Sebagai isteri, tahukah anda apa yg diharapkan oleh pasangan dalam
menjalin hubungan yang hangat dan mesra? Bagaimana sentuhan yang
digemari olehnya serta pelbagai lagi persoalan yang diselindungi oleh
kaum adam ini.
Sebenarnya di sebalik tubuh yang gagah perkasa, lelaki amat menyenangi
sentuhan dan belaian. Teliti panduan berikut dan lihatlah sejauhmana ia
mampu menghangatkan malam anda berdua.
Elakkan Berbogel
Pakailah selapis pakaian yang nipis dan jarang. Kehalusan fabrik yang
menyentuh kulitnya akan memberi sensasi yang luarbiasa pada pasangan.
Rambut Terurai Pembangkit Ghairah
Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yang terbiar
terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan
ghairahnya.
Senyap Itu Indah
Tidak ada yang lebih menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun
butang baju secara perlahan-lahan dan tanpa sepatah bicara. Diiringi
dengan senyuman mesra, dia tidak sabar-sabar menarik anda dalam
pelukannya.
Sentuh Putingnya
Lelaki juga akan terangsang apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan
lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat. Ghairahnya sudah tentu
tidak terperi.
Hadiah Sensasi
Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan membakar mata mereka
melalui ‘hadiah’ yang diberikan. Bekas cakaran atau gigitan yang anda
tinggalkan ditubuhnya akan membuatkan mereka terkenang kepada anda. Juga
jangan lupa untuk meninggalkan pakaian dalam yang seksi di tempat
tidurnya sekaligus akan membangkitkan kembali keghairahannya.
Zon Yang Menggetar
Kulit bahagian dalam paha wanita mampu merangsang lelaki kerana ianya
lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat
wanita kegelian. Ini menjadikan lelaki merasa lebih ‘macho’.
Zon Rangsangan: Telinga
Telinga mampu merangsang lelaki. Caranya mudah saja. Hujung lidah anda
digerakkan dengan lembut dibahagian luar cuping telinga pasangan.
Gerakkan lidah naik turun dibahagian belakang telinga hingga terus ke
leher. Lakukan secara perlahanlahan. Suami akan sedar bahawa kita
menyayanginya.
Sentuhan Penuh Ghairah
Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yang
lembut dan usapan yang halus menggunakan hujung jari mampu menggoda
lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan paha suami.
Bangkitkan Suasana Romantis
Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yang romantis.
Selain lilin dan alunan lagu klasik yang mendayu, suasana ini dapat
dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian
aromaterapi, losyen yang harum serta selendang lembut yang dibiarkan
menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih
romantis.
Pandangan Mempesona
Tatapan yang mempesonakan dan penuh perasaan kasih sayang terhadap
lelaki cukup untuk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak
perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut
adalah pandangan yang penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona. Cukup
untuk membuatkan lelaki bahagia.
Membelai Rambut
Lelaki akan merasa lebih disayangi sekiranya wanita pandai membelai
rambutnya. Senang sahaja. Apabila duduk bersama, wanita jangan malu
untuk membelai rambut pasangannya. Belailah rambutnya secara perlahan
dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang
leher.
Mengintip Membangkit Nafsu
Perbuatan mengintip merupakan salah satu cara lelaki menaikkan
ghairahnya. Ia tidak disedari oleh wanita bahawa dorongan seks lelaki
disebabkan oleh rangsangan yang ditimbulkan secara visual terutama
ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.
Hembusan Nafas
Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yang hangat akan
merangsang si dia. Sentuhkan bibir anda secara perlahan dibibir atau
punggungnya. Hembusan nafas anda yang hangat akan membuatkan si dia
tidak sabar untuk mendakap anda.
G-Spot
Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai zon ‘G-Spot’ yg tersendiri.
Carilah di mana kawasan yang dimaksudkan. Pasti hubungan antara anda dan
si dia akan bertambah erat.
Membuat Kejutan
Lelaki akan mudah mengagumi anda sekiranya anda sentiasa membuat
kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi
penampilan. Jika di tempat tidur, buatlah perubahan dari segi
pemakaian. Sesekali kenakan pakaian yang jarang. Anda boleh juga memakai
pakaian yang singkat dan seksi.
No comments:
Post a Comment