Terkini,
seorang unit keamanan Malaysia dipenggal kepala oleh penganas Sulu.
Menurut sumber yang berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap
oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul,
Semporna, Sabah, Sabtu.
Insiden di
lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat
kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya
terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian,
Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung
berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang
ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan
menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan
dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima
anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk
menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat
maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.
No comments:
Post a Comment