"Setiap perkara yang awak buat,kemana awak nak pergi,tolong bagitahu saya,kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu,faham?"

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu.Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan.
Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu!Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan kamu sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap ciriciri lelaki kaki cemburu.
 
1)Siasat Gerak Geri
Alahai, di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.
 
2)Sentiasa Curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
 
3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marahmarah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.
 
4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah
betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfi kir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.
 
5)Mengongkong
Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.
 
6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.