Huh! semua perkara nak dibangkitkan? Apa masalah awak sekarang ini?
Kalau macam inilah sikap awak, sesiapa pun tak akan bertahan! Muak
dengan cara awak yang tidak pernah ingin melupakan kisah lalu. Situasi
ini merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap pasangan yang
bercinta. Oleh itu kamu harus menerima pasangan kamu seadanya. Jangan
sesekali mudah mengungkit dan membangkitkan perkara-perkara yang boleh
menyinggung perasaan pasangan kamu sendiri.
Setiap pasangan pasti tidak akan terlepas daripada dibelenggu perasaan sedih dan makan hati. Ada kalanya pasangan kamu tidak boleh menerima langsung kisah lampau yang pernah menghantui kehidupan kamu. Malah kesalahan kecil yang pernah kamu lakukan itu juga pasti akan menjadi isu setiap kali pertelingkahan berlaku. Walaupun pada mulanya Si Dia sering mengguna pakai pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih” itu kepada kamu, Seolah-olah ia hadir hanya di bibir sahaja dan bukan dari hatinya yang ikhlas. Jadi apa tindakan kamu? Membiarkan sahaja atau berterus terang? Jom atasi pasangan bermasalah ini dengan tindakan yang sewajarnya.
Patahkan hujahannya
Mampukah kamu mematahkan hujahnya itu? Nak membidas pun rasa serba salah apatah lagi nak mematahkan hujahannya. Kamu perlu ingat bahawa kamu ada hak untuk bersuara walaupun kamu rasa perkara itu akan memburukkan lagi hubungan kamu berdua. Bagi kamu, selagi boleh bertahan, kamu akan cuba juga. Sekiranya kamu terus-menerus membidas dirinya, ini akan menyebabkan si dia berasa hati. Kamu kena ingat, si dia tidak pernah pun memikirkan perasaan kamu sebaliknya dia lagi nak menyakitkan hati kamu. Oleh itu berpada-padalah, jangan sampai si dia menginjak-injak maruah kamu dengan sesuka hati!
Perli” Si Dia
Bukan susah pun nak mengajar si dia yang kaki mengungkit. Sekali sekala kamu cuba perli si dia dengan mengatakan, “Eh, awak pun bukan tak pernah buat salah, tak silap saya dulu awak pun...,” Mungkin kata-kata ini boleh membuatkan si dia termalu sendiri dan sedar bahawa dirinya juga bukan seorang manusia yang sempurna. Jadi, janganlah main sedap mulut je nak hentam kamu. Si dia ingat kamu ini manusia berhati kering dan langsung tak ada perasaan. Helo! Si dia pun ada kalanya sensitif juga bila mana kamu main lepas cakap sahaja.Sekurang-kurangnya kamu tahulah juga nak memohon maaf berbanding dirinya yang ego itu.
Tolonglah Berubah!
Ish! Kalau diikutkan hati yang marah, pasti sudah lama kamu membidas dan meninggalkannya, bukan? Sebaliknya, kamu cuba juga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Bayangkanlah kamu sanggup bersusah payah untuk dirinya walaupun perkara itu kadangkala tidak relevan untuk kamu lakukan. Sayang punya fasal sebab itulah sanggup, tapi cuba kamu fi kirkan semula ada atau tidak si dia berkorban seperti mana kamu lakukan? Kalau tak ada, tolong jangan menyeksa diri kamu sendiri. Kalau setiap kali bergaduh semua perkara nak diungkitnya, susahlah macam tu. Lama-kelamaan kamu pun boleh berjauh hati. Oleh itu mintalah si dia berubah demi mempertahankan hubungan ini, kalau tak baik kamu tinggalkan si dia sahaja!
Lupakan Kisah Lalu
Sebelum kamu berdua mengisytiharkan hubungan kalian ini pasti di antara kamu pernah menceritakan kisah lalu bersama kekasih ataupun membuat perjanjian, “andai kata masingmasing melakukan kesilapan tidak perlu diungkit lagi sebaliknya mencari penyelesaian kepada permasalahan itu, kan?” Tujuannya hanyalah untuk menghindarkan kalian berdua daripada pertelingkahan yang lebih besar. Sekiranya si dia mula membangkitkan hal-hal yang lepas mohon si dia ingat kembali kata-kata janji yang pernah dituturkan kepada kamu sebelum ini. Biarlah perkara yang lalu menjadi sejarah dan jangan sesekali diingatkan lag.
Dapatkan Majalah Remaja Isu 1 Mei 2012 untuk mendapatkan lebih lanjut Info Cinta oh Cinta

No comments:
Post a Comment