Search This Blog

Showing posts with label kuat(lelaki). Show all posts
Showing posts with label kuat(lelaki). Show all posts

Friday, October 28, 2011

Lelaki Cepat Letih Akibat Kurang Gh

Kelaziman di usia 20-an, lelaki memiliki kehidupan yang aktif. Namun sebaik umur mencecah angka 50, ramai kalangan kaum Adam ini mula kekurangan tenaga dan lebih senang untuk duduk bersahaja dengan alasan tidak lagi larat.




Hakikatnya, gejala yang dialami lelaki berusia 50-an ini mungkin disebabkan oleh kekurangan ‘growth hormone’ (Gh). Untuk membuktikannya, ujian pengesanan aktiviti Gh dalam darah boleh dilakukan. Di makmal dua ujian boleh dibuat bagi memeriksa paras Gh iaitu GH assay dan IGF 1 assay.



IGF 1 merupakan molekul yang dihasilkan oleh hati. Ia saling bertindak dengan Gh bagi menjalankan fungsinya. IGF 1 merupakan kaedah mengesan aktiviti Gh yang baik.



Kebelakangan ini kebanyakan makmal mempunyai khidmat bagi mengesan pelbagai paras hormon dalam darah dan ia menjadi semakin penting apabila kadar populasi warga emas semakin bertambah. Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di otak. Kegunaannya ialah untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa Gh berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Manakala bagi orang dewasa pula ia memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.



Pada usia 30-an, jumlah Gh yang dirembes oleh seseorang akan berkurangan. Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia 50-an kekurangan ketara akan berlaku. Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serius.



Peranan Gh

Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita. Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.

Simptom kekurangan Gh akibat penuaan :

• Rambut menjadi tipis.

• Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur bibir tampak nipis tulang hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah kelihatan kusam.

• Leher kulit menggeleber pada leher.

• Tangan semakin halus dan meruncing. Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.

• Berasa kurang sihat.

• Keyakinan diri merosot.

• Kurang efisien dalam menjalani tugasan harian.

• Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan.

• Memerlukan tidur yang lebih banyak dari biasa dan mudah letih jika kurang tidur.

• Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.

• Mudah berasa sejuk.

• Mengalami masalah seksual. • Risiko penyakit masalah jantung dan darah tinggi, peningkatan dalam kadar kolesterol dalam darah, kegemukan dan kencing manis jenis 2.



Selepas rawatan, pesakit akan merasa dirinya berasa lebih tenang. Ini adalah kerana Gh mempunyai pengaruh yang besar ke atas sistem parasimpatetik tubuh iaitu saraf-saraf yang memberi kesan tenang kepada tubuh.



Teknik gaya hidup juga boleh membantu meningkatkan kandungan Gh. Mengambil kalori yang mencukupi bagi tubuh kita, diet yang terlalu ketat bertahun-tahun menjadikan seseorang terlalu kurus dan cepat tua. Diet mestilah mengandungi daging, telur dan ikan.



Elakkan pengambilan alkohol, makanan bercuka dan kafein. Begitu juga dengan makanan manis bergula dan makanan berasaskan tenusu. Jangan merokok dan mengambil sebarang dadah. Pastikan tidur mencukupi dan tidak stres. Sebaiknya juga jaga kesihatan agar produktif dan tidak bergantung kepada sesiapa pun untuk menjalani kehidupan di usia tua.
 

Ada Cara Kembalikan Kehebatan Lelaki

Sedang asyik bercumbu mesra tiba-tiba suami menolak lembut tubuh anda ke tepi. Wajahnya yang tadinya ceria mula menampakkan sedikit kedukaan. Bila ditanya, suami diam seribu bahasa tetapi setelah diselidiki, rupa-rupanya suami susah untuk ereksi. Berdasarkan penjelasan yang diberi, bermacam kaedah telah dicuba tetapi hasilnya masih kecewa.




Situasi di atas tentunya membimbangkan bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Apa tidaknya, aktiviti seks bukan lagi ‘penyeri’ sebaliknya mimpi ngeri yang ingin dijauhi. Akhirnya, suami dan isteri makan hati lantas mencari hiburan sendiri. Hakikatnya, penyelesaian yang dicari ada di hadapan mata. Usah bimbang kerana solusinya ada pada anda saat ‘hubungan’ sedang hangat berlangsung.



