IPOH, 26 APRIL 2012: Pelakon Nora Danish yang juga bekas isteri kepada Jejai tidak akan hadir pada majlis pernikahan bekas suaminya itu dengan aktres Fasha Sandha, Jumaat ini.
Melalui laporan akhbar Utusan Malaysia, semalam, Nora dalam kenyataannya berkata dia tidak berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut kerana merasakan ia adalah jalan terbaik.
Nora juga turut menjelaskan bahawa secara kebetulan, dia pada hari itu akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.
"Mungkin kerana mereka tahu saya akan ke Mekah maka mereka tidak mengundang saya pada hari itu", jelas aktres tersebut tenang kepada wartawan.
Nora juga dikesempatan itu telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Fasha-Jejai selain mendoakan pasangan itu berbahagia ke akhir hayat.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif telah berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 3 tahun.
No comments:
Post a Comment