Namun mungkin masih ada yang kurang mengetahui tentang teknik ini.
Pelunturan kulit merupakan teknik menghilang atau mengurangkan pigmen
berwarna gelap yang dikeluarkan oleh sel melanosit sehingga
menghasilkan kulit yang lebih putih dan cerah.Pelunturan kulit mampu
bertahan selama dua hingga tiga bulan. Teknik ini dikatakan tidak
berbahaya terutama jika ia dilakukan dengan betul. Walau bagaimanapun
kamu haruslah mengetahui jenis kulit kamu supaya tidak terjadinya alergi
setelah melakukan pelunturan atau mengakibatkan gatal-gatal pada kulit.
Gatal-gatal yang terjadi setelah proses pengelupasan boleh disebabkan
oleh dua perkara iaitu kulit sensitif dan faktor jangkitan ringan yang
bersifat sementara.
Biasanya gatal-gatal sementara itu ialah proses keserasian yang terjadi
antara kulit dan krim pelunturan. Setelah itu, gatal-gatal akan hilang
dengan sendirinya. Hasilnya sudah dapat dipastikan, kulit menjadi
lebih putih dan tampak bercahaya. Bukan hanya kulit saja, namun rambut
pada daerah di sekitar tubuh yang dilunturkan itu juga akan berubah
warnanya menjadi lebih cerah dan menyerupai warna kulit. Teknik ini
berkesan dalam waktu yang pantas.Bahagian seperti tangan atau kaki hanya
memerlukan waktu kurang daripada setengah jam. Tetapi untuk
keseluruhan badan, kamu memerlukan waktu kira-kira satu jam setengah,
bergantung pada jenis dan warna kulit kamu. Meskipun tidak berbahaya,
pelunturan pada dasarnya akan mengubah warna pigmen melanin kulit.
Penggunaan untuk jangka panjang dan kurang hati-hati dalam
proses penggunaannya boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit. Oleh
sebab itu,jika kamu tidak mahir atau tidak biasa melakukannya,
sebaik-baiknya dapatkanlah bantuan daripada pakar dan jangan
sesekali mengaplikasikannya sendiri
No comments:
Post a Comment