Search This Blog

Thursday, October 27, 2011

Irma Hasmie dengan Imej baru..Alhamdulillah perubahan yg membawa kpd kebaikan...Moga berterusan niat Suci ini..Insyaallah..Amin..



Gambar Irma Hasmie dan Nurul Iman, mereka berdua ni adalah pengacara bagi rancangan realiti baru Solehah. Solehah adalah program realiti TV berhasrat untuk melahirkan barisan Muslimah yang mempunyai ciri dan sifat seorang solehah dan mampu menjadi ikon kepada wanita lain.
Solehah akan menemui penonton di TVAH (Saluran 114 Astro) bermula 23 September ini sebanyak 13 episod. Ia akan disiarkan secara langsung pada setiap Jumaat dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
“Seramai empat tenaga pengajar akan membimbing peserta iaitu Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Ustazah Norsalehah Mohd Saleh; Pensyarah Pengajian Islam Universiti Teknologi Kuala Lumpur, Ustazah Norhafizah Musa; Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Ustazah Suriani Sudi serta Pengarah Pemasaran & Korporat Sri Munawwarah Design, Haslina Mohd Ali,” katanya.
Tidak ketinggalan, barisan juri yang akan menilai pencapaian peningkatan peserta setiap minggu pula terdiri daripada tiga tokoh akademik terkenal iaitu Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail; Pensyarah di Fakulti Pendidikan Psikologi & Kaunseling UM, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor serta Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Isfadiah Mohd Dasuki.
Peserta Solehah yang bersaing adalah Amie Sofia Ahmad, 25 dari Kedah; Wan Suhaili Wan Mohd Yusof , 24, (Terengganu); Mariyam Sa’ari, 24, (Terengganu); Sarah Azizul, 25, (Selangor); Renny Johnnuin, 21, (Sabah); Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23, (Terengganu); Siti Adibah Zelkefly, 21, (Sarawak); Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, (Kedah); Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, (Pahang) dan Rosmarieza Rafiee, 25, (Melaka).
Gambar Irma Hasmie dan Nurul Iman untuk tatapan anda semua selepas ini.. manisnya…





No comments:

Post a Comment