Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Menghindari Dari Menjadi Seorang Yg Pelupa



Kita semua akan terlupa dari masa ke masa dan menganggap ini adalah sesuatu yg tidak sirius yg ada kaitannya dgn kehilangan ingatan. Kerap lupa ... tanpa mempunyai apa-apa penyakit mental ... adalah disebabkan dari isu hari ke hari yg perlu berdepan dgn tekanan atau diet yg kurang sihat. Jika anda rasa anda mempunyai masalah kehilangan ingatan yg sirius, anda perlu berjumpa doktor. Dlm kes yg lebih ekstrim, kehilangan ingatan boleh disebabkan oleh dimensia atau peringkat awal penyakit Alzheimer.

♥ Bebaskan diri dari tekanan (stress) dgn bersenam lebih kerap. Cuba berlari-lari anak atau bersenam pada masa yg sama setiap hari yg dapat membebaskan diri dari terus terbelenggu dgn tekanan mental. Dgn senantiasa mengekalkan kesihatan yg cergas, anda boleh membantu mencergaskan mental anda juga.

♥ Kawal diet anda dgn memakan makanan yg dapat menjaga kecergasan ingatan. Makan snek yg kaya dgn protin dan cuba elakkan pengambilan gula yg berlebihan. Memakan beri, contohnya strawberi dapat membantu ingatan yg hilang kerana beri mengandungi anthocyanins yg punya anti-oxidan yg berguna dlm memulihkan sel-sel dlm otak anda. Memakan kekacang juga dpt membantu meningkatkan produktiviti otak kerana kekacang mengandungi asid alpha linolenic.

♥ Simpan buku nota bersama anda utk senaraikan perkara-perkara yg perlu anda buat setiap hari. Anda juga boleh menggunakan penyusun jadual (organiser) yg selalunya ada pada telipon-telipon bimbit model terkini. Pastikan anda punya sesuatu yg dapat mengingatkan anda. Ini adalah langkah paling mudah tetapi perlu demi membantu mengingatkan anda.

♥ Khususkan tempat tetap di mana anda meletakkan kunci, beg duit dan lain-lain barang peribadi yg mudah disalah letak. Adalah membantu jika anda punya tempat menggantung kunci dekat dgn pintu yg punya ruang utk anda selitkan bil-bil serta surat-surat. Cuba susun barang-barang lain seperti menyimpan rapi segala dokumen yg ada. Dgn mempunyai kawasan yg teratur dan bersih akan membantu anda utk tidak mudah terlupa.

♥ Berjumpalah doktor jika masalah ingatan anda semakin teruk. Selain dimensia, hilang ingatan boleh disebabkan oleh kemurungan dan keterujaan. Dapatkan nasihat doktor utk cari huraian dan ubatan bagi membantu masalah hilang ingatan nada itu.

No comments:

Post a Comment