Pada 09hb (kelmarin) YM Datu Albi Ahmad Julkarnain (gambar) yang
menjawat Pengerusi Rumah Bichara (Council of Regents) Sultanate of Sulu
dan Pengerusi Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus) telah
memaklumkan kepada penulis bahawa dokumen penting telah beliau emailkan
seperti yang penulis minta beberapa minggu lalu.
Dokumen tersebut
beliau dapat dari pejabat Gobernor Abdul Sakur Tan di Jolo, Sulu
setelah pertemuan ringkas mereka. Isunya ialah berkenaan wang hasil
Pajakan Sabah. Untuk menjelaskan hal ini penulis perlu memberitahu pada
pembaca blog sekalian bahawa, penulis tidak bermaksud memaparkan dokumen
ini kerana ingin menunjuk-nunjuk bukti terhadap Pajakan Sabah seingga
menyebabkan rasa kurang senang rakyat dan kerajaan Malaysia.
Hal
ini telah pun penulis singgung dalam buku "Tausug & Kesultanan Sulu"
dalam bab Pajakan Sabah termasuk surat perjanjian yang turut
disertakan. Pendirian penulis sama dengan apa yang tertulis dalam buku
tersebut iaitu "Sabah tetap masih dalam PAJAKAN" yang sekarang selamat
dalam tangan Malaysia. Tausug lebih suka Sabah berada dalam tangan
Malaysia berbanding jatuh ke tangan Filipina. Itulah pendirian penulis
hingga saat ini.
KEKELIRUAN TERHADAP "WANG PAJAKAN SABAH"Berikut
adalah penjelasan penulis yang mungkin boleh diambil sebagai maklumat
penting kepada Kerajaan Malaysia. Dokumen ini terpaksa didedahkan di
blog ini kerana penulis menganggap bukanlah satu rahsia. Sahabat-sahabat
wartawan di Kuala Lumpur bolehlah menyimpan dalam arkib mereka. Banyak
lagi dokumen lain yang ada di tangan penulis dan YM Datu Albi salah
satunya ialah dokumen ini.
Terdapat kekeliruan yang perlu diperjelaskan berkenaan "Pajakan Sabah" iaitu,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Manakala Malaysia hanya memajaknya? Apa buktinya?
Kiranya
benar masih tetap Pajak, kepada siapa Malaysia membayar sewanya? Kepada
Kesultanan Sulu atau kepada "waris" Kesultanan Sulu?
Kalau sewa dibayar kepada waris siapakah waris tersebut?
Penjelasan,
Benarkah
Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Jawapannya ada dalam buku penulis
"Tausug & Kesultanan Sulu". Segala bukti ada di sana termasuk
salinan surat perjanjian 1878. Rasanya penulis tidak akan menjawapnya di
ruangan blog ini.
Bukti pembayaran pajakan ada dalam web site Sultan Fuad di
www.royalsulu.com.
Membuktikan pembayaran pajakan Sabah oleh Kerajaan Malaysia masih
berterusan. Di sini penulis ada beberapa persoalan yang perlu dijawap,
persoalan ini rangkanya ada dalam buku "Tausug",
Benarkah "Wang Pajakan" itu dianggap "Pampasan" bukannya sebagai wang sewa?
Sekiranya
Peguam Negara Malaysia mengatakan "Pampasan" mengapa dibayar setiap
tahun? Sedangkan pampasan ialah dibayar sekali sahaja (Lum-Sum) bukannya
dibayar setiap tahun. Dan kalau juga dianggap sebagai "Pampasan"
kemungkinan akibatnya adalah besar kerana terdapat laporan Sultan
Muhammad Jamalul Alam menyebutnya "sewa" bukannya "pampasan" (ruj:
Tausug & Kesultanan Sulu dalam bab Sebelum dan Selepas Pajakan North
Borneo).
Istilah "pampasan" tidak boleh diletak oleh kerajaan
Malaysia terhadap Pajakan Sabah. Ianya tidak tepat sama sekali.
Kecualilah ianya dianggap sebagai "Pampasan" kepada keluarga Sultan
Jamalul Alam untuk mereka "menutup mulut".
Penulis berkeyakinan
bahawa Malaysia menurut sahaja "maksud" sebenar Hakim Makaskie pada 1939
iaitu "menutup mulut" keluarga Sultan Muhammad Jamalul Kiram II dari
menuntut North Borneo ketika itu. Sekiranya kita perhalusi adalah benar
ianya bermaksud "pampasan" bukannya wang sewa seperti yang dimaksudkan
dalam perjanjian Pajakan 1878. Nampaknya yang memulakan "pengalihan
maksud" sebenar pajakan ialah Hakim Makaskie sendiri.
Mengapa
ianya bermaksud "pampasan"? Penjelasannya amatlah mudah iaitu Pampasan
dan Pajakan (sewa) mempunyai konotasi yang berbeza. Perbezaannya ada
dalam istilah "Kesultanan Sulu" dan "Waris Sultan Sulu". Pajakan North
Borneo telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad Jamalul Alam dengan
Alfred Dent de Over Beck iaitu antara "penyewa tanah" dan pemiliknya
"Sultanate of Sulu" (Kerajaan Sulu) yang diwakili Sultan ketika itu.
Inilah yang dikatakan Pajakan.
Tetapi adalah berbeza
sekiranya yang diberi hak menyambung penerimaan wang "Pajakan" itu ialah
individu (9 waris Sultan) bukan lagi Kerajaan Sulu. Diulang sekali lagi
BUKAN LAGI KERAJAAN SULU. Maka tidak sesuai lagi diletak dengan istilah
"pajakan" maka istilah yang lebih sesuai adalah "pampasan". Nampaknya
Malaysia benar dalam meletak istilah "pampasan" kepada penerima wang
keluarga Kiram tersebut. Namun ianya masih keliru, kerana tiada istilah
"pampasan" yang dibayar setiap tahun atau bulan kecuali dengan nama
"sewa".
Pampasan membawa maksud "pemutusan perjanjian dengan
bayaran tertentu sekali bayar" bukannya "berkali-kali bayar". Seorang
pekerja yang diberi tawaran berhenti kerja oleh majikannya telah
bersetuju untuk berhenti kerja dengan bayaran tertentu secara "lum-sum"
yakni sekali bayar sahaja.
KENYATAAN YANG BENARSebenarnya
Malaysia "boleh" tidak membayar sekiranya ia melibatkan "Kesultanan
Sulu". Kesultanan Sulu atau "Sultanate of Sulu" bermaksud Kerajaan Sulu
yang terdiri dari rakyat jelata dan pemimpinnya iaitu Sultan. Ikatan ini
disebut "Sultanate of Sulu". Ia tidak perlu dibayar kerana Kerajaan
Sulu sudah hilang maka secara semula jadi "pajakan" juga hilang.
Oleh
kerana konteks Hakim Makaskie ialah "Waris Sultan" lantaran pampasan
telah diberi kepada waris-waris Sultan Muhammad Jamalul Kiram II
bukannya kepada Kerajaan Sulu sendiri, maka kerajaan Malaysia juga
"wajib" meneruskan pembayaran "pampasan" oleh Hakim Makaskie kepada
waris tersebut. Adalah kerana telah diputuskan oleh mahkamah British di
North Borneo ketika itu. Sebarang kegagalan Malaysia membayarnya akan
mengakibatkan 9 waris Sultan Sulu itu mendakwa Kerajaan Malaysia di
Mahkamah pada bila-bila masa.
Berkenaan hal ini YM Datu Albi
Ahmad Julkarnain mempunyai pandangannya sendiri dari sudut Majlis Datu
Diraja Sulu (Council of Royal Datus). Sebulan yang lalu beliau telah
dipanggil oleh Gobernor Abdul Sakur Tan ke pejabatnya di Jolo, Sulu
kerana ada berita menarik yang perlu disampaikan. Sesampai di pejabat
tersebut Abdul Sakur telah menunjukkan kepada Datu Albi dua helai surat
yang beliau dakwa "surat kepada kerajaan Malaysia menuntut naikkan harga
bayaran sewa Pajakan Sabah". Beliau juga mendakwa baru balik dari North
Borneo berbincang dengan wakil kerajaan Malaysia.
YM Datu Albi
terkejut lalu bertanya siapa yang arahkan Abdul Sakur buat surat itu dan
pergi jumpa kerajaan Malaysia? Abdul Sakur memberi tahu bahawa yang
suruh beliau ialah Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan. Datu Albi
dengan nada kecewa berkata,
"Siapa Esmail? Wakil kepada 9 waris
keluarga kiram? Adakah mereka fikir mereka sahaja "waris Sultan Sulu"
manakala beribu-ribu waris Sultan yang lain tidak? Kami dari Majlis Para
Datu menentang pembayaran Malaysia terhadap 9 Waris ini. Mana mungkin
waris sultan hanya 9 orang? Mereka ini penjual negara, jangankan negara
yang mereka tidak jual, tanah kubur tempat ayahanda mereka bersemadi pun
mereka mahu jual."
YM Datu Albi berkata kepada penulis bahawa
Esmail Kiram telah diarahkan oleh Kerajaan Filipina mengugut Malaysia
untuk menambahkan bayaran wang pajakan Sabah. Fuad dan Esmail menurut
Datu Albi tidak mungkin berjuang untuk rakyat bangsa, negara dan agama
tercinta bersama Tausug, kecuali mahukan habuan wang dan kesenangan
hidup sahaja.
Berkenaan hal ini YM Datu Albi berhajat ke Kuala
Lumpur untuk lawatan silaturrahim bertemu sahabat-sahabat beliau
kemudian beliau kemungkinan ke Sandakan untuk melawat keluarganya yang
ramai terutama di Sandakan. Datu Albi memaklumkan bahawa ayahanda beliau
sebenarnya dilahirkan di Sandakan.