KL, 24 OKT 2011: Pelbagai spekulasi Murai Batu dengar
mengenai perpisahan penyanyi kacak, Anuar Zain bersama pengurusnya
Rohila Tahir. Ada yang kata sebab Rohila Tahir seorang yang suka
mengongkong, ada pula dalam surat khabar semalam yang mengatakan Rohila
membomohkan Anuar Zain, itulah, inilah...
Susah untuk Murai Batu nak percaya semua perkara yang dikatakan kerana
mengenali Rohila Tahir, dia seorang yang senang nak berkerjasama
meskipun ramai yang cakap dia kekwat kalau nak berurusan dengan Anuar
Zain. Ada yang kata Rohila diberhentikan kerana mereka bergaduh besar,
ada pula yang kata dia sendiri letak jawatan.
Tapi maklumat yang teman Murai Batu sampaikan kepada Murai Batu pula
berlainan. Sememangnya Anuar dan Rohila tidak lagi berjalan seiringan
ini dah lama. Cuma Anuar mengambil masa yang lama untuk mengambil
pengurus baru disebabkan beberapa perkara. Mungkin, setelah 10 tahun
barulah Anuar Zain merasakan inilah waktu yang sesuai untuk
direalisasikan.
Sebab utama membuatkan Anuar dan Rohila tidak lagi bersama khabarnya
kerana melalui urusan kerja antara mereka telah pun bertukar kepada
cinta. Rohila dikatakan telah pun terjatuh cinta dengan artis yang
diuruskannya. Anuar nyata terkejut dan tak dapat menerima perkara
tersebut. Selain itu, beberapa perkara lain timbul yang membuatkan Anuar
lelah dengannya.
Perkara tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu. Dek kerana itu,
teman Murai Batu memberitahu Anuar memang mencari masa yang sesuai untuk
tidak lagi dengannya. Lantas, perpisahan antara mereka ini bukanlah
satu cerita yang memeranjatkan. Pihak terdekat dengan Anuar sudah pun
sedia maklum mengenainya.
Mendengar cerita tersebut membuatkan Murai Batu berfikir dua kali
kesahihannya. Siapalah tak akan terjatuh cinta dengan Anuarkan?. Mungkin
ada benarnya kalau dah setiap hari berjumpa mestilah perasaan cinta itu
akan berputik.
Apa pun yang berlaku, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Harapan
Murai Batu semoga Anuar dan bekas pengurusnya akan menjalani kehidupan
yang lebih ceria selepas ini.
No comments:
Post a Comment