Kad Kahwin Tanda Jemputan Serlah Personaliti Dengan Gaya
Tarikh: 14 Ogos 2012
Ah..kad kahwin! Apa perasaan anda setiap kali menerima kad kahwin?
Selalunya ada sesuatu yang istimewa setiap kali menerima kad kahwin
kan...dalam hati pasti berkata “cantik kad dia” dan anda mula
membayangkan majlis perkahwinannya juga pasti akan secantik dan seindah
kad kahwin yang dihantar.
Kalau dulu kad kahwin dihantar hanya sebagai makluman bahawa bakal
pengantin akan melangsungkan perkahwinan dan anda dijemput untuk
memeriahkan majlis (dalam erti kata lain, jemputlah makan kenduri).
Sekarang ini, kad kahwin juga berevolusi. Ia punya tekstur, berat
tertentu, bentuk huruf (font) yang cantik dan bermacam, kilauan tintanya
dan pelbagai lagi. Ia lebih bersifat peribadi sebagai perlambangan diri
bakal pengantin. Ada juga kad kahwin yang menjelaskan tema majlis
perkahwinan yang bakal diadakan dan yang pasti antara tema yang menjadi
pilihan ialah gaya VINTA J.
Dalam memilih tema vintaj, ada beberapa perkara yang boleh anda ambil
kira untuk memastikan kad kahwin yang ditempah sepertimana yang
diidamkan.
1. Warna - Pilihan warna menentukan mood kad dan
keseluruhan tema majlis. Pilihan warna sering bergantung kepada era atau
zaman mana yang anda pilih. Variasi warna bermula daripada warna yang
kuat (vibrant) hingga ke warna yang lembut dan lusuh (mute).
2. Koordinasi - Anda perlu bijak dalam menggabungkan jenis kertas yang dipilih dengan dekorasi kad serta bentuk huruf. Gabungan yang harmoni mampu menyerlahkan penampilan kad mengikut zaman yang dipilih.
3. Sentuhan Peribadi & Buat Sendiri - Sekiranya anda mahu menambah sentuhan peribadi, anda boleh menambah monogram, logo dan menambah dekorasi kad dengan renda dan reben. Anda boleh mencetak kad dan gunakan kreativiti untuk menambah sentuhan peribadi.

No comments:
Post a Comment