Search This Blog

Thursday, April 26, 2012

Ulangtahun Gemilang Ketujuh InTrend Mei Ini


Ulangtahun Gemilang Ketujuh InTrend Mei Ini

MEDIA GALERI

Teks Oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto Oleh Bustamam Mokhtar
KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2012: Bukan satu atau dua tetapi tujuh wajah kesayangan para peminat dunia hiburan tempatan menghiasi sampul muka hadapan majalah InTrend bersempena dengan sambutan gemilang ulangtahun ketujuh majalah ini yang menjelma pada setiap purnama kelima dalam kalendar anda.
Jika sebelum ini lima selebriti bergelar ibu menjadi penghias kulit manakala tahun seterusnya ia dihiasi enam jelitawan baru persada seni, InTrend Mei ini membawakan anda tiga bakal jejaka idaman Malaya dan empat persona cantik yang kini mengatur langkah untuk menjadi primadona dalam seni lakonan tempatan.
Amar Asyraf, Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, Izara Aishah, Elfira Loy, Syarifah Sakinah dan Anzalna Nasir kini dalam percaturan hebat demi mengorak langkah membina tapak untuk menjadi antara yang terbaik dalam lapangan sendiri.
Tujuh persalinan kasual ringkas dibawakan kepada anda pembaca InTrend oleh Levi's buat sarungan tujuh butala ini daripada koleksi musim Bunga/Panas 2012. Padanan helaian asas bersama sepasang jeans Levi's pasti tidak lengkap tanpa mainan aksesori warna terang mengkamilkan keseluruhan gaya tersebut.
Menurut penyelaras penggambaran wajah penghias kulit depan tersebut, Iqbaq V Azwan Mukhtaram, kesemua tujuh personaliti menepati ciri-ciri yang mereka mahukan iaitu yang sudah meniti populariti dan yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia ini dan memiliki bakat yang hebat untuk diketengahkan.
Sempena ulangtahun ketujuh ini juga mereka mahu berkongsi hadiah bersama pembaca setia mereka yang berjumlah lebih daripada RM 32,000. Jangan lupa untuk menyertai pelbagai peraduan yang bakal menjanjikan anda habuan yang sangat menarik untuk dimiliki.
Tidak lupa Lembar Fesyen dan Lembar Cantik yang masih mengekalkan mood bagi musim Bunga/Panas dengan mainan rona panas dan meriah sesegar tiupan pawana membawa anda untuk terus menikmati enam purnama yang baru bermula.
Bagi ibu-ibu muda yang mahu tampil bergaya walaupun harus mengendong si cilik anda ke sana kemari, keluaran ini pasti memberikan anda idea-idea baru untuk tampil jelita bersama 'aksesori' anda. Bukan sahaja si ibu bisa dapat idea cantik si cilik anda juga turut sama melawa selain tips-tips berguna khas buat kalian.
Yang menarik lagi khas buat si hijabista, InTrend kini mencari anda untuk Pencarian Gadis Neo-hijabi Aidijuma dan Intrend kelolaan Datin Nurjuma dan dapatkan info mengenainya juga jadi yang pertama menyertainya.

No comments:

Post a Comment