Masalah rambut gugur dan akhirnya semakin menipis menjadi satu igauan
ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan.Tambahan lagi apabila kulit
kepala mula nampak ‘lebih jelas’ atau rambut berterusan gugur sehingga
menjadi botak. Semestinya kamu harus menemui dermatologi untuk menemui
jalan penyelesaian.Namun jika rambut yang menipis tidak terlalu
parah, ada beberapa produk dan teknik gayaan yang
boleh membuatkan rambut kelihatan lebih tebal.
Mencuci
Cuci rambut kamu dengan produk syampu volumizing yang mengandungi
protein.Kemudian, gunakan perapi ringan yang pada labelnya
dikhaskan untuk rambut nipis. Aplikasikan perapi dari batas telinga
sehingga ke hujung rambut. Setelah dibasuh hingga bersih, keringkan
rambut dengan cara menekannya menggunakan tuala dan bukan
menggesek-geseknya.
Blow Dry
Aturkan suhu pengering rambut ke ukuran sederhana. Terbalikkan rambut
kamu dengan cara membongkokkan badan, lalu lakukan blow dry menggunakan
sikat rambut bergigi. Ketika rambut kamu hampir kering, tegakkan
kembali badan lalu selesaikannya dengan mengeringkan rambut
menggunakan sikat rambut berukuran sederhana.
Menata Rambut
Saat rambut masih lembap dan belum benar-benar kering, gunakan
leave-in yang bersifat memberikan volume.Kebiasaannya produk ini
mengandungi bahan panthenol. Semburkan juga cairan pelindung panas (heat
protecting spray)tetapi hindari daripada terkena akar rambut saat
melakukannya. Setelah itu,sikat rambut yang lembap dengan sikat bergigi
jarang.
Menambahkan Volum
Ambil sedikit rambut kamu, tegakkan dari kulit kepala dengan jemari,
lalu arahkan pengering rambut ke akar rambut. Ini boleh membantu
membuatkan kutikula rambut membentuk volum atau ketebalan. lakukan hal
ini ke seluruh bahagian rambut dan kemudian secara
perlahanperlahan rapikan rambut menggunakan sikat.
Syampu Protein
Syampu dengan kandungan protein yang bersifat memberikan volum
ialah pilihan terbaik untuk membuatkan rambut nampak lebih tebal. Selain
itu, perapi juga boleh bertindak meninggalkan kelembapan yang boleh
menebalkan setiap helaian rambut. bagi mengurangi rambut patah, gunakan
syampu dan perapi yang mengandungi pro Vitamin b5
yang bersifat menguatkan batang rambut.Trik Potongan Rambut
potongan rambut yang betul boleh membuatkan rambut kamu kelihatan lebih
tebal. Mintalah penata rambut memberikan layer yang lebih
sedikit kerana layer yang banyak akan membuatkan rambut tampak lebih
nipis. Cuba juga potongan ponny yang lebih tebal seperti gaya rambut
Kate Hudson dalam filem “bride Wars
No comments:
Post a Comment