Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

erita | Tempatan

Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

addthis kongsi icon
Tenaga Dansa Pitbull Dalam Hujan

Media Galeri

Teks Oleh: zyzamani
Email:zyzamani22@gmail.com
Foto Oleh:Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR,2 DIS 2011: Meskipun hujan lebat mengiringi Konsert Pitbull Live In Malaysia yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat peminat penyanyi rap tersebut untuk berundur mencari tempat berteduh.
Sebaliknya, peminat penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang dianggarkan lebih 5,000 orang itu, sanggup berhujan dan basah menanti kehadiran Pitbull yang muncul di pentas sekitar jam hampir 10·30 malam.
Tampil dengan gaya smart bersut hitam, nyata aura penyanyi berimej botak itu, bukan sedikit. Peminatnya menjerit keriangan tatkala menyaksikannya berada di pentas.
Bijak mengawal keadaan dan menghargai peminat yang hadir meskipun hujan lebat, Pitbull beberapa kali mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta sanggup basah kuyup untuk dirinya.
Tidak membazir waktu Pitbull lebih selesa bersilih ganti mendendangkan lagu-lagu popular nyanyiannya serta lagu-lagu kolaborasinya bersama artis lain seperti I Know You Want Me, Give Me Everthing, Rain Over Me, I Like It, On The Floor dan banyak lagi.
Tidak hanya menyanyi, rappers berusia 30 tahun ini juga turut memperlihatkan bakat tariannya yang amat menghiburkan. Gaya lincah dan bertenaganya sepanjang konsert yang berdurasi hampir sejam itu cukup menghiburkan.
Malah peminat yang hadir juga cukup sporting dan mengikut segala permintaan yang diminta oleh penyanyi tersebut antaranya meminta mereka menyanyi dan menari bersamanya.
Lantas harga tiket serendah rm138 dan termahal rm398 yang dikenakan oleh penganjur JS Concert dan Digi amat berbaloi kerana peminat nyata terhibur dengan persembahan yang cukup energetik oleh penyanyi berkenaan.
Terdahulu peminat disajikan dengan persembahan pembukaan oleh Mizz Nina yang mendendangkan tiga buah lagu antaranya What You Waiting For.
Apa pasti, sememangnya konsert Pitbull Live In Malaysia meninggalkan kenangan manis buat peminat yang sekaligus masih lagi mahu penghibur tersebut kembali berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment