Search This Blog

Thursday, May 9, 2013

Jehan Miskin & Julie Rhee Sah Suami Isteri

Kongsi Article Ini:
 62  2489
Aktor kacak, Jehan Miskin kini secara sahnya bergelar suami kepada seorang gadis Korea, Julie Camelia Rhe. Pasangan ini telah selamat diijabkabul dalam satu majlis indah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pelakon yang mula dikenali menerusi lakonan hebatnya dalam filem 'Qaisy dan Laila' dan pasangannya dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad, tepat jam 2.40 petang tadi dengan mahar berjumlah RM12,000.
Pengantin lelaki kelihatan segak berbaju melayu serba putih manakala pengantin perempuan kelihatan indah mempersona dengan persalinan rona perang keemasan. Majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Mohd Sahirman Ahmad.
Keluarga mentua Jehan diterbangkan terus dari Korea kerana mereka masih menetap di sana manakala ibu dan kakak Jehan yang menetap di Amerika Syarikat juga turut meraikan perkahwinan kedua-dua mempelai ini. Majlis mereka turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis, Nurul Wahab, Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Azura Zainal.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara minum petang (Hi-Tea) bagi meraikan kedua-dua pengantin. Jehan mengenakan busana mempesona tajaan Bon Zainal, manakala isterinya kelihatan begitu menawan dengan busana indah yang ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.
Sekalung tahniah GUA ucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang mereka bina kekal sehingga ke anak cucu seterusnya hingga ke akhir hayat.











[GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Rhee

4 May 2013, 04:40pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
 85  473
 
Di sini GUA kongsikan beberapa kepingan gambar yang sempat dirakam sebentar tadi.






No comments:

Post a Comment