17 Februari 2012
Andai cinta itu nafas,pasti kamu ingin hidup selama-lamanya,andai cinta
itu indah pasti kamu selalu ingin memandangnya,namun bila cinta itu
luka,kamu tidak lagi mempedulikan kepahitan yang terpaksa
diharungi.Bahkan cinta kamu semakin mekar mewangi terhadap dirinya.hanya
senyuman menjadi peneman di kala kamu kesedihan.
Arghh! Sakit hati betul dengan si dia, aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena. Apa salah aku?Kadangkala kamu sendiri bingung dan keliru bukan? Setiap hari kamu dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan kamu.Sebagai seorang kekasih sudah tentu kamu inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan?Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu kamu lakukan.
1)Selami Hati & Perasaan
Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah! Ha, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara kamu. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan kamu. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu kamu akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan kamu ingat, si dia sahaja yang perlu memahami kamu bahkan kamu sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila kamu dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan.
2)Belajar Jujur Pada Pasangan
Adakah selama ini kamu bersikap jujur dengan si dia? Cuba kamu fi kirkan sejenak.Selama kamu berhubungan ada atau tidak kamu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, kamu orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika kamu mahukan si dia berlaku jujur dengan kamu, kamu yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna kamu dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana kamu dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba kamu renungkan dan muhasabahkan diri sendiri.
3)Tidak Terlalu Hipokrit
“Em, tak mengapalah. Saya faham Ayang sibuk, Ayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri.” Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala kamu terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja kamu atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan kamu dan kamu juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara kamu terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini kamu mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit!
4)Hargai Setiap Pengorbanannya
Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali kamu bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi kamu? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi kamu, baginya kamu sangat berharga seperti emas.Hilangnya kamu meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya kamu dalam hidupnya. Maka untuk apa kamu mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri kamu sendiri, takut nanti kamu juga yang merana.
5)Jangan Memperbesarkan Masalah
Aduh! Hal remeh pun kamu ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, kamu semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Kamu perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya kamu terlalu beremosi, inilah padahnya!Kamu akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai kamu sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal kamu boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Kamu perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup kamu. Saat itu siapa yang akan merana? Kamu jawablah sendiri.
6)Menuding Jari Tanpa Sebab
Inilah masalah orang bercinta. Kamu sendiri mengakuinya bukan?Cuba kamu fikir ada atau tidak selama ini kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak kamu dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu kamu sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, kamu jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan kamu hentam kromo sahaja!Padah yang menanti kamu nanti.

No comments:
Post a Comment