Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Manfaat Kesihatan Dari Memakan Coklat


.
Biarpun coklat punya kesan sampingan - sama ada penyebab jerawat atau kerosakan gigi - ada berita baik bagi penggemar coklat. Kajian yg dibuat tidak lama dulu menyatakan ada beberapa jenis coklat baik utk anda - jika dimakan secara bersederhana.
.
Asal Usul
Coklat yg asalnya dari bijiran yg tumbuh dari pohon koko. Biarpun berasal dari Tengah dan Selatan Amerika, ia telah diperkenalkan kepada hampir seluruh pelusuk dunia termasuk Caribbean, Afrika, Timur Selatan Asia dan Pasifik Selatan.
.
Flavonoids
Coklat mengandungi tinggi kandungan polyphenoids yg dipanggil flavonoids. Flavonoids adalah bahan semulajadi yg terdapat pada makanan yg berasaskan tumbuh-tumbuhan. Lain-lain bahan makanan yg kaya dgn flavonoids termasuk buah-buahan seperti cranberries dan epal, sayuran seperti bawang, bayam dan asparagus dan teh. Flavonoids seperti lain-lain polyphenols adalah contoh antioxidan. Antioxidan adalah bahan yg mencegah sel tubuh dari rosak serta memperbaiki sel-sel yg telah rosak tersedia ada.
.
Jenis-Jenis Coklat
Coklat datang dlm pelbagai jenis. Ada 3 jenis utama iaitu coklat pekat (dark chocolate), coklat susu (milk chocholate) dan coklat putih (white chocolate). Coklat pekat mengandungi paling tinggi pepejal coklat (sehingga 75%). Coklat susu adalah coklat yg telah dicampur dgn susu. Ia mengandungi 20% pepejal koko. Coklat putih pula diperbuat dari manisan koko mentega yg dicampur pepejal susu. Ia tidak mengandungi apa-apa pepejal koko. Coklat pekat adalah sejenis coklat yg sering dikait rapat dgn kebaikan utk kesihatan. Coklat pekat mengandungi tinggi flavonoids dari jenis-jenis yg lain. Memproses coklat, mengurangkan kandungan flavonoids dlm coklat.
.
Mencegah Penyakit Jantung
Kajian yg dibuat di California menyatakan bahawa tinggi kandungan flavonoids yg terdapat pada coklat pekat dapat membantu menurunkan resiko penyakit jantung. Flavonoids dlm coklat membantu mencegah bahan lemak dlm darah dari membeku dan menyebabkan pembuluh jantung tersumbat. Antioxidan pada coklat juga membantu melawan radikal bebas yg dikaitkan dgn pelbagai masalah kesihatan yg lain. Diet yg dibantu dgn pengambilan coklat pekat dpt menurunkan kadar kolestrol tidak baik, satu kondisi yg dpt menurunkan pula resiko pembuluh jantung tersumbat.
.
Menurunkan Tekanan Darah
Kajian menunjukkan coklat pekat menurunkan tekanan darah. Kajian sampingan yg dibuat di Netherlands pula menyatakan bahawa seseorang yg secara kerap mengambil produk koko mempunyai tekanan darah yg lebih rendah dan kurang resikonya terhadap penyakit jantung dari seseorang yg tidak mengambil produk koko. Lain-lain kajian mengatakan flavonoids membantu pembuluh darah menjadi lebih fleksibel. Coklat mempunyai ciri-ciri serupa seperti aspirin yg membantu mengurangkan darah dari membeku (clot).
.
Awas
Biarpun coklat pekat menunjukkan dapat membantu mencegah penyakit jantung, ia tidak bermaksud anda boleh memakan tanpa batas. Ini adalah kerana tingginya kalori dlm makanan seperti ini yg juga kaya dgn lemak, ia sepatutnya dimakan secara bersederhana.

No comments:

Post a Comment