Jom kita selongkar siapakah lelaki yang bertakhta di hati kamu tika ini. Adakah kamu telah lama merasakan si dia seperti itu atau kamu masih sangsi? Ingin tahu? Ayuh mulakan pencarian kamu!

1)Anak Emak
Oh tidak, gerun rasanya apabila mengetahui si dia anak emak! Maklumlah di hadapan kamu bukan main gentleman lagi tapi apabila di rumah orangnya sangat sopan dan terlalu menurut kata ibunya. Bahaya atau tidak? Mungkin bagi kamu yang tidak suka lelaki anak emak akan mengatakan ia sangat bahaya. Ini kerana kamu risau sekiranya kamu dan si dia menghadapi masalah di kemudian hari, pasti ibunya akan turut campur tangan dan cuba menyelesaikannya bagi pihak kamu. Walau bagaimanapun, lihatlah dari sisi yang positif. Tidak salah sekiranya si dia anak emak,asalkan si dia tahu untuk berlaku adil dan matang dalam membuat keputusan. Oleh itu, kamu janganlah memperlekehkan dirinya.

2)Mempunyai Bantal Busuk
Ha! Jangan tak tahu,bukan si gadis sahaja yang menyimpan bantal busuk, lelaki juga sama. Mungkin bagi kamu kedengarannya sangat lucu tetapi tidak bagi si dia. Baginya bantal tersebut sekadar peneman di kala si dia kesepian dan paling penting untuk tidur. Tanpa bau bantal itu pasti si dia sukar untuk melelapkan mata. Bantal tersebut boleh dikatakan kesayangannya. Mungkin bantal itu telah digunakan sejak kecil sehinggalah saat ini. Kamu pasti tidak menyangka bahawa teman lelaki kamu juga mempunyai bantal busuk seperti kamu. Mesti comel tika melihat dirinya memeluk bantal tersebut.Pasti kamu tertunggu-tunggu si dia bercerita tentang rahsianya yang satu ini, kan?

3)Pembersih
Kamu nampak si dia seolah-olah endah tak endah tentang penampilan dan cara kamu ketika makan.Namun di sebalik itu sebenarnya tersimpan 1001 rasa yang tidak menyenangkan dirinya.Pernah atau tidak apabila kamu dan si dia keluar, penampilannya selekeh atau bajunya tidak bergosok? Sekiranya penampilan si dia rapi, kamu sudah boleh mengagak si dia seorang yang sangat menjaga kebersihan dan tidak suka dengan persekitaran kotor serta penampilan yang tidak kemas. Baginya kebersihan itu melambangkan penampilan seseorang. Sekiranya selama ini kamu tidak pernah menjadikan kebersihan sebagai keutamaan, bermula hari ini kamu perlu menukarnya 100 peratus.

4)Tidak Suka Patung Beruang
Lelaki agak kurang gemar memiliki patung beruang. Bagi si dia, cukuplah sekadar dijadikan hadiah buat kamu dan bukannya untuk dijadikan koleksi peribadi. Pada pandangan si dia, menyimpan dan menyukai patung beruang seolah-olah berjiwa seperti seorang perempuan. Helo,si dia kan lelaki, jadi jatuhlah maruah si dia sekiranya dia mempunyai koleksi seperti ini! Bagi kamu yang tidak pernah menerima hadiah berbentuk patung beruang, janganlah kecewa kerana si dia memang tidak berminat malah untuk memilihnya sebagai hadiah pun tidak tahu. Takut-takut nanti pilihannya tidak kena dengan jiwa kamu.

5)Privasi
Oh, baru tahu rupa-rupanya lelaki juga memerlukan privasi untuk dirinya! Kamu haruslah memahami kehendaknya apabila si dia membuat permintaan untuk tidak keluar bersama kamu di hujung minggu. Jangan pula saat itu kamu merajuk.
Takut-takut si dia bosan mempunyai kekasih seperti kamu. Sekiranya si dia boleh memahami keinginan kamu, jadi apa salahnya kamu pula memahami keinginan dirinya? Sekali sekala berilah waktu untuk si dia menyendiri dan bersama teman-temannya. Tentu kamu akan dianggap kekasih yang paling memahami.

Untuk mengetahui lebih info tentang topik ini,sila dapatkan majalah Remaja isu 15 Mac 2012 dipasaran sekarang!