Kalau korang rajin menonton drama Jiwa dan Lara di TV3,
di mana Aaron Aziz berlakon bersama Neelofa dan Fauzi Nawawi, pasti
menonton watak Zaman yang dilakonkan oleh beliau. Aaron bukan saja boleh
membawakan watak protagonis, malah antagonis dengan berkesan sekali.
Orang kata, memang jahat gila dia dalam drama tersebut, tapi macam tu
pun peminat-peminat wanita masih cair dengan kesegakannya.
Aaron Aziz akan muncul dalam filem berbahasa Inggeris, Prince of the City yang diarahkan oleh pelakon 90′an, Roslan Hussin. Jangan dikelirukan dengan filem ini
pula. Aaron dikhabarkan memegang watak sebagai seorang pembunuh upahan
Michael Madsen, untuk membunuh watak yang dilakonkan oleh Jehan Miskin.
Pelakon-pelakon lain yang terlibat dengan filem ini ialah Julian Cheah,
Tara Wallers dan Yang Kassim. Lagi 12 keping gambar dari Prince of the
City dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada We Love Aaron Aziz.
***
Saksikan Teater Bangsawan Kemala Sakti Kesuma Ningrat pada 28, 29 dan 30 Oktober ini di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, 8.30 malam. Untuk tempahan tiket, hubungi 03-20523600
No comments:
Post a Comment