Search This Blog

Friday, February 15, 2013

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta



Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta | Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
“Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata
“Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,
“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Kenapa Wanita Enggan Berpoligami?

40
Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).
Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.
Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Kenapa isteri menolak poligami?

  • Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.
  • Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
  • Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
  • Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
  • Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.
  • Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
  • Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.
  • Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.
  • Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.
  • Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.
Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.
Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.
Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.
Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.
Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.
Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
Kesimpulannya
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.
Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.
Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.

Antara Dua Cinta

0
Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”. Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya.
Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu.
Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya sahaja ketika itu. “Dahaganya hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’, hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu lagi cinta Daniel.
Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai waktu boleh diundur Ya Allah..”
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS, bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar dan kadangkala memberi pendapat kepada ‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’ tetapi saling menasihati dalam agama islam.
‘Couple islamik’ kata orang. Lebih sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna akan terjatuh dalam perangkapnya.
“setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada rakannya yang ber’couple’.
Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang arif perlulah memberi kesedaran kepada yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata. Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan ‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita.. Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’ segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas, gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur. Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah. Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu mencintai Penciptanya.
Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya. Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal. Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..” dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya.
“ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”.
Husna bersujud di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah, izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih padaMu Ya Allah. Amin.

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang

0
Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Rujuk artikel: Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.