Thursday, April 26, 2012
Gambar Agnes Monica Yang "Panas"
Inilah kebiasaan artis Indonesia. .buat persembahan dalam keadaan yang seksi. .ni kalau kat Malaysia mmg dah kena banned dah . .
Ulangtahun Gemilang Ketujuh InTrend Mei Ini
- Hits2620
- Komen0
Tags: InTrend, majalah intrend,ulangtahun, nazim othman, izara aishah, nurul elfira loy, elfira loy, sharnaaz ahmad, anzalna nasir, anzalna,
Teks Oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto Oleh Bustamam Mokhtar
KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2012: Bukan satu atau dua tetapi tujuh wajah kesayangan para peminat dunia hiburan tempatan menghiasi sampul muka hadapan majalah InTrend bersempena dengan sambutan gemilang ulangtahun ketujuh majalah ini yang menjelma pada setiap purnama kelima dalam kalendar anda.
Jika sebelum ini lima selebriti bergelar ibu menjadi penghias kulit manakala tahun seterusnya ia dihiasi enam jelitawan baru persada seni, InTrend Mei ini membawakan anda tiga bakal jejaka idaman Malaya dan empat persona cantik yang kini mengatur langkah untuk menjadi primadona dalam seni lakonan tempatan.
Amar Asyraf, Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, Izara Aishah, Elfira Loy, Syarifah Sakinah dan Anzalna Nasir kini dalam percaturan hebat demi mengorak langkah membina tapak untuk menjadi antara yang terbaik dalam lapangan sendiri.
Tujuh persalinan kasual ringkas dibawakan kepada anda pembaca InTrend oleh Levi's buat sarungan tujuh butala ini daripada koleksi musim Bunga/Panas 2012. Padanan helaian asas bersama sepasang jeans Levi's pasti tidak lengkap tanpa mainan aksesori warna terang mengkamilkan keseluruhan gaya tersebut.
Menurut penyelaras penggambaran wajah penghias kulit depan tersebut, Iqbaq V Azwan Mukhtaram, kesemua tujuh personaliti menepati ciri-ciri yang mereka mahukan iaitu yang sudah meniti populariti dan yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia ini dan memiliki bakat yang hebat untuk diketengahkan.
Sempena ulangtahun ketujuh ini juga mereka mahu berkongsi hadiah bersama pembaca setia mereka yang berjumlah lebih daripada RM 32,000. Jangan lupa untuk menyertai pelbagai peraduan yang bakal menjanjikan anda habuan yang sangat menarik untuk dimiliki.
Tidak lupa Lembar Fesyen dan Lembar Cantik yang masih mengekalkan mood bagi musim Bunga/Panas dengan mainan rona panas dan meriah sesegar tiupan pawana membawa anda untuk terus menikmati enam purnama yang baru bermula.
Bagi ibu-ibu muda yang mahu tampil bergaya walaupun harus mengendong si cilik anda ke sana kemari, keluaran ini pasti memberikan anda idea-idea baru untuk tampil jelita bersama 'aksesori' anda. Bukan sahaja si ibu bisa dapat idea cantik si cilik anda juga turut sama melawa selain tips-tips berguna khas buat kalian.
Yang menarik lagi khas buat si hijabista, InTrend kini mencari anda untuk Pencarian Gadis Neo-hijabi Aidijuma dan Intrend kelolaan Datin Nurjuma dan dapatkan info mengenainya juga jadi yang pertama menyertainya.
Foto Zarina Anjoulie Dicium Lelaki
- Hits6989
- Komen0
Tags: Zarina, Zarina An-Julie Fahizul, zarina anjoulie, gambar,gambar panas, cium, dicium,
KL, 26 APRIL 2012: Baru saja kisah pergaduhannya dengan Lufya reda, tiba-tiba pagi semalam Twitter GengMurai mendapat maklumat mengenai aktres kontroversi dan fotonya yang kini tersebar di laman Twitter miliknya.
Gambar yang kelihatan seperti dia sedang dicium oleh seorang jejaka kini telah hebah di internet dan Twitter.
Murai Batu cuba menghubungi Zarina Anjoulie untuk bertanyakan tentang hal yang baru sahaja menjadi bualan ketika ini. Namun berkali-kali Murai BAtu cuba menghubunginya namun kelihatannya telefon bimbitnya ditutup.
Macam mana ni? Lepas satu, satu hal yang berlaku kepada aktres ini. Lepas ini apa pula?
Murai Batu: Jangan main-main dengan media sosial sekarang. Sekali terlepas ke dalamnya, habislah.
Nora Danish Tidak Dijemput ke Majlis Fasha-Jejai
- Hits3083
- Komen2
Tags: Nora Danish, Jejai, fasha jejai, Fasha Sandha, Fasha Sandha, perkahwinan, kahwin,Berkahwin, majlis kahwin, tunai umrah, umrah, bekas isteri,bekas suami,
IPOH, 26 APRIL 2012: Pelakon Nora Danish yang juga bekas isteri kepada Jejai tidak akan hadir pada majlis pernikahan bekas suaminya itu dengan aktres Fasha Sandha, Jumaat ini.
Melalui laporan akhbar Utusan Malaysia, semalam, Nora dalam kenyataannya berkata dia tidak berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut kerana merasakan ia adalah jalan terbaik.
Nora juga turut menjelaskan bahawa secara kebetulan, dia pada hari itu akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
"Mungkin kerana mereka tahu saya akan ke Mekah maka mereka tidak mengundang saya pada hari itu", jelas aktres tersebut tenang kepada wartawan.
Nora juga dikesempatan itu telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Fasha-Jejai selain mendoakan pasangan itu berbahagia ke akhir hayat.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif telah berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 3 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)