Memetik kata-kata Bobbi w Brown, kunci untuk tampil cantik di dalam
gambar adalah dengan penggunaan mekap yang tepat. Tidak sukar disebut
sebagai pengantin yang fotogenik, asalkan anda memahami teknik
pencahayaan asas fotografi. Berikut antara tip solekan profesional agar
hari bahagia anda dipotretkan secantik-cantiknya untuk kenangan.
Kenal Pasti Bila Dan Di Mana
Pencahayaan ‘outdoor’ akan membuatkan ketidaksempurnaan mekap lebih ketara. Kerapian di sini amat penting terutamanya di bahagian bawah mata dan noda-noda di wajah. Pastikan anda mengoles ‘concealer’ dan sapukan bedak alas yang berdasar kekuningan untuk kelihatan natural. Hindari bedak asas dengan bahan titanium dioksida kerana ia akan menyebabkan wajah terlihat kelabu.
Elakkan ‘Moist Look’
Wajah dengan solekan yang kebasah-basahan memang manis untuk ditatap secara langsung, tetapi akan kelihatan berminyak di dalam gambar. Elakkan penggunaan pelembap wajah yang banyak dan sapukan losen kawalan minyak di bahagia zon-T sebelum mengaplikasi bedak asas.
Bedak Berdasar Kuning
Jika mengambil gambar potret dengan pasangan, gunakan bedak dengan dasar warna kuning. Selain itu, bedak ‘translucent’ juga boleh membuat wajah kelihatan seperti topeng, jadi hindarilah bedak jenis ini. Pastikan juga sapuan bedak di bahagian bawah wajah dan leher anda senada, lebihlebih lagi jika anda mengenakan pakaian dengan belahan dada yang rendah.
Gincu Terang
Gunakan ‘blusher’ warna merah jambu jika anda memiliki kulit cerah dan merah mawar jika yang berkulit gelap. Pilihlah warna gincu yang berwarna cerah dan terang, lebih-lebih lagi jika mengenakan baju pengantin warna putih, kerana warna-warna ‘nude’ atau coklat akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Akhir sekali jangan lupa untuk bertenang semasa bergambar. Ketegangan akan terpancar di wajah. Sebelum lensa kamera dipetik, pejamkan mata, tenangkan diri dan fokus 1..2..3.., senyum!

No comments:
Post a Comment