Search This Blog

Friday, February 15, 2013

Antara Dua Cinta

0
Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”. Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya.
Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu.
Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya sahaja ketika itu. “Dahaganya hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’, hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu lagi cinta Daniel.
Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai waktu boleh diundur Ya Allah..”
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS, bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar dan kadangkala memberi pendapat kepada ‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’ tetapi saling menasihati dalam agama islam.
‘Couple islamik’ kata orang. Lebih sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna akan terjatuh dalam perangkapnya.
“setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada rakannya yang ber’couple’.
Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang arif perlulah memberi kesedaran kepada yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata. Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan ‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita.. Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’ segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas, gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur. Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah. Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu mencintai Penciptanya.
Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya. Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal. Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..” dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya.
“ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”.
Husna bersujud di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah, izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih padaMu Ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment