Nama wanita muda ini ialah Lara Carter, berusia 25 tahun. Dia mengaku kepada media bahawa dia begitu terdesak untuk mengandung sehingga mendorongnya meniduri 20 lelaki yang tidak dikenalinya.
Kerana kemaruk untuk mengandung, wanita muda ini juga sanggup berhabisan untuk membeli alat pengovuman (harganya 20 pounds -RM98.55) untuk mengetahui masa dia benar-benar subur sebelum keluar mencari lelaki yang mahu ditidurinya.
Pada waktu subur, Lara akan menghias dirinya agar kelihatan menawan sebelum mengunjungi bar dan kelab malam. Jika berjumpa lelaki yang dihajati, dia akan berpura-pura mabuk lalu menggoda lelaki itu untuk melakukan seks. Dia akan terlebih dahulu bertanya sama ada lelaki itu mempunyai sebarang penyakit kelamin (siapa mahu mengaku?). Jika ada kalangan lelaki itu mahu menggunakan kondom, dia akan mengambil kondom yang sentiasa dibawa dari beg tangannya. Kondom itu pula sudah ditebuk lubang. Selepas itu, berlakulah pelbagai aksi yang dilaknati Tuhan.
Obsesi Lara yang bekerja sebagai pembantu pengurus pejabat untuk mengandung dan mempunyai anak bermula sejak tahun lalu, iaitu selepas menziarahi rakannya yang melahirkan anak. Dia juga mengaku tidak mampu untuk memperoleh sperma dari tabung sperma kerana kosnya yang agak tinggi, iaitu sekitar 295m pound (RM1 454) dan kos konsultasinya mencecah 2000 pounds atau RM9 858.
No comments:
Post a Comment