Search This Blog

Friday, October 28, 2011

Lelaki Cepat Letih Akibat Kurang Gh

Kelaziman di usia 20-an, lelaki memiliki kehidupan yang aktif. Namun sebaik umur mencecah angka 50, ramai kalangan kaum Adam ini mula kekurangan tenaga dan lebih senang untuk duduk bersahaja dengan alasan tidak lagi larat.




Hakikatnya, gejala yang dialami lelaki berusia 50-an ini mungkin disebabkan oleh kekurangan ‘growth hormone’ (Gh). Untuk membuktikannya, ujian pengesanan aktiviti Gh dalam darah boleh dilakukan. Di makmal dua ujian boleh dibuat bagi memeriksa paras Gh iaitu GH assay dan IGF 1 assay.



IGF 1 merupakan molekul yang dihasilkan oleh hati. Ia saling bertindak dengan Gh bagi menjalankan fungsinya. IGF 1 merupakan kaedah mengesan aktiviti Gh yang baik.



Kebelakangan ini kebanyakan makmal mempunyai khidmat bagi mengesan pelbagai paras hormon dalam darah dan ia menjadi semakin penting apabila kadar populasi warga emas semakin bertambah. Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di otak. Kegunaannya ialah untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa Gh berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Manakala bagi orang dewasa pula ia memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.



Pada usia 30-an, jumlah Gh yang dirembes oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia 50-an kekurangan ketara akan berlaku. Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.



Peranan Gh

Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.

Simptom kekurangan Gh akibat penuaan :

• Rambut menjadi tipis.

• Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur bibir tampak nipis tulang hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah kelihatan kusam.

• Leher kulit menggeleber pada leher.

• Tangan semakin halus dan meruncing. Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.

• Berasa kurang sihat.

• Keyakinan diri merosot.

• Kurang efisien dalam menjalani tugasan harian.

• Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan.

• Memerlukan tidur yang lebih banyak dari biasa dan mudah letih jika kurang tidur.

• Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.

• Mudah berasa sejuk.

• Mengalami masalah seksual. • Risiko penyakit masalah jantung dan darah tinggi, peningkatan dalam kadar kolesterol dalam darah, kegemukan dan kencing manis jenis 2.



Selepas rawatan, pesakit akan merasa dirinya berasa lebih tenang. Ini adalah kerana Gh mempunyai pengaruh yang besar ke atas sistem parasimpatetik tubuh iaitu saraf-saraf yang memberi kesan tenang kepada tubuh.



Teknik gaya hidup juga boleh membantu meningkatkan kandungan Gh. Mengambil kalori yang mencukupi bagi tubuh kita, diet yang terlalu ketat bertahun-tahun menjadikan seseorang terlalu kurus dan cepat tua. Diet mestilah mengandungi daging, telur dan ikan.



Elakkan pengambilan alkohol, makanan bercuka dan kafein. Begitu juga dengan makanan manis bergula dan makanan berasaskan tenusu. Jangan merokok dan mengambil sebarang dadah. Pastikan tidur mencukupi dan tidak stres. Sebaiknya juga jaga kesihatan agar produktif dan tidak bergantung kepada sesiapa pun untuk menjalani kehidupan di usia tua.
 

No comments:

Post a Comment