Search This Blog

Thursday, December 8, 2011

Pelayan Restoran Yang Seksi Habis!


 | 03/05/2011 4 Comments
  • Share

cafe%2Blu Pelayan Restoran Yang Seksi Habis! (Gambar) 

Bagi para pelanggan yang teringin sangat dengan layanan para jelitawan yang seksi, datanglah ke CAFE LU yang terletak di Santa Ana California, Amerika.Restoran ni sememangnya unik kerana mempunyai pelayan wanita yang cukup seksi dan berpakaian menjolok mata. Bagi restoran seperti ini, layanan yang diberikan memang istimewa sehingga begitu ramai pelanggan lelaki datang berulang kali ke restoran tersebut.Untuk menjadi pelayan di Restoran CAFE LU, wanita mestilah berpenampilan menarik serta bersedia untuk memakai pakaian yang seksi.Yang lebih menariknya, pakaian setiap pelayan wanita adalah berbeza-beza pada setiap hari.

148707 450710956986 118734426986 5836154 7258464 n Pelayan Restoran Yang Seksi Habis! (Gambar)
75109 450733816986 118734426986 5836841 3807622 n Pelayan Restoran Yang Seksi Habis! (Gambar)
66304 443495616986 118734426986 5717090 5662682 n Pelayan Restoran Yang Seksi Habis! (Gambar)
tiep vien cua cafe lu 6 Pelayan Restoran Yang Seksi Habis! (Gambar)

Confirm selalu datang lepas ni.. ahaksss
(Dibaca sebanyak 878 kali, 28 kali dibaca hari 

Tentang Dhia Episod 16 Full version

episod yang mendebarkan apabila dhia yang disahkan meninggal dibangkitkan semula..seolah baby yang baru dilahirkan..percayakah ini memang berlaku..saksikannya disini..




 | 07/12/2011 0 Comments
  • 15
    Share
Tentang Dhia Watch Online Tentang Dhia Episod 16 Full VideoTentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Wednesday, December 7, 2011

Rosak : Pengakuan Ketagih Seks Dalam Kalangan Remaja


By woot woot
On November 29, 2011 At 5:44 am
Category : isu semasa
Responses : No Comments
  • 2617
     

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor “PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.
Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.
Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.
Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar. Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.
Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.
Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.
Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.
Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur “SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.
Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.
Malah pernah saya pelawa SEOrang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.
Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.
Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan “SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.
Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari.Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.
Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.
Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor “TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?
Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan SEOrang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.
Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.
Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang “SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.
Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.
Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.
Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”

Tidur Dengan 20 Lelaki Kerana Mahu Mengandung


Nama wanita muda ini ialah Lara Carter, berusia 25 tahun. Dia mengaku kepada media bahawa dia begitu terdesak untuk mengandung sehingga mendorongnya meniduri 20 lelaki yang tidak dikenalinya.
Kerana kemaruk untuk mengandung, wanita muda ini juga sanggup berhabisan untuk membeli alat pengovuman (harganya 20 pounds -RM98.55) untuk mengetahui masa dia benar-benar subur sebelum keluar mencari lelaki yang mahu ditidurinya.
Pada waktu subur, Lara akan menghias dirinya agar kelihatan menawan sebelum mengunjungi bar dan kelab malam. Jika berjumpa lelaki yang dihajati, dia akan berpura-pura mabuk lalu menggoda lelaki itu untuk melakukan seks. Dia akan terlebih dahulu bertanya sama ada lelaki itu mempunyai sebarang penyakit kelamin (siapa mahu mengaku?). Jika ada kalangan lelaki itu mahu menggunakan kondom, dia akan mengambil kondom yang sentiasa dibawa dari beg tangannya. Kondom itu pula sudah ditebuk lubang. Selepas itu, berlakulah pelbagai aksi yang dilaknati Tuhan.
Obsesi Lara yang bekerja sebagai pembantu pengurus pejabat untuk mengandung dan mempunyai anak bermula sejak tahun lalu, iaitu selepas menziarahi rakannya yang melahirkan anak. Dia juga mengaku tidak mampu untuk memperoleh sperma dari tabung sperma kerana kosnya yang agak tinggi, iaitu sekitar 295m pound (RM1 454) dan kos konsultasinya mencecah 2000 pounds atau RM9 858.

‘Perak Darul Kartun’ Hina Perak

'Perak Darul Kartun' Hina Perak


    December 6, 2011
    17 Comments

    1584
    11
    1
    1599
    share

    IPOH – Kenyataan ‘Perak Darul Kartun’ oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu majlis pada September lalu dianggap sebagai menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja.
    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap tersebut perlu dijadikan pengajaran oleh rakyat Perak dalam menilai golongan yang mereka mahu `angkat’ sebagai pemimpin di negeri ini.
    “Pemimpin macam ini ke yang perlu diikut sedangkan kata-katanya yang menggelar `Perak Darul Kartun’ itu sendiri telah menghina Perak,” katanya di sini hari ini.
    Zambry berkata, Kor Ming yang juga Anggota Parlimen Taiping tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau sepatutnya menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.
    Sementara itu, katanya, cadangan supaya semua wakil rakyat UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan kesetiaan kepada UMNO tidak perlu dilakukan.
    Menurutnya, cadangan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir itu dilihat tidak akan membawa sebarang kesan.
    Pada 5 Disember lalu media melaporkan Mukhriz mencadangkan supaya semua wakil rakyat UMNO dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan mereka untuk terus bersama parti walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
    Mukhriz dipetik sebagai berkata, cadangan berkenaan adalah susulan daripada ikrar taat setia yang dilafazkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.
    Kata Mukhriz menerusi syor itu, mereka yang didapati melanggar ikrar secara bertulis tersebut akan berhadapan dengan tindakan disiplin

    Tuesday, December 6, 2011

    Dikubur tanah

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
    TERTIMBUS...anggota bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Gambar kecil, Amir, maut.
    TERTIMBUS...anggota bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Gambar kecil, Amir, maut.
    JELI: Seorang pekerja kontrak yang sedang mencangkul bagi meratakan tanah dalam lubang sedalam 1.5 meter bagi kerja penggantian paip lama, di Kilometer 81, Kampung Air Puteh, Lakota, dekat sini, terbunuh akibat tertimbus tebing lubang berkenaan yang runtuh, pagi semalam.
    Kejadian jam 10.50 pagi itu berlaku ketika remaja berkenaan, Mohamad Amir Mohd Azmi, 14, bersama empat pekerja lain melakukan kerja penggantian paip lama apabila tebing lubang yang dikorek menggunakan jengkaut sebelum itu, runtuh.
    Kemalangan menyebabkan mangsa yang tidak bersekolah parah di kepala dan patah tulang rusuk kanannya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Menurut saksi, Mohd Shukri Mohd Rashid, 19, tanah di sebelah kanan Mohamad Amir runtuh tiba-tiba dan menimbus seluruh tubuhnya.


    Mohd Shukri yang juga sepupu mangsa berkata, dia serta rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas dan ketika ketika itu, dia berada dua meter dari Mohamad Amir.



    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Meraung ratap anak hanyut

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
    USUNG...jenazah mangsa dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Hospital Tanah Merah.
    USUNG...jenazah mangsa dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Hospital Tanah Merah.
    TANAH MERAH: Seorang wanita hanya mampu meraung memanggil nama anaknya yang hilang dihanyutkan arus deras di Lata Hujan, Ulu Kusial, di sini, selepas gagal menarik tangan kanak-kanak itu yang terkapai-kapai dalam air, kelmarin.
    “Saya cuba menyelamatkan Irfan dengan menarik tangannya, tetapi air terlalu deras menyebabkan dia hanyut sebelum hilang daripada pandangan,” kata Aznira Abdullah, 37, ibu kepada Muhammad Irfan Anuar, 12.
    Dalam kejadian jam 4 petang itu, kegembiraan Aznira membawa dua anaknya berkelah di pusat rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila Muhammad Irfan maut dihanyutkan arus deras.

    Berikutan itu, usaha mengesan mangsa digerakkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ).


    Misi menjejaki mangsa berakhir lebih enam jam kemudian apabila mayat Muhammad Irfan ditemui pada jam 10.37 malam, sejauh 50 meter dari tempat dia terjatuh dan hanyut.



    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

    erita | Tempatan

    Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

    addthis kongsi icon
    Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

    Media Galeri

    Teks Oleh: zyzamani
    Email:zyzamani22@gmail.com
    Foto Oleh:Mazlan Yunos Photography

    KUALA LUMPUR,2 DIS 2011: Meskipun hujan lebat mengiringi Konsert Pitbull Live In Malaysia yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat peminat penyanyi rap tersebut untuk berundur mencari tempat berteduh.
    Sebaliknya, peminat penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang dianggarkan lebih 5,000 orang itu, sanggup berhujan dan basah menanti kehadiran Pitbull yang muncul di pentas sekitar jam hampir 10·30 malam.
    Tampil dengan gaya smart bersut hitam, nyata aura penyanyi berimej botak itu, bukan sedikit. Peminatnya menjerit keriangan tatkala menyaksikannya berada di pentas.
    Bijak mengawal keadaan dan menghargai peminat yang hadir meskipun hujan lebat, Pitbull beberapa kali mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta sanggup basah kuyup untuk dirinya.
    Tidak membazir waktu Pitbull lebih selesa bersilih ganti mendendangkan lagu-lagu popular nyanyiannya serta lagu-lagu kolaborasinya bersama artis lain seperti I Know You Want Me, Give Me Everthing, Rain Over Me, I Like It, On The Floor dan banyak lagi.
    Tidak hanya menyanyi, rappers berusia 30 tahun ini juga turut memperlihatkan bakat tariannya yang amat menghiburkan. Gaya lincah dan bertenaganya sepanjang konsert yang berdurasi hampir sejam itu cukup menghiburkan.
    Malah peminat yang hadir juga cukup sporting dan mengikut segala permintaan yang diminta oleh penyanyi tersebut antaranya meminta mereka menyanyi dan menari bersamanya.
    Lantas harga tiket serendah rm138 dan termahal rm398 yang dikenakan oleh penganjur JS Concert dan Digi amat berbaloi kerana peminat nyata terhibur dengan persembahan yang cukup energetik oleh penyanyi berkenaan.
    Terdahulu peminat disajikan dengan persembahan pembukaan oleh Mizz Nina yang mendendangkan tiga buah lagu antaranya What You Waiting For.
    Apa pasti, sememangnya konsert Pitbull Live In Malaysia meninggalkan kenangan manis buat peminat yang sekaligus masih lagi mahu penghibur tersebut kembali berkunjung ke sini.