Search This Blog

Thursday, March 15, 2012

Melebatkan Rambut Secara Tradisional





Petua 1:
Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.

Petua 2:
Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.

Petua 3:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Petua 4:
Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

Petua 5:
Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.

Petua 6:
Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.

Petua 7:
Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
 

Petua Menghilangkan RESDUNG



Petua 1:
1. Sedikit akar terung kemar
2. Sedikit akar mengkunyit
3. Akar melur susun
4. Akar melur biasa
5. Kemenyan
Caranya:
Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.

Petua 2:
• Hiris halus 3 biji bawang merah.
• Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
• Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
• Wapkan ke muka anda.

Petua 3:
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya

Petua 4:
1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.
2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.
3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.
4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.
5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.
 

Manohara Dakwa Gambar Seksi Berparti Telah Diedit [2 Gambar]


Rasanya anda kenal dengan Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak itu Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan modelling di Indonesia. Gambar-gambar terbaru Manohara berparti telah tersebar di Internet. Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya dan gambar-gambarnya sedang diambil.

Walaupun di Indonesia,gambar-gambar tersebut tetap menimbulkan sedikit kekecohan, namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang itu mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit. Biasalah, alasan standard, tapi anda sendiri boleh menilai keasliannya. Lagi 3 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. – nara