Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

‘Saya Tak Akan Jual Kereta Ni’ – Aaron Aziz


‘Saya Tak Akan Jual Kereta Ni’   Aaron Aziz
SUBANG JAYA : “Saya tidak akan jual kereta ini kerana ia lambang kesetiaan dan kemenangan buat peminat yang menobatkan saya sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011),” kata Aaron Aziz mengenai Nissan Teana 2.5L yang dimenanginya di ABPBH2011, 8 April, lalu.
Bintang Ombak Rindu itu berkata, dia sangat teruja memiliki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motors itu dan pasti akan menggunakannya.
“Sempat pandu uji saja sudah cukup membuatkan saja teruja apatah lagi memilikinya. Insya-Allah, kereta ini akan saya simpan sebagai kenang-kenangan juga inspirasi memacu kerjaya seni ke tahap yang lebih tinggi, Insya-Allah,” katanya.
Selain Nissan Teana 2.5L bernilai RM167,020 itu, Aaron juga membawa pulang hadiah sampingan Seutas Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 dan barangan tajaan Avon.
Bagi dua lagi kategori dimenanginya Pelakon Filem Lelaki Popular dan Anugerah Artis Lelaki Paling Popular Online, Aaron menerima wang RM3,000, dua Rantai Mutiara Rafflesia yang kedua-duanya bernilai RM10,000 serta barangan sumbangan Avon.
Penyampaian hadiah disempurnakan Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga selaku Penaung ABPBH2011, Datuk Mior Kamarul Shahid dengan diiringi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH2011, Hanizam Abdullah dan Zainuri Misfar. Penyerahan hadiah kepada pemenang kategori lain turut disempurnakan dan mereka menerima hadiah wang bernilai RM3,000 untuk artis solo manakala RM5,000 (berkumpulan) berserta Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM10,000 serta barangan sumbangan Avon.
Antara yang hadir, Hafiz AF7, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Tasha Shila, Johan Ariff As’Ari, Maya Karin, Fizz Fairuz, Fasha Sandha (hadir bersama suami, Jejai), Johan Raja Lawak, Didie Alias, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza yang memenangi Anugerah Seri Perak membawa pulang Seutas Rantai Mutiara Rafflesia bernilai RM25,000. Turut menerima hadiah sama, Datuk Sheila Majid yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Beliau juga membawa pulang hadiah sampingan wang RM3,000 dan barang tajaan Avon. – Metro

No comments:

Post a Comment