Praktikkan Posisi Yang Betul

Ada ketikanya posisi yang salah sewaktu berhubungan mampu ‘merencatkan’ suasana. Gaya suami berada di atas isteri dikatakan lebih baik kerana ia berupaya memacu aliran darah sekali gus memberi ereksi yang lama dan kuat. Elakkan keadaan isteri berada di atas ketika hubungan baru bermula kerana ia menyusahkan suami untuk mengawal suasana dan aktiviti seterusnya. Sekali-sekala keluarkan ‘Mr P’ dari ‘Miss V’ saat hubungan sedang asyik dijalankan. Teknik ini dikatakan berkesan untuk mengalihkan perhatian suami dan membuatkan ejakulasi berlaku terlalu awal.



Tenangkan Diri Sebelum Berhubungan

Terlalu gelisah dan gugup juga membuatkan suami kurang ereksi. Mungkin ketika pertama kali berhubungan, situasi seperti ini sering terjadi. Sebaiknya tenangkan fikiran dan hindarkan kebimbangan dengan melakukan aktiviti yang menceriakan seperti bertukar cerita dengan isteri mengenai minatnya atau menonton rancangan yang digemari. Setelah perasaan kembali tenang, perlahan-lahan mainkan peranan sebagai suami yang ‘mengepalai’ rumah tangga. Mungkin tidak sempurna di awalnya tetapi lama kelamaan kenikmatan itu pasti berganda.



Rajin-rajin Bersenam

Kerap lakukan senaman perut. Gerakan seperti ini membantu suami untuk menguatkan otot di bahagian tersebut sekali gus mempertahankan tempoh ereksi. Di samping itu, rajinkan diri untuk membuat senaman kagel bagi menguatkan ‘Mr P’. Mungkin tiada kajian yang membuktikan ia membantu untuk membesarkan saiz ‘Mr P’ tetapi memadailah jika ereksi anda berlangsung dalam jangka masa yang lama.



Hentikan Tabiat Merokok

Ketika melakukan hubungan kelamin, pengaliran darah yang lancar sangat diperlukan bagi memberi lebih ‘kehangatan’. Namun sekiranya pasangan anda seorang perokok tegar maka ‘kemuncak cinta’ yang diinginkan pasti berakhir kekecewaan. Berhenti daripada tabiat merokok sekiranya ingin rasai ‘kehangatan’ bersama pasangan. Tentunya pola hidup yang sihat mampu menjana keharmonian sebuah rumah tangga sekali gus memberi kemampuan ‘luar biasa’ dalam kehidupan seksual anda.



Ilmu Firasat Mengenai Zakar Lelaki

Anda punya panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas. Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3" bererti pendek, kalau lebih daripada 3" bererti panjang. Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3" ke 4" dan lingkungan rata adalah 2.5" ke 4". Menurut kajian, panjang rata adalah 3.5" dan lingkungan rata adalah 3.37". Tetapi menurut kajian Kinsey, panjang rata adalah 4.0" dan lingkungan rata adalah 3.7".








KALAU PANJANG - bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk. Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru.







KALAU PENDEK - bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, Anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar. Anda suka mengikut adat.







TEBAL - Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan.







KURUS - Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda.







LICIN - Anda seorang kekasih yang intuitif. Anda juga sering mengikut perasaan namum pandai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan.







BERSIMPUL - Anda suka suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal. Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kesusahan.







HUJUNG RUNCING - Anda idealistik dan artistik dalam perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda. Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri!







TUMPUL ATAU SEGI EMPAT - Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan.







LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG - Kehendak seksual anda begitu kuat. Cergas, luar biasa dan bersifat menawan.







MELENGKUNG KE KANAN - Anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.







KEMALUAN MELENGKUNG KE KINI - Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.







KEMALUAN BENGKOK TEPAT - Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.







Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta.







Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda.

Petua Lelaki Untuk Menguatkan Tenaga Bati

1. Ambil kayu manis dan tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk.


2. Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung dalam gelas.

3. Kacaukan ia hingga sebati dan minum.

4. Amalkan meminum ramuan ini 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang. Anda akan merasakan perubahannya dengan mampu bertahan lebih lama

Doa Penguat Zakar

Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakar anda ketika hendak berjimak nescaya jadi kuatlah dia. InsyaAllah.




بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.



Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. (Baca 3 kali)