Search This Blog

Monday, May 7, 2012

(Alhamdulillah) Pernikahan Awal-Scha Selesai


May 5, 2012 oleh   
Di dalam kategori MenarikPanazzzSelebritiTempatan
Share364
Setelah tiga tahun bercinta, akhirnya selamat sudah pasangan ini dinikahkan malam tadi. Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus. Pernikahan di jam 9.15 malam itu telah berlansung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Mas kahwin bernilai RM2,050.00 telah diberi Awal kepada Scha.
Majlis itu telah dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. Scha menawan dengan baju kurung moden bewarna putih. Awal pula kelihatan kacak bergaya dengan baju melayu moden yang kedua-duanya hasil rekaan Saiful Bahri…
Semasa majlis pernikahan ni berlangsung, pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang terdiri daripada set barang kemas Lazard Diamonds, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior, sehelai pakaian, senaskah Al-Quran, manisan kurma bersama kek, sirih junjung dan bunga rampai sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Manakala pengantin lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang terdiri daripada sebuah Mac Book, sepasang kasut jenama Hermes, seutas jam tangan Cartier, dompet jenama Bottega Veneta, sehelai baju melayu, senaskah Al-Quran, coklat berserta kek, sirih junjung dan bunga rampai.
Persalinan kedua merupakan sepasang songket yang begitu klasik untuk upacara merenjis.
Alhamdulillah dan tahniah kepada kedua mempelai. Majlis resepsi bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni pula akan menyusul pada hari Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran seramai 1,500 orang tetamu akan menghadirkan diri sebelum mereka berdua terbang ke New York pada 8 mei ini.
NOTA :
Dalam kegembiraan majlis malam tadi, rata-rata peminat Scha dan Awal sangat-sangat kecewa apabila siaran langsung yang dijanjikan Astro Awani yang sepatutnya ditayangkan di Astro Awani dan Ria tidak tertunai. Ramai yang ternanti-nanti kerana pihak Astro tidak langsung meminta maaf dan memberitahu masalah teknikel ini di kaca TV Astro. Memang perkara ini mengecewakan. Masalah teknikel memang tidak dapat dielakkan. Tetapi lebih manis jika pihak Astro mengeluarkan notis ini di kaca TV, bukan sahaja di laman sosial Facebook dan Twitter mereka sahaja.
Walaubagaimanapun, hari ini dan esok anda boleh menyaksikan siaran tertunda ini. Kesatlah airmata mu. Hehehe…
OH ARTIS: ASTRO BUAT PASAL.. SPOIL SPOIL !!

No comments:

Post a Comment