Wednesday, November 30, 2011
Cara Berkomunikasi Dgn Wanita/Isteri
Lelaki dan wanita adalah berbeza. Apa pun yg telah anda dengar sebelum ini, tidak ada satu jantina yg lebih baik dari yg satu lagi. Malangnya, perbezaan yg ada menyebabkan lelaki dan wanita mempunyai konflik dlm memahami antara satu dgn yg lain. Jika anda cuba utk berbicara dgn cara terbaik dgn wanita/isteri anda, artikel ini mungkin utk anda.
♥ Kenali terdahulu bahawa tidak semua wanita adalah serupa. Perbezaan dlm agama, keturunan, pendidikan dan penerimaan individu membuatkan kita semua unik. Biarpun begitu, kita punya persamaan dlm budaya yg membawa kepada cara kita berkomunikasi. Dgn keluarga contohnya, wanita lebih diharapkan utk menjaga anak-anak dan rumahtangga. Ini adalah kefahaman yg merentasi semua lapisan termasuk kewangan, keturunan, budaya serta negara asal. Persamaan seperti inilah yg menyebabkan cara berkomunikasi hampir serupa.
♥ Kenali pula adanya perbezaan. Seorang wanita mungkin akan memberi arahan secara tidak langsung. Berbeza dgn lelaki yg lebih bersikap berterus-terang atau menyuarakan secara langsung dan inilah yg sering memberi ruang utk disalah-faham. Contohnya, jika seorang wanita ingin anda utk berhenti di kedai semasa dlm perjalanan pulang, dia boleh berkata, 'Berhenti di kedai.' Tetapi dia mungkin akan berkata, 'Kalau boleh dan tak menyusahkan...' Ini kerana wanita/isteri lebih mengutamakan diri orang yg disayanginya dan meletakkan diri mereka di tempat orang tersebut. Lebih-lebih lagi jika orang yg disayangi itu adalah lelaki/suami, wanita akan berfikir lebih jauh dari apa yg belum terjadi dan bakal terjadi. Dgn rasa inilah, wanita/isteri cukup sedar lelaki tidak akan suka jika diarah atau disuruh maka setiap permintaan itu akan disuarakan dgn berlapik maksud (tidak langsung).
♥ Jika anda tidak tahu, tanya! Adakalanya bersikap tidak berterus-terang seorang wanita/isteri agak memeningkan. Anda mungkin berbuat sesuatu seperti menggantung gambar dan mendengar wanita/isteri anda berkata, 'Ada baiknya jika anda... ' Jika anda mengambil kata-kata itu secara langsung, anda akan memahami ia sebagai, 'Dah bagus tu cuma ia akan lebih elok kalau anda...' Kemungkinan juga dia sedang cuba memberitahu anda yg apa yg dilakukan itu tidak betul. Ia hanyalah cara yg sopan utk memberi anda saranan utk mengubah tempat gambar tadi sepatutnya digantung. Jika apa yg dikatakan wanita/isteri anda itu memeningkan, tanyalah dia secara langsung. 'Adakah di sini elok atau saya patut ubah tempatnya?'
♥ Ambil sikap bertanggungjawab akan apa yg telah anda katakan. Adanya perbezaan tidak perlu dirunsingkan atau dijadikan perbalahan. Jgn dilihat sesuatu perselisihan sebagai peluang utk menunjukkan bagaimana anda berbeza dari pasangan anda. Ketua wanita contohnya, secara umum terpaksa bersikap berterus-terang bila di tempat kerja dari di rumah. Jika dia inginkan pembekal berada di lokasi tepat jam 4, dia akan berkata, 'Saya inginkan awak berada di sini tidak lebih dari jam 4.' Bila di rumah, dia akan berkata, 'Jika boleh, saya nak semua orang berada di sini dlm jam 4.' Bila anda mengambil sikap bertanggungjawab dgn apa yg dikatakan dan bagaimana, kedua anda akan dapat mengelakkan kebingungan atau kekeliruan.
♥ Bersikap lebih memahami. Ada sebabnya berkomunikasi ada perbezaan antara lelaki dgn wanita dan ini bukanlah mudah utk diubah. Perbezaan ini seharusnya dihargai dan dihormati. Bila timbulnya konflik atau kekeliruan, carilah penyelesaian. Jgn lepas tangan dan menuduh wanita sememangnya sukar atau gemar meremehkan keadaan. Cuba memahami dgn bertanya apa yg sebenarnya berlaku atau diinginkan dgn mengajukan pertanyaan dan beri penglibatan utk mencari huraian.
Labels:
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment