KUALA LUMPUR – Aktres yang tidak pernah kering dengan kontroversi, Fasha Sandha kali ini tampil berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar belakang badannya.
Laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com menyiarkan gambar-gambar eksklusif Fasha Sandha yang hadir di majlis pelancaran majalah LISA dan mengenakan pakaian merah menjolok mata yang dikatakan ‘sesuai dengan potongan badannya’.
Mungkin ‘takjub’ dengan fesyen pakaian aktres itu, pemilik laman blog tersebut tidak tahu untuk menamakan fesyen yang digayakan oleh Fasha dan hanya mampu menyifatkannya sebagai “awesome”, mungkin sekadar untuk propa.
“Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome dikenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani dan sesuai dengan tubuh badan’nya,” komen pemilik laman hiburan itu.
Fasha pernah menimbulkan gosip hangat apabila gambar dia berbikini di sebuah pulau di luar negara tersebar di internet.
Sebelum ini, beberapa selebriti tanahair seperti Linda Jasmin, Miera Liyana dan Amanda Imani teruk ‘dibelasah’ peminat industri hiburan tanahair kerana mendedahkan bahagian belakang mereka di majlis-majlis keraian.
Fasha Sandha dijangka turut akan menerima nasib yang sama.
Merujuk kepada gambar yang tersiar tersebut, adalah sangat mengejutkan untuk melihat Fasha Sandha yang seakan-akan sudah menambah berat badan di mana beberapa bahagian belakangnya mendedahkan lemak-lemak berlebihan.
Mungkin Fasha kena pergi gym kot lepas ni.
Enggan memberikan komen lanjut, Mynewshub.my siarkan gambar-gambar Fasha Sandha buat pembaca membuat penilaian sendiri.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
dah macam artis bollywood..malaysia sudah tukar kepada india....fikir2kan dan renung2kan lah..