Friday, October 28, 2011
Linda, Syed Aiman, Diana dan Zamarul Aidilfitri Makin Bermakna Buat Kami!
Dalam kesibukan umat Islam menyambut Aidilfitri, Linda Rafar dan Syed Aiman kini sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka dan kelahiran anak ke empat bagi Linda Rafar.
“Aidilfitri kali ini merupakan perayaan berganda bagi kami kerana di samping menyambut hari raya kami juga bakal meraikan kelahiran anggota baru dalam keluarga. Memang saya sudah sarat dan sedang menunggu masa untuk melahirkan, kerana saya dijangka melahirkan pada awal September ini.
“Kerana keadaan saya yang sudah sarat, setelah berbincang, kami memutuskan untuk menyambut hari raya di Shah Alam sahaja, memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan,” ujar Linda yang kelihatan tetap bertenaga biar sedang menanti hari melahir kan anak keempatnya.
Memandangkan Linda dan Syed Aiman beraya di Shah Alam sahaja maka mereka telah merancang untuk menyewa hotel di sekitar Lembah Klang sambil meng habiskan cuti raya bersama anak-anak.
“Itu sahajalah perancangan yang boleh kami lakukan sebab kalau nak melalui perjalanan jauh pun susah juga dalam keadaan saya yang sedang sarat ini. Jadi kami mengambil keputu san untuk bercuti sahaja.
Dapatlah kami meluang lebih banyak masa dengan anak-anak kerana sebelum ini kami selalu sibuk dengan urusan perniagaan.
“Selalunya kami akan meng ambil peluang cuti raya yang panjang ini untuk pulang ke kampung hala man Syed di Kelantan tetapi kali ini hasrat itu terpaksa dipendamkan. Bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja asalkan dapat merayakan bersama ahli keluarga,” ujar ibu kepada Rezaril Keifl in, 11, Rezaiman Keifl in, 9 dan Syed Rezaqiib Syed Aiman, 3.
Bercerita tentang hari lebaran sudah tentu tidak lengkap tanpa berbicara juadah hari raya. Pastinya pelbagai hidangan lazat dan menyelera kan sedia terhidang di atas meja sebagai santapan.
“Pada hari raya pertama, saya dan adik beradik akan berkumpul di rumah ibu saya di Shah Alam. Lagi pun selepas ayah meninggal dunia, kami adik beradik lebih banyak meng habiskan masa dengan ibu agar dia tidak rasa kesunyian.
“Antara hidangan wajib disediakan di pagi raya ialah nasi beriani Johor dan ayam masak merah yang dimasak sendiri oleh ibu. Ibu saya memang pakar memasak nasi beriani Johor sebab itulah kalau hari raya, kami semua tak sabar-sabar nak rasa nasi beriani ibu.
“Selain itu hidangan-hidangan lain yang ada di pagi raya ialah ketupat, sambal sotong dan kuih-muih yang lain. Biasanya untuk kuih-kuih moden, kakak saya yang rajin buat dan ada juga yang kami beli,” ujar Linda yang merupakan duta produk Serambi Emas dan yang terbaru sebagai duta produk kecantikan wajah, C’Est Belle.
Masih Mengharap Dapat Anak Perempuan
Tentang persediaan raya pula menurut Linda, dia sebenarnya sudah membuat persiapan lebih awal terutama dari segi pakaian. Sememangnya tugas menyediakan persiapan raya diserahkan sepenuhnya kepada Linda.
“Syed sibuk dengan kerja, jadi sayalah yang perlu membuat semua persiapan raya. Tahun ini tema baju raya kami warna hijau lumut. Lagi pun saya perlu buat persiapan awal memandangkan Syed pergi menunaikan umrah di tanah Suci Makkah beberapa hari sebelum menjelang Ramadan selama dua minggu.
“Kalau bercakap tentang sajian hari raya, Airil suka sangat makan ketupat manakala Maman (panggilan mesra untuk Rezaiman) pula jenis tak memilih sebab makan apa sahaja yang dihidangkan kepadanya,” jelas ibu muda yang jelita ini.
Walau pun mengharapkan kelahiran kali ini anak perempuan namun akui Linda dan Syed, mereka tidaklah berasa hampa apabila kandungan kali ini juga disahkan anak lelaki.
“Kalau boleh semua pasangan inginkan anak lelaki dan anak perempuan, tetapi kami belum lagi berpeluang untuk memiliki anak perempuan buat masa ini. Saya tidak kisah dapat anak lelaki atau anak perempuan tetapi kalau dapat anak perempuan ia satu bonus buat kami berdua.
“Pernah juga doktor menyarankan kami menjalani kaedah IVF bagi memilih jantina anak tetapi saya dan Syed menolak kerana kami mahu kelahiran anak kami berlaku secara semula jadi selain tidak mahu dianggap melawan takdir
“Namun Syed mahukan seorang lagi anak selepas ini. Itu pun dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi kerana dia masih meng harapkan yang kami mampu mendapatkan anak perempuan. Insya Allah. Doa-doakanlah ye,” ujar Linda ceria.
Bagi Diana Rafar, Aidilfi tri kali ini merupakan kali pertama beraya sebagai ibu. Nyata Diana begitu teruja sekali untuk menyambut hari lebaran bersama cahaya mata sulungnya, Kashfi Haiqal atau panggilan manjanya, Kash yang kini berusia 10 bulan.
