Search This Blog

Thursday, May 9, 2013

Jehan Miskin & Julie Rhee Sah Suami Isteri

Kongsi Article Ini:
 62  2489
Aktor kacak, Jehan Miskin kini secara sahnya bergelar suami kepada seorang gadis Korea, Julie Camelia Rhe. Pasangan ini telah selamat diijabkabul dalam satu majlis indah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pelakon yang mula dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam filem 'Qaisy dan Laila' dan pasangannya dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad, tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000.
Pengantin lelaki kelihatan segak berbaju melayu serba putih manakala pengantin perempuan kelihatan indah mempersona dengan persalinan rona perang keemasan. Majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Mohd Sahirman Ahmad.
Keluarga mentua Jehan diterbangkan terus dari Korea kerana mereka masih menetap di sana manakala ibu dan kakak Jehan yang menetap di Amerika Syarikat juga turut meraikan perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Majlis mereka turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis, Nurul Wahab, Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Azura Zainal.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.
Sekalung tahniah GUA ucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang mereka bina kekal sehingga ke anak cucu seterusnya hingga ke akhir hayat.











[GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Rhee

4 May 2013, 04:40pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
 85  473
 
Di sini GUA kongsikan beberapa kepingan gambar yang sempat dirakam sebentar tadi.






Sakinah Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim?

berita hangat dari meja hiburan di Kosmo semalam, pastinya isu pelakon Ashraf Muslim yang dikatakan akan berkahwin lagi gara-gara mahukan anak hangat diperkatakan di media massa dan di blog hiburan. Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Sakinah (bukan pelakon Sharifah Sakinah tu ye) tampil memberikan kenyataan selepas dirinya dikaitkan bakal bergelar isteri kedua Ashraf. Memetik laporan Harian Metro hari ini, Sakinah telah mengenali Ashraf sejak beberapa tahun lalu menerusi sebuah program televisyen. Ketika itu Ashraf masih bujang.
“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.”
Sakinah yang sudah melakukan solat Istiqarah untuk mendapatkan petunjuk.
“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini dihebohkan di internet. Kalau ikutkan, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap tentang perkara ini adalah Asyraf sendiri.”
Tambah Sakinah lagi, dia terkejut dan sedih apabila berita ini ketahui umum. Lebih-lebih lagi ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan isi kandungan fail permohonan poligami Ashraf di mahkamah syariah.
Sepatutnya, orang itu tidak sepatutnya mendedahkan kepada orang ramai kerana ia disifatkan sebagai pecah amanah. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Asyraf kepadanya semalam.
Asyraf juga telah menasihati Sakinah supaya bersabar kerana akan bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini.
Menurut sumber, Asyraf mengenali Sakinah melalui sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor telefon. Ketika itu Asyraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu perubatan Islam dan masih bujang.
Susulan dengan dakwaan itu, timbul cerita mengatakan punca tindakan Asyraf mahu berkahwin lain disebabkan tiada zuriat dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman. Perkahwinan Ashraf dan anak pengasas pusat perubatan Islam Al-Hidayah, Dayana sudah memasuki tahun ketiga. Mereka bernikah pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.
Dalam pada itu, Ashraf ketika dihubungi media menolak dakwaan rumahtangganya bergolak, namun mengaku pergi ke Mahkamah Syariah atas sebab yang dirahsiakan.
Budiey harap, masalah ini diselesaikan dengan betul untuk mengelakkan gossip yang bertambah teruk lagi. Insyallah, semoga rumah tangga Ashraf sentiasa tenang dan bahagia. Amin.
asyraf muslim
Gambar Asraf Muslim semasa bernikan dengan isterinya

Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Di Pattaya Thailand

Thailand sangat terkenal dengan golongan Nyah ataupun pondan dan negara mereka sangat terkenal juga dengan pembedahan menukar jantina. Pertandingan ini adalah suatu tradisi di Pattaya untuk golongan transsexuals ini. Nampaknya nyah lagi cantik dari wanita tulen.