Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, aktres Lisa Surihani memberitahu kehidupannya …
Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, pelakon Lisa Surihani memberitahu kehidupannya berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Tidak ada yang kurang, atau bertambah. Kesibukan mereka berdua dengan karier masing-masing, namun diselamatkan oleh kesefahaman bersama kerana berada dalam satu bidang yang sama.revious
"Memang ada sifat baru atau tabiat Yusry yang saya tidak tahu sebelum berkahwin. Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib. Ya, tak ada apa yang berubah," katanya tentang sikap lelaki yang kini menjadi pelengkap hidupnya.
Belum hamil dan mengaku dia serta Yusry bukan jenis yang merancang keluarga, mereka bersedia menerima rezeki tersebut jika diizinkan Tuhan.
Tambah Lisa lagi, Yusry sebaliknya juga masih menjadi seorang lelaki yang sama - yang tidak pernah menghalang dia untuk maju dan terus aktif dalam dunia seni.
Katanya: "Yusry tak pernah halang saya untuk terus jadi pelakon. Dia tak kisah. Cuma secara peribadi, saya sendiri yang ingin menjadi lebih selektif terhadap apa yang sedang saya kerjakan."
Lisa menjelaskan definisi selektif baginya selepas berkahwin adalah dia tidak mahu mengulang bawa karakter yang sama agar khalayak melihat variasi dalam setiap lakonannya. Dia juga merancang hanya mahu muncul dalam dua atau tiga buah filem sahaja setahun dengan karakter yang tidak serupa. Sementara untuk muncul dalam drama, kata Lisa, dia masih menunggu perbincangan selanjutnya dengan pihak Astro.
2 of 9 photos
Namun dalam diam, Lisa punya harapan besar. Katanya kalau boleh dia mahu Astro memberi dia peluang untuk menjadi hos, bidang yang selalu dekat di hatinya.
"Kalau boleh nak buat talkshow," katanya lagi sambil menegaskan ia bukan disebabkan Yusry melarang dia berlakon, sebaliknya ia adalah kehendak diri sendiri.
Bercakap tentang perkembangan terkini, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem seram pertamanya, Dendam Orang Mati.
Memegang watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas olehnya.
"Pada mulanya saya takut untuk membawa karakter ini kerana ia banyak bermain dengan emosi, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa," katanya tentang filem arahan Jason Chong tersebut.
1 of 9 photos
No comments:
Post a Comment