“Bagi saya, bila sudah ada anak, tentu sekali saya akan lebihkan persediaan untuk Kash. Untuk diri sendiri dan juga suami, kami lebih suka bersederhana.
“Untuk baju raya, kami sudah tempah lima helai baju raya dan Insya-Allah warna tema baju raya kami tahun ini ialah kuning. Sebenarnya seronok melihat anak membesar di depan mata. Saya tidak mahu terlepas peluang melihat Kash membesar kerana ia adalah pengalaman yang cukup berharga bagi seorang ibu,” ujar Diana yang mengakui bahawa Kash masih lagi menyusu badan sehingga kini.
Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal, Diana sedikit tersentuh. Tahun ini genap enam tahun ayahnya meninggal dunia. “Selepas menyambut hari raya bersama keluarga, kami akan pergi menziarahi pusara ayah yang terletak di Seksyen 21, Shah Alam. Walau pun sudah enam tahun ayah meninggalkan kami semua, namun kenangan bersama arwah ayah tetap dalam ingatan.
“Namun yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Sebagai anak, kami adik beradik memang rapat dengan ayah. Doa kami moga ayah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Momen indah bersama ayah akan tetap kekal dalam ingatan kami semua,” jelas Diana sambil memangku Kash yang kelihatan semakin lasak.
Apabila ditanya tentang kerjayanya dalam dunia lakonan, ujar pelakon yang terkenal dalam slot legenda, Nenek Kebayan, buat masa ini, dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada anak sulungnya.
“Kalau hendak diikutkan, memanglah saya rindu sangat hendak berlakon, tetapi oleh kerana Kash masih kecil dan masih lagi menyusu badan, saya terpaksa menolak tawaran untuk berlakon. Memang saya ada menerima beberapa tawaran lakonan tetapi saya tolak sebab saya tak sanggup berjauhan dengan Kash. Lagi pun saya tiada pembantu rumah. Saya lebih selesa menjaga Kash sendiri.
“Saya akan terima tawaran berlakon telemovie kerana tidak memerlukan masa lama. Selain itu lokasi penggambaran juga perlu diambil kira. Kalau di sekitar Lembah Klang, saya akan pertimbangkan. Beri masa pada saya untuk membesarkan Kash terlebih dahulu dan selepas ini barulah saya dapat menumpukan perhatian dalam dunia lakonan semula,” jelas Diana yang teringin hendak melakon kan watak sebagai seorang ustazah.
Sibuk Buat Persiapan Raya Untuk Kash
Bagi Zamarul pula, sungguh pun ini bukan kali pertama bergelar ayah, namun keteru ja annya sama seperti ketika pertama kali men dapat cahaya mata. Lagipun menurut Zamarul, sudah lama dia tidak menimang anak kecil sehinggalah terbinanya mahligai bahagia bersama Diana.
“Sungguh kehadiran Kash, benar-benar memberi sinar bahagia kepada saya dan Diana. Sudah agak lama saya tidak mempunyai anak kecil. Jadi bila sudah ada anak kecil sekarang, sukar untuk digambarkan perasaan saya.
“Bagaimanapun saya sedikit terkilan kerana tahun ini saya tidak dapat beraya dengan anak sulung yang saya jaga sejak kecil. Selama 12 tahun saya menjaganya, kini bekas isteri telah mengambilnya semula tanpa pengetahuan saya. Namun saya berharap agar saya berpeluang menyambut hari raya bersamanya di lebaran ini,” ujar Zamarul yang turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama iaitu Izatt Haiqal,12 Iqmal Haiqal,8.
Dalam pada itu aktor yang terkenal dengan watak Farid dalam slot Samarinda, Anissa, mengakui dia sebenarnya tidak sabar untuk menyambut hari lebaran dengan Kash, hasil perkahwinannya dengan Diana.
“Aidilfitri kali ini paling meriah buat kami berdua, kerana pertama kali dapat sambut raya dengan Kash. Paling seronok ketika membuat persiapan raya. Memang keutamaan kami untuk Kash.
“Kalau dahulu sebelum ada anak, kami sibuk buat persiapan untuk diri sendiri tetapi bila sudah ada anak, lain pula perasaannya. Yang paling ‘excited’ beli baju raya sudah tentulah Diana. Mungkin inilah yang dinamakan keseronokan menjadi ibu bapa.
Pendek kata persediaan untuk diri sendiri jatuh nombor dua,” jelas Zamarul yang mengambil kesempatan untuk berehat panjang ketika menyambut Aidilfi tri tahun ini. Jika Diana gemar makan nasi beriani Johor di pagi raya, Zamarul juga tidak ketinggalan punya menu hidangan kegemarannya.
“Hidangan kesukaan saya, kuah lodeh, udang masak sambal dan kuah kacang hasil tangan mak saya. Pendek kata apa sahaja makanan yang dimasak mak, semuanya menjadi kegemaran saya dan juga adik beradik lain. Saya tidak begitu sukakan biskut.
“Oleh kerana tahun lepas kami beraya di Bangi, maka tahun ini kami akan beraya di Shah Alam di rumah keluarga Diana pula. Biasanya malam raya kami sudah berada di Shah Alam. Kami akan pulang ke Bangi pada petang hari raya untuk bertemu dengan keluarga saya. Saya merupakan anak lelaki tunggal daripada empat orang adik beradik,” ujar Zamarul yang mengakui ketika zaman kanak-kanaknya dia tidak kenal pun meriam buluh gara-gara dilarang sama sekali bermain permainan seperti itu.
Labels:
artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment