Bukan hanya tangan, kaki yang indah juga menjadi idaman setiap gadis. namun masalahnya masih ramai gadis yang tidak tahu kaki sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan itu sahaja, kaki yang letih setelah seharian melakukan aktiviti dan menempuh perjalanan jauh, perlu disegarkan kembali dengan melakukan beberapa perawatan berikut. Bukan hanya untuk memanjakan kaki, sekali gus ia dapatmengembalikan kesegaran pada kaki.Tidak perlu pergi ke spa kerana semua perawatan yang biasa diberikan sangat praktik dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!

1)Merendam Kaki
Salah satu perawatan yang paling disukai oleh ramai gadis ialah merendamkan kaki. Caranya, penuhkan sebuah bekas dengan air panas. Kemudian,tuangkan setengah cawan garam ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Kamu juga boleh memasukkan kelopak bunga mawar, bunga orkid atau lavenda yang telah dihancurkan ke dalam air untuk haruman yang segar. Titiskan minyak peppermint untuk melancarkan peredaran darah.Rendam kaki di dalam campuran air tersebut dan kamu akan rasa segala ketegangan hilang. Biarkan kaki direndam selama 10 hingga 20 minit, lalu keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losen untuk melembapkan kaki.

2)Masker kaki
Kaki juga boleh dimanjakan dengan menyapukan ramuan madu, rosemary dan peppermint buatan sendiri. Caranya, campurkan setengah cawan madu, setangkai rosemary segar dan beberapa titis minyak peppermint. Seterusnya, sapukan ke kaki yang basah. Biarkan campuran tersebut meresap ke kaki sebelum menutup kaki menggunakan sarung kaki yang bersih.

3)Pengelupasan
Sekiranya telapak kaki kering dan kasar, pengelupasan merupakan petua untuk membuatkan kaki menjadi lebih lembut. Caranya, campurkan seperempat cawan madu dengan seperempat cawan gula dan dua sudu minyak biji anggur.Sapukan campuran tersebut ke kaki yang bersih, lalu urut lembut terutamanya di bahagian tumit. Balut telapak kaki dengan kain lembap yang panas dan angkat kaki selama 10 hingga 15 minit. Buka balutan tersebut, kemudian sapukan pelembap dan guna sarung kaki bersih sebelum tidur. Rasakan kelembutan kaki pada keesokan hari!