayangi Suami

Petua Lebih Disayangi Suami  
 
 
 
Oleh:Editorial Mingguan Wanita
Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat. Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak kisah dengan perasaan para wanita?”

Wanita ini adalah yang paling anggun pada pandangan mata saya pada hari itu. Dia adalah salah seorang peserta bengkel motivasi meningkatkan kecemerlangan organisasi saya. Malah, dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, beliau mendapat perkataan ‘ANGGUN’ daripada peserta lain, menunjukkan pandangan dan penilaian saya tidak salah. Tetapi apabila beliau memberikan soalan sedemikian rupa, timbul pula rasa kesian di hati saya, hingga terdetik kata-kata begini di hati saya, ‘Kesiannya, muka lawa pun suami boleh buat tak peduli.’

Maka, saya pun terus menjelaskan. Kata saya, “Kalau mengharapkan lelaki kata I love you selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu. Pada orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta, kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”

Kata-kata saya itu disambut oleh seorang peserta lelaki dengan kata-kata, “Betul, betul, betul,” sambil mengangguk- angguk dan tersengih-sengih.

Kata saya lagi, “Cara orang lelaki menunjukkan kasih sayang mereka ialah dalam bentuk benda. Nanti, setahun kemudian tiba-tiba dia balik dengan membawa geran tanah. Apabila ditanya oleh isteri, geran apa ni bang? Tengoklah, katanya. Apabila ditengok rupanya nama si isteri pada geran berkenaan. Eh, nama saya ni bang? Iya, memang nama awak. Maknanya abang beli untuk saya ye? Iya, siapa lagi. Haaa, itu cara orang lelaki tunjukkan dia kisah, dia prihatin, dia sayang, dia kasih, dia cinta, iaitu dengan benda dan biasanya benda itu mahal dan tak terjangka sama sekali. Jadi, dah faham? Kalau dah faham, tak usah kecil hati suami tak pernah ucap I love you pada awak, tak bermakna dia tak sayang, cuma caranya berbeza.”

Lalu otak saya pun merumuskan mengapakah soalan demikian yang ditanyakan oleh wanita berkenaan, iaitu beliau sedang berada dalam dilema oleh banyak pilihan. Banyak pilihan? Bukankah dia sudah berkahwin? Ya, dia sudah berkahwin tetapi dia sedang digoda oleh ramai lelaki. Orang cantik tentulah menjadi perhatian dan tentulah tidak sikit-sikit lelaki yang mencuba nasib meskipun mereka tahu itu isteri orang. Dikalangan mereka tentu ada yang mula mekar di hati hingga timbullah rasa untuk membanding-bandingkan.

“Lelaki A sudah berkahwin juga, tapi dia cukup prihatin. Hari-hari dia hantar SMS yang lunak berbanding lelaki B, C dan D, apatah lagi suami aku sendiri, aku hantar mesej jiwang pun tak dibalasnya. Kalau balas pun, ‘dah buang tabiat agaknya’, itu yang dapat.”

Dua keadaan ini memaksa kita berdiri di tengah-tengah. Sebagai lelaki, meskipun majoriti suami tidak tahu menyatakan rasa kasih dan sayang, belajar-belajarlah menyatakannya, kalau tidak isteri anda bakal diambil orang. Kepada wanita pula, meskipun lelaki lain kelihatannya lebih memahami, lebih prihatin, lebih penyayang daripada suami sendiri, ketahuilah setelah anda memilikinya kelak, keadaan yang sama akan berlaku juga kerana majoriti lelaki memang tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada pasangan.

Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu pertama; kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.

