Wednesday, February 22, 2012
Kisah Benar : Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Sepanjang Hayat
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal.
20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
[18+] Tujuh bahagian Isteri yang mudah terangsang
PAYUDARA
Payudara sudah pasti antara bahagian yang perlu di rangsang ketka melakukan hubungan seks. Bahagian ini sangat sensitif pada sentuhan dan rangsangan. Tip untuk merangsang bahagian ini adalah meramasnya dengan lembut tetapi tegas. Ada keadaanya, meraba dan meramas payudara isteri perlu dilakukan dengan kuat pada sebelah kanan dan lembut pada sebelah kiri. Untuk merangsang isteri, pastikan ia tidak meyakitkan dengan melihat reaksinya atau bertanyakan kepadanya.
BIBIR
Bahagian kedua adalah bahagian bibir isteri anda. Bahagian ini jika anda cium dengan cara yang betul boleh datangkan inzal pada isteri anda. Pastikan anda hanya mengucup isteri hanya sekali saja bagi membuka tirai ciuman dan biarkan isteri melakukan seterusnya kemudian anda perlu ikut alunannya. Meransang isteri pada bahagian bibir lebih cepat memberikan impak disusuli dengan rabaan pada payudara atau vagina isteri.
KETIAK
Bahagian seterusnya adalah bahagian ketiak.Walaupun bahagian ini agak ganjil, namun ada wanita yang sangat terangsang jika anda mencium dan menjilat bahagian ini. Dari bahagian tersebut anda perlu susuri hingga ke bahagian leher ( ke atas) atau terus kebahagian pusat dan vagina ( ke bawah). Sesetengah wanita akan lebih mudah terangsang pada bahagia leher. Oleh itu anda sebagai suami perlu mencuba menyelusuri arah untuk mengetahui dan merangsang isteri dengan lebih berkesan.
KAKI
Kaki isteri adalah antara bahagian yang sangat sensitif. Ketika anda sedang cium bibir isteri anda, anda rangsang kaki isteri anda dengan menggeserkan bahagian tersebut dengan kaki anda sendiri. Anda juga boleh cium dan menggunakan lidah pada bahagian kaki isteri anda. Selain itu, urutan pada bahagian ini juga boleh menaikkan nafsu isteri anda. Meransang isteri anda melalui bahagian kaki akan memberikan kedaan relaks kepadanya.
IBU JARI KAKI
Bahagian kelima adalah ibu jari kaki isteri anda. Ingat, jika anda kurang senang atau merasa geli untuk rangsang bahagian ini, anda lakukan selepas isteri anda mandi. Bahagian ibu jari mempunyai deria yang amat sensitif dan sedikit sebanyak memberi kejutan awal bagi merangsang isteri. Setelah itu juga anda boleh beralih arah ke bahagian atas tubuh isteri untuk melakukan ransangan seperti bahagian-bahagian yang dinyatakan diatas.
PUNGGUNG
Bahagian keenam adalah punggung isteri anda. Ramasan yang mencengkam pasti akan menaikkan nafsu isteri anda. Tips untuk anda, ketika mencium isteri sambil berpelukan, lakukan rabaan halus kemudian disusuli dengan ramasan yang kuat tapi pastikan tidak hingga menyakitkan isteri. Hal ini akan membuakan nafsu isteri melonjak sekaligus merangsang isteri. Lakukannya berulang kali sehingga isteri anda mula mencengkam dengan kedua-dua kakinya pada tubuh anda.
PERUT
Bahagian terakhir adalah bahagian perut isteri anda. Sensasi pada bahagian pusat adalah di mana membuat isteri anda berasa ceria apabila anda mencium pada bahagian itu. Hali in kerana, ia adalah simbol keceriaan dan kasih sayang. Reaksi isteri akan lebih kepada ransangan kasih sayang dan penghargaan kepadanya. Kemudian alihkan ke tepi pada bahagian pinggan, atau bahagian bawah, iaitu vagina ataupun bahagian atas tubuh isteri anda.
Ketujuh – tujuh bahagian atas adalah bahagian jika di rangsang boleh menaikkan nafsu isteri anda. Vagina adalah bahagian utama yang sensitif. Namun, ketujuh – tujuh bahagian di atas penting untuk menambah perisa dalam hubungan seks suami isteri anda. Meransang isteri perlulah dilakukan dengan kasih sayang. Untuk melakukannya, pastikan persiapan dibuat dengan rapi seperti membersihkan diri dan memakai wangian haruman bagi menaikan mood bagi merangsang isteri anda dengan cara terbaik.
Kebaikan Masturbasi bagi Wanita
Seks pada dasarnya bukan hanya semata-mata pada tuntutan nafsu atau mencapai kepuasan. Apa yang anda perlu ketahui, aktivti hubungan seks antara pasangan yang telah berkahwin adalah demi mencapai kebahagiaan dalam hubungan. Salah satu faktor menetukan kebahagian rumahtangga adalah melalui hubungan seks yang berjaya dan mencapai orgasm. Kebanyakan masalah rumahtangga mudah diselesaikan ketika sesudah melakukan hubungan seks. Ini adalah fakta yang nyata melalui kajian yang dibuat oleh pakar. Ketika selesai melakukan hubungan seks, otak akan lebih bersedia untuk berfikir dengan jelas. Oleh itu, masa ini adalah sangat sesuai bagi suami isteri untuk berbincang tentang hal rumah tangga ketika ‘mood’ berada dalam keadaan jelas dan bersedia. Selain itu, ia memupuk dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang pada kalanya terjadinya kerengangan akibat masalah yang di hadapi.
Namun begitu, ada kalanya ia serba tidak menjadi walaupun selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kunci jawapan untuk membuka pintu ini adalah dengan mencapai orgasm hubungan seks itu sendiri. Bagi si suami, ia berkemungkinan amat mudah untuk mencapai jika keadaan dalam sihat namun berbeza bagi isteri yang pada kalanya sukar untuk mencapai orgasm pada waktu tertentu. Oleh itu, suami perlulah memainkan peranan yang serius dalam menjalankan tugas ini. Kenapa orgasm pada isteri begitu sangat penting? Seperti yang dimaksudkan dengan kunci tadi, ia adalah salah satu punca kebahagian isteri kerana orgasm merupakan faktor pengubat tekanan yang dihadapi isteri pada waktu itu dengan masalah dan situasi yang dihadapi.
Berikut adalah kenyataan yang suami perlu sedar bagi mencapai orgasm isteri
Pertama
Isteri akan rasa seronok dan gembira kerana alami perasaan yang sensasi. Per
cayalah setiap kali suami berjaya berikan isteri orgasm, isteri akan sentiasa tersenyum dan gembira. Hasilnya suami akan sentiasa di sayangi. Pada tahap ini, ia akan sentiasa meningati suami sebagai tempat bergantung harapan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian.
Kedua
Isteri akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah bukan? Namun itulah kenyataanya, isteri sebenarnya lebih mementingkan diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami adalah harta yang paling berharga buatnya.
Ketiga
Isteri akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan isteri teruja adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan sehari-harian.
Keempat
Isteri akan lebih yakin kerana telah alami hubungan yang sangat nikmat pada waktu itu melalui orgasm yang berjaya. Ia merupakan pemakin semangat kepadanya. Apabila isteri melepaskan segalanya dan menikmati kebahagiaan ketika itu melalui hubungan seks yang berjaya, sudah pastinya hal ini membuatkanya berasa lega dan bangun dengan penuh bertenaga.
Kelima
Pada ketika orgasm berjaya, isteri akan merasa tekanan seksual telah di lepaskanya. Ketika melakukan hubungan seks, suami isteri akan menyimpan ledakan seksual di hati dan fikiran masing – masing. Apabila isteri alami orgasm, ledakan seksualnya akan terlepas seperti gunung berapi yang telah lama bertapa dan mengeluarkan isinya yang panas, dan kemudiannya sejuk dan tenang.
Keenam
Isteri akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.
Ketujuh
Isteri akan rasa dirinya di cintai. Semasa hubungan seks berlangsung, dia sangat inginkan kepuasan dan apabila suami memberikan orgasm yang padu, sudah pastinya isteri akan rasa sangat di cintai dan dihargai. Seterusnya dapat memberikan impak kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada suami.
Pendek kata, suami haruslah berusaha untuk memberikan sebaik mungkin nafkah batin kepada isteri dan memastikannya betul-betul mencapai orgasm ketika hubungan seks berlangsung. Ia juga bolehlah diertikan sebagai ubat yang menyembuhi isteri yang sangat terluka dengan tekanan yang dihadapi. Oleh itu memastikan isteri mencapai orgasm adalah misi utama suami bagai mencapai seks yang berjaya,
Subscribe to:
Posts (Atom)