Search This Blog

Thursday, April 28, 2011

Manalah Ku Tahu - u.k's

PANJI - Semilir

Ini Cinta Ku Yang Pertama - Versi

Masalah pendengaran (TINNITUS)

Tinnitus berlaku apabila anda mendengar beberapa suara yang hanya boleh didengari oleh diri anda sahaja. Berlainan pesakit akan mendengar berlainan suara seperti bunyi deringan, bunyi "buzz" atau pelbagai lagi suara yang kompleks.

Tinnitus boleh menjadi suatu bunyi yang berselang seli atau berterusan, dengan nada yang tunggal atau banyak dan julat volumnya boleh menjadi lembut sehingga yang paling kuat.



PUNCA TINNITUS

Sebarang gangguan telinga boleh menyebabkan Tinnitus. Beberapa contoh yang biasa bagi tinitus adalah:





1. Kehilangan pendengaran atau pekak yang disebabkan usia, kebiasaanya bermula sekitar berusia 60 tahun.

2. Kerosakan daripada pendedahan bunyi bising yang terlalu lama. Hakisan pada pendengaran mungkin disebabkan pendedahan melampau bunyi bising pada tempoh yang terlalu lama.

3. Jangkitan telinga atau sinus. T‌innitus ini akan berkurangan dan akan hilang selepas jangkitan telinga ini pulih.

4. Tekanan darah tinggi dan punca tekanan darah tinggi seperti stress, alkohol dan kefein boleh menjadikan bunyi mudah untuk dikesan.

5. Penggunaan ubatan tertentu terlalu lama. Penggunaan ubatan seperti aspirin dalam dos yang banyak dan beberapa jenis antibiotik boleh memberi kesan kepada sel-sel dan saraf telinga dalaman.



PUNCA YANG JARANG BERLAKU

1. Satu tumor yang tidak berbahaya pada saraf pendengaran.



HILANG PENDENGARAN JENIS KONDUKTIF

Bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar ke otak melalui tulang mastoid dan bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas.



Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik, memprosesnya dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran ke otak. Walaupun kemudiannya getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah.



Hilang pendengaran jenis konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.



PUNCA:

Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu, faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.



Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsilitis dan jangkitan dihidung dan tekak. Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya



Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60 dB disemua frekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran di antara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.



HILANG PENDENGARAN JENIS SENSORINEURAL:

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal.



Walaubagaimanapun, ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran. Ianya melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana:



Pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) dan siplis/syphilis (lelaki).



Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pil Thallidomide (mengelak alahan).



Kedua, semasa kelahiran seperti kurang berat badan, anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning).



Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic atau bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing).



Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi.



HILANG PENDENGARAN JENIS CAMPURAN:

Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.



Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction).

sentuhan tangan ajaib



Amalkan membaca ayat 200 dari surah ALI ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air. Pasti anda akan sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa sahaja yang makan dan minum hasil air tangan anda.

Petua Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.



2. Ambil Wudhuk

Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.



3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.



4. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.



5. Cukup Rehat dan Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.



6. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.

Koleksi Petua Menghilangkan RESDUNG

Petua 1:

1. Sedikit akar terung kemar

2. Sedikit akar mengkunyit

3. Akar melur susun

4. Akar melur biasa

5. Kemenyan

Caranya:

Ø Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .

Ø Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya diwaktu malam.



Petua 2:

* Hiris halus 3 biji bawang merah.
* Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.
* Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.
* Wapkan ke muka anda.

Petua 3:

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

2. Picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

4. Seterusnya anda basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya



Petua 4:

1. Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak.

2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya. Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung.

Petua Untuk Hati Yang Sedang Bersedih

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:



1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.w.w. kepada anaknya Siti Fatimah.



2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.



3. Sibukan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.



4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.



5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Petua Merawat Sihir Pemisah Rumahtangga

Tanda-Tandanya:



-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk,sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu.



-Sering bermimpi melihat binatang atau berada di tempat tinggi.



-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar ke atas.



-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat.



-Sering bertengkar pada waktu petang dan malam kerana hal yang kecil/remeh-temeh.



-Sakit di bahagian ari-ari.



-Sikap berubah dengan mendadak.



-Panas baran.



Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom tersebut,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai.



PETUA:

1. Sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.

2. Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan:

al fatehah 1 kali,

al baqarah 102 3kali,

al a`raf 117-122 3kali,

yunus 81-82 3kali,

thaha 69 3kali

3 qul 1kali.

3. Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.

petua menguatkan gigi

Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

petua mengesan santau


Petua Untuk Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit anda dengan lidah. Kalau lelangit anda terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga. Jika anda tidak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling.
 

Korban Cinta - Aris & Joey

Yantzen Insan

MENITI SURATAN KUMPULAN MAY