Thursday, May 17, 2012

Panduan Suami Isteri - Teknik Bermain Dengan Payudara




Buat panduan dan menambah idea dalam hubungan intim pasangan suami isteri. Yang belum kahwin jangan sesekali mencuba aksi ini!!
Jangan dok main terjah jer… jangan jadi suami syok sendiri.
  1. Pertamanya, cium bahagian luar payudaranya. Pastikan bibir anda telah lembap waktu melakukannya.
  2. Cium payudaranya sambil perlahan mengarahkan bibir sehampir mungkin ke puting. Hembuskan nafas anda tepat di atas puting, agar dia dapat merasakan kehangatan nafas anda.
  3. Gunakan hujung lidah untuk mengusap sekeliling areolanya. Berikan perhatian yang sama antara payudara kanan dan kiri.
  4. Geletik putingnya menggunakan hujung lidah anda. Pastikan dia menikmati permainan lidah anda. Jika dia berbunyi atau klimaks tiba-tiba, ini bermaksud dia menyukai ciuman anda.
  5. Ketika anda merasakan putingnya semakin tegang, arahkan dan tusukkan hujung lidah anda ke putingnya, sambil menggerakkan hujung lidah ke atas dan ke bawah putingnya. kemudian, perlahan-perlahan masukkan putingnya ke dalam mulut anda. Hisap sambil memainkannya dengan hujung lidah anda.
  6. Ramas payudara sambil bermain dengan kedua-dua puting. Jangan lupakan untuk menstimulasi bahagian bawah dan di antara dua payudaranya.
  7. Biarkan putingnya basah, ketika anda berpindah ke payudara lain. Sambil anda menghisap puting, lakukan cubitan kecil sambil meraba payudaranya.
  8. Sentiasa dengarkan setiap desahannya atau pergerakkan tubuhnya. Jika dia semakin menikmatinya, maka anda dibolehkan memuaskannya bila-bila masa sahaja.
  9. Elakkan kebiasaan mencium payudara yang sama. Cuba juga berbagai variasi lain.
Sentiasa ingatkan diri anda dengan mencium payudara isteri dengan tepat, maka anda dapat memberikannya klimaks terhebat yang belum pernah dialaminya sehingga isteri anda klimaks (terpancut) ketika anda menikmati payudaranya!

Wednesday, May 9, 2012

Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta


Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta
Salam #CinTa buat pembaca REMAJA.Pada kali ini, kita akanmelihat pula aspek kejujuran dan keikhlasan dalam sesebuah perhubungan.Semua pasangan yang baru hendak mula bercinta, sedang hangat bercinta ataupun sudah lama bercinta, pasti acap kali membicarakan tentang perkara yang sama.Jujurkah kalian di antara satu sama lain?Ikhlaskah masing-masing dalam bercinta?Harus diingatkan, walaupun bibir melafazkan perkataan jujur dan ikhlas, namun hati sendiri yang harus ditanya berulang kali demi mendapatkan kepastian sebenar.

Cuba lihat kata-kata yang dipetik dari buku “Motivasi santai #CinTa” saya,“Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi... namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personaliti diri yang lain hanya untuk kepuasan hati.”Semua orang pasti seronok apabila berada di alam percintaan. Perhatian yang didahagakan selama ini hadir mencurahcurah, rasanya seperti dunia ini kamu yang punya. namun awas! adakah kamu jujur menjadi diri sendiri? Ataupun kamu telah mencipta seseorang yang berbeza daripada siapa kamu yang sebenar semata-mata takut kehilangan cinta? Kebanyakan remaja dilihat secara sengaja atau tak sengaja mencipta  karakter yang bukan semula jadi demi menjaga perhubungan.

Contohnya, berpura-pura manja secara berlebihan, berpura-pura suka bersolek, membuka tudung apabila keluar dating kerana buah hati kata lebih cantik tanpa tudung, sanggup meminjam motor kawan untuk bersiar-siar dengan pasangan, meminjam duit emak dan ayah untuk belanja kekasih, malah banyak lagi. Pasti ada yang terasa hati apabila terkena pada diri sendiri bukan?Yang penting ialah soal berterus-terang  dengan pasangan tentang apa yang kamu selesa dan apa yang kurang selesa. Usah terlalu mudah mengikut permintaan pasangan tanpa usul periksa atau terlalu menurut hati sendiri semata-mata kerana ingin membahagiakan si dia.Pendirian haruslah teguh serta tidak mudah dibuai pujuk rayu oleh sesiapa pun. Hidup harus ada pendirian dan Dunia memang seperti kamu yang punya saat kamu bercinta, sms, BBM atau whatsap setiap 10 saat. BerFacebook atau berTwitter lebih lagi, apa pun bersederhanalah dalam perhubungan kamu. Jangan sampai masa untuk bersama keluarga diabaikan.

Hantaran itu, adalah perlu bagi kamu untuk mendisiplinkan diri agar membahagikan masa seadil-adilnya di antara rakan, pasangan dan keluarga tercinta. Perjalanan kamu sebagai remaja masih jauh dan terlalu banyak yang kamu harus tempuh. Bercinta memang seronok, berkasihkasihan memang indah, namun jangan  sampaimengabaikan pelajaran, cita-cita ataupun hilang pedoman dalam kehidupan seharian. Selagi keluarga kamu berada di dalam ingatan dan hati, dengan izin Tuhan kamu pasti mampu mengawal segala perbuatan dan keinginan mengikut apa yang betul. akhir kata, salam #CinTa ikhlas daripada abang Fazley. rasa-rasa dan fikir-fikirkan sehabis baik!

Bukan Mengungkit Tapi Membangkit


UNGKIT
Huh! semua perkara nak dibangkitkan? Apa masalah awak sekarang ini? Kalau macam inilah sikap awak, sesiapa pun tak akan bertahan! Muak dengan cara awak yang tidak pernah ingin melupakan kisah lalu. Situasi ini merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap pasangan yang bercinta. Oleh itu kamu harus menerima pasangan kamu seadanya. Jangan sesekali mudah mengungkit dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pasangan kamu sendiri.

Setiap pasangan pasti tidak akan terlepas daripada dibelenggu perasaan sedih dan makan hati. Ada kalanya pasangan kamu tidak boleh menerima langsung kisah lampau yang pernah menghantui kehidupan kamu. Malah kesalahan kecil yang pernah kamu lakukan itu juga pasti akan menjadi isu setiap kali pertelingkahan berlaku. Walaupun pada mulanya Si Dia sering mengguna pakai pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih” itu kepada kamu, Seolah-olah ia hadir hanya di bibir sahaja dan bukan dari hatinya yang ikhlas. Jadi apa tindakan kamu? Membiarkan sahaja atau berterus terang? Jom atasi pasangan bermasalah ini dengan tindakan yang sewajarnya.

Patahkan hujahannya

Mampukah kamu mematahkan hujahnya itu? Nak membidas pun rasa serba salah apatah lagi nak mematahkan hujahannya. Kamu perlu ingat bahawa kamu ada hak untuk bersuara walaupun kamu rasa perkara itu akan memburukkan lagi hubungan kamu berdua. Bagi kamu, selagi boleh bertahan, kamu akan cuba juga. Sekiranya kamu terus-menerus membidas dirinya, ini akan menyebabkan si dia berasa hati. Kamu kena ingat, si dia tidak pernah pun memikirkan perasaan kamu sebaliknya dia lagi nak menyakitkan hati kamu. Oleh itu berpada-padalah, jangan sampai si dia menginjak-injak maruah kamu dengan sesuka hati!

Perli” Si Dia

Bukan susah pun nak mengajar si dia yang kaki mengungkit. Sekali sekala kamu cuba perli si dia dengan mengatakan, “Eh, awak pun bukan tak pernah buat salah, tak silap saya dulu awak pun...,” Mungkin kata-kata ini boleh membuatkan si dia termalu sendiri dan sedar bahawa dirinya juga bukan seorang manusia yang sempurna. Jadi, janganlah main sedap mulut je nak hentam kamu. Si dia ingat kamu ini manusia berhati kering dan langsung tak ada perasaan. Helo! Si dia pun ada kalanya sensitif juga bila mana kamu main lepas cakap sahaja.Sekurang-kurangnya kamu tahulah juga nak memohon maaf berbanding dirinya yang ego itu.

Tolonglah Berubah!

Ish! Kalau diikutkan hati yang marah, pasti sudah lama kamu membidas dan meninggalkannya, bukan? Sebaliknya, kamu cuba juga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Bayangkanlah kamu sanggup bersusah payah untuk dirinya walaupun perkara itu kadangkala tidak relevan untuk kamu lakukan. Sayang punya fasal sebab itulah sanggup, tapi cuba kamu fi kirkan semula ada atau tidak si dia berkorban seperti mana kamu lakukan? Kalau tak ada, tolong jangan menyeksa diri kamu sendiri. Kalau setiap kali bergaduh semua perkara nak diungkitnya, susahlah macam tu. Lama-kelamaan kamu pun boleh berjauh hati. Oleh itu mintalah si dia berubah demi mempertahankan hubungan ini, kalau tak baik kamu tinggalkan si dia sahaja!
Lupakan Kisah Lalu
Sebelum kamu berdua mengisytiharkan hubungan kalian ini pasti di antara kamu pernah menceritakan kisah lalu bersama kekasih ataupun membuat perjanjian, “andai kata masingmasing melakukan kesilapan tidak perlu diungkit lagi sebaliknya mencari penyelesaian kepada permasalahan itu, kan?” Tujuannya hanyalah untuk menghindarkan kalian berdua daripada pertelingkahan yang lebih besar. Sekiranya si dia mula membangkitkan hal-hal yang lepas mohon si dia ingat kembali kata-kata janji yang pernah dituturkan kepada kamu sebelum ini. Biarlah perkara yang lalu menjadi sejarah dan jangan sesekali diingatkan lag.
Dapatkan Majalah Remaja Isu 1 Mei 2012 untuk mendapatkan lebih lanjut Info Cinta oh Cinta