Search This Blog

Friday, October 28, 2011

Cara Berdepan Wanita Banyak Cakap

Mulut celupar, banyak cakap, kaki kecoh atau pelbagai gelaran lain biasanya ditujukan kepada golongan wanita. Malah acap kali, wanita sebegini dianggap kurang berakal kerana terlalu emosi.




Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana wanita mudah mengeluarkan katakata menyakitkan hati. Mulut mereka juga agak lepas bercakap tanpa memikirkan apa yang dikatakan itu menyakitkan hati orang lain atau tidak.



Karakter lelaki pula biasanya lebih ‘cool’, jarang marah tanpa sebab munasabah. Biarpun begitu ada kalanya teori ini tidak benar kerana ada juga lelaki yang panas baran. Tidak hairanlah lelaki diangkat sebagai pemimpin baik dalam kerjaya mahu pun rumah tangga. Jika kuasa “memimpin rumah tangga” diberi kepada wanita, nescaya banyak lelaki yang akan mengunjungi mahkamah syariah diceraikan isteri kerana wanita mudah emosi dalam berkata-kata.



Seorang ahli psikologi memberitahu, kemarahan, agresif dan kedegilan adalah satu sifat kelemahan yang ditunjukkan oleh lelaki mahu pun wanita. Mereka yang memiliki personaliti sebegini adalah sebagai satu cara di mana mereka mahu menunjukkan ‘kekuatan’ di hadapan orang lain meski pun di mata orang lain, ia adalah satu kelemahan.



Namun bagi lelaki, berhadapan dengan wanita yang lantang mengeluarkan pendapat adalah satu kelebihan kerana wanita ini dilihat berani mengeluarkan kata-kata biar pun ada kalanya perkataan yang terkeluar itu menyakiti hati orang lain. Sesetengah wanita lebih gemar bersikap pasif dan hanya bersetuju dengan kata-kata lelaki biarpun kata-kata itu salah dan menyakitkan hati mereka sendiri.



Lelaki suka wanita banyak cakap?

Tahukah anda mengapa lelaki sukakan wanita yang banyak cakap? Lelaki menyukai wanita sebegini kerana mereka mudah berbahas sesuatu perkara. Ia biasanya merangkumi pelbagai topik termasuk soal hubungan yang ideal, kos-kos perbelanjaan rumah tangga, sikap pasangan dan sebagainya.



Berbahas dengan wanita yang banyak cakap tentang topik ini dianggap sangat menarik. Sementara itu lelaki sebenarnya sangat bosan bercerita kepada wanita yang hanya menurut kata dan mengangkat darjat lelaki sebegitu tinggi.

No comments:

Post a Comment