Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Nak Melamar

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Nak Melamar

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Nak Melamar

    May 9, 2012
No Comments

161
 
1
 
0
share
KUALA LUMPUR – Kekasih hati kepada pelakon lelaki Fizz Fairuz, Almy Nadia ternyata begitu terkejut apabila membaca kenyataan dari Fizz Fairuz yang melahirkan hasratnya untuk melamar Almy menjadi isterinya pada tahun ini juga.
Malah, Fizz Fairuz yang mengeluarkan kenyataannya menerusi blog Rotikaya.com ingin melamar Almy sejurus selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah pada bulan Jun ini.
Bagi Almy, dia terlalu terkejut memandangkan tiada sebarang perbincangan dilakukan antara dia dan Fizz Fairuz mengenai hal perkahwinan.
Justeru itu, dia tidak dapat memberikan sebarang reaksi atau komen ketika diminta mengulas isu tersebut.
“Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.
“Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan,” kata Almy seperti dalam laporan mStar Online.
Almy juga menafikan dia mencuba untuk mengelak permintaan media yang inginkan maklum balas darinya.
Tetapi takut sekiranya tersalah memberi maklumat memandangkan dia perlu untuk berbincang lanjut dengan kekasihnya dahulu.
“Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.
“Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan.
“Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen,” katanya.
Semalam, aktor kacak Fizz Fairuz telah pun melahirkan hasrat hatinya kepada media untuk melamar Almy Nadia sebagai isterinya memandangkan mereka berdua sudah lama menjalin hubungan cinta.
Hasrat Fizz Fairuz itu ingin dilanjutkan selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah pada bulan Jun ini dan akan berbincang mengenai penetapan tarikh perkahwinan mereka berdua.

No comments:

Post a Comment