Salam perkenalan buat pembaca majalah REMAJA. Insya-Allah Abang Fazley
akan memperkatakan pelbagai perihal cinta khusus buat golongan remaja
mulai keluaran ini.Salam #CiNTA buat pembaca baru ruangan “Bersama Abang
Asmara”.Lihat kata-kata ini yang dipetik melalui buku “Motivasi Santai
#CiNTA” karya terbaharu saya.“Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh
lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai.Maka
janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal
melukakan dan menghancurkan.”
Setiap insan pasti ingin dicintai dan mencintai, ia seolah-olah sudah menjadi satu keperluan jiwa setiap manusia.Namun yang sering menjadi persoalan di sini ialah bagaimana perlunya kamu memahami proses percintaan di usia muda. Jiwa remaja sentiasa dipenuhi dengan soalan tanpa jawapan yang pasti. Lantaran itu, perasaan ingin tahu serta ingin mencuba akan mengawal segala tindak-tanduk seorang remaja.Adalah penting untuk kamu fahami bahawa cinta tidak perlu dipaksa dan tidak boleh diminta. Jika kamu rasa seperti ketinggalan kerana kebanyakan rakan kamu telah pun mempunyai pasangan, kamu harus membuang jauh-jauh kekeliruan yang timbul itu. Bercinta bukannya satu trend atau gaya hidup tetapi percintaan ialah satu tanggungjawab yang sangat besar.
Jangan terlalu mudah mengorbankan maruah semata-mata kerana ingin dicintai lebih-lebih lagi hanya sekadar ingin popular.Maruah keluarga, diri sendiri serta sesebuah masyarakat bergantung kepada tingkah laku seorang remaja. Jangan bertindak berlandaskan hati, perasaan ataupun nafsu kerana kesan sampingannya boleh merosakkan diri sendiri. Seboleh bolehnya,akal diutamakan sebelum bertindak.Fikirlah sehabis masak, mintalah pandangan daripada mereka yang lebih arif dan jadikan perhubungan itu. rakan baru sama ada melalui Facebook,Twitter, Bebo, Friendster dan lain-lain lagi.Bak kata remaja zaman sekarang, ‘cinta muka buku’. Melalui perkenalan singkat mereka sudah pun mampu menjalinkan hubungan cinta. Bagi mereka, cinta seperti ini lebih indah dan sukar dikesan oleh ibu bapa. Maka di sinilah sebenarnya kesedaran tentang memelihara maruah dan tanggungjawab perlu dijadikan gaya hidup.
Akhir kata, jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu

No comments:
Post a Comment