Selepas sekian lama dihimpit gosip
bercinta dengan lelaki bergelar Datuk Seri, akhirnya khabar terbaru dari
mulut tuan empunya diri sendiri, mengesahkan yang dia bakal berkahwin.
Tetapi bukan dengan individu berstatus VIP itu, sebaliknya dengan
seorang ahli perniagaan muda.
Fouziah Gous mendedahkan status sebenar
diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal
menamatkan zaman solo tidak lama lagi.
“InsyaAllah, jika tidak ada aral
melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam
perancangan, tinggal masa sahaja”
“Sama ada akan bertunang atau terus
nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah
pihak,” kongsi Fouziah yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama
lagi.
Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana
mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa
disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu
tahap yang lain pula”
“Apa yang boleh saya katakan, dia
memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami
kelak. Walaupun sudah setahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih
serius ini baru sahaja terjalin,” jelas Fouziah Gous yang turut nafikan
dakwaan merampas kekasih orang.