Teka-teki kerakyatan teman lelaki penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini akhirnya terjawab apabila pengurusnya, Reindhy mengesahkan individu berkenaan adalah jejaka orang Malaysia.


Pengesahan yang dibuat oleh Reindhy ini telah berjaya mengakhiri khabar angin bahawa Syahrini ada menjalinkan hubungan bersama komposer terkenal, Anang.


Bercakap soal jodoh, Syahrini menyatakan apa yang berlaku adalah takdir tuhan dan dia sedia menerima apa sahaja yang akan terjadi pada masa akan datang.


Walaupun gambar kekasih hatinya susah tersebar di beberapa laman blog hiburan negara itu, Syahrini masih belum bersedia untuk bercerita lanjut mengenai kisah hubungan mereka.