Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Sebab-Sebab Kemungkinan Kencing Tak Lawas


.
Membuang air kencing adalah satu cara tubuh mengeluarkan najis yang terkandung di buah pinggang. Isu pembuangan kencing akan timbul secara mendadak atau akan mengambil masa, jadi adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda yang diberi oleh tubuh badan anda. Ada sesetengah masalah pembuangan kencing dapat ditangani secara semulajadi dan ada juga yang lebih sirius yang akibat dari jangkitan atau kondisi yang para doktor perlu pastikan.
.
Pembuangan Kencing Yang Sakit
Pembuangan kencing yang sakit atau dysuria, adalah masalah saluran kencing yang biasa dan selalunya boleh dirawat. Jangkitan alat kemaluan dan jangkitan melalui aktiviti seks adalah salah satu punca pembuangan kencing yang diikuti dgn rasa sakit. Bila air kencing mengalir melalui kawasan yg terjejas atau sakit, ia akan menyebabkan anda berasa perit atau bisa. Saluran kencing yg dijangkiti lebih biasa terjadi pada usia dan mereka yg aktif aktiviti seksnya. Ia juga kerap berlaku pada wanita yg hamil. 20% wanita akan mengalami saluran kencing yg dijangkiti kuman pada satu masa. Hampir kesemua alat kelamin atau saluran kencing yg dijangkiti akan pulih dgn kegunaan antibiotik dan ini termasuk kulat yg mudah membiak, dapat dikawal dan dibendung secara perubatan juga. Pembuangan kencing yg sakit adakalanya diikuti dgn demam atau sakit pinggang harus diperiksa doktor utk memastikan ia bukan tanda sirius buah pinggang yg terjejas. Barah pundi kencing, saluran urethra yg semakin mengecil adalah jarang menyebabkan pembuangan kencing yg sakit.
.
Kencing Berdarah
Selalulah berjumpa doktor jika ada kesan darah pada kencing anda kerana ia adalah tanda kondisi perubatan yg sirius. Batu karang di buah pinggang (kidney stones), darah beku dan barah atau ketumbuhan adalah kemungkinan penyebab kencing berdarah. Ada juga beberapa jenis dadah atau bahan tosik kimia yg boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan kencing berdarah. Sakit pada ari-ari (abdominal), demam dan sakit bila pembuangan kencing diikuti dgn kencing berdarah boleh mengakibatkan infeksi yg sirius atau ketumbuhan.
.
Kerap Buang Air Kencing
Kerap buang air kencing adalah masalah biasa pembuangan air kencing yg selalunya tidak menyebabkan kesihatan terjejas tetapi boleh disebabkan kondisi yg tidak dikenalpasti pada peringkat awal. Kekerapan buang air kencing tanpa jumlah air kencing yg banyak adalah tanda infeksi saluran kencing, jangkitan kelamin atau hamil. Wanita yg telah melalui beberapa kelahiran atau mereka yg bakal melalui putus haid akan mengalami kelemahan pada sokongan pundi kencing yg menyebabkan kerap ke tandas. Tekanan dan pengambilan kafein berlebihan juga boleh meningkatkan kekerapan membuang air kencing. Kanak-kanak yg punya thyroid aktif juga akan mengalami masalah ini sebagai tanda awal. Kekerapan buang air kencing dgn jumlah kencing yg banyak boleh juga menunjukkan masalah kencing manis atau penyakit buah pinggang, biarpun ia boleh disebabkan oleh pengambilan cecair yg banyak dan biasa akan berlaku pada mereka yg mengambil pil air (water pills) bagi masalah tekanan darah tinggi.
.
Kencing Yg Tidak Terkawal
Kencing yg tidak dapat dikawal termasuk lelehan atau kebocoran. Lelehan adalah biasa bila tingkatnya tekanan pada pundi kencing seperti ketika bersin, ketawa atau mengangkat barang. Kencing yg tidak terkawal mudah berlaku pada wanita yg melalui beberapa kelahiran zuriat atau yg sdg hamil. Lelehan kencing (terkencing) boleh berlaku dgn usia kerana otot pundi kencing yg mula kendur. Perubatan dapat membantu desakan dan lelehan yg ada. Adalah baik utk mendapatkan rawatan doktor jika anda mengalami masalah ini pada jangka masa yg panjang yg tidak ada tanda pulih secara sendiri.
.
Kesukaran Kencing
Kesukaran kencing iaitu keluaran air kencing yg terhenti-henti atau kekurangan aliran air kencing yg menyebabkan anda mengambil lebih lama di tandas dari biasa. Pada lelaki, ia adalah bersebab dari urethra yg tersumbat akibat prostat yg membengkak. Pada wanita, pundi yg terlalu aktif boleh menyebabkan sensasi utk kerap ke tandas tanpa adanya air kencing utk dibuang. Kerosakan pada sistem saraf selalunya pada pesakit Alzheimer, Parkinson dan penyakit yg berkaitan juga boleh menyebabkan kondisi ini. Dapatkan rawatan segera jika anda rasa pembuangan air kencing anda tidak lawas biarpun ada resa utk kencing.

No comments:

Post a